Bab 8

Romance Series 7243

" Ish jangan lah kasar sangat make up tu. Dah lama bekerja pun macam BBNU. " Mona Syuhada memarahi jurusolek itu. Kalau boleh dia mahu sahaja mengetuk tangan jurusolek itu dengan kasut tumit tingginya itu. Anita pula menggeleng kepala dengan perangai Mona Syuhada.

Tubuhnya disarungkan dengan gaun pengantin. Gaun putih itu sungguh cantik. Terdapat corak bunga kebangsaan yang ditenun dengan emas. Lagi menarik sekali ialah hujung lengannya nipis dan terdapat menambahkan gaun itu lebih elegant. butiran manik yang seakan- akan permata . Kepala nya diletakkan makhkota di atasnya. Makhkota itu bertahtahkan berlian terletak elok ditengah-tengahnya.

" Wow you look so beautiful !" Anita menepuk tangan . Mona Syuhada pula perasan lalu menunduk badannya seperti menang dalam pertandingan fesyen.

" Siapa yang reka ini? " Mona Syuhada masih lagi dalam proses penambah baikkan pada gaunnya.

" Saya lah orangnya. " Humairah menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan nya.

" Terima kasih kerana sudi menjadi model kepada baju saya. " Humairah tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit.

" Kamu Sabahan ya? "
" Oh ya saya Sabahan. "
Mona Syuhada mengangguk. Dari segi percakapan nya sudah terang lagi bersuluh ada slang Sabah.

Seterusnya dia perlu pergi ke studio untuk bergambar. Haih Mona, bilalah nak jadi kenyataan. Baju pengantin dah pakai tetapi tunang minta putus. Umur sekarang ni 30 . Jadi dara tua lah kalau macam ni. Nasib nasib.

* * * * * * * * * * *

Shahrul memberikan air minuman kepada Tamrin. Kasihan Tamrin berpeluh semacam . Macam baru hadiri marathon sepuluh kilometer.

" Penat nampak. " Tamrin menjeling. Air kosong itu diminumnya sehingga habis satu botol .

"Penat bercakap lah apa lagi. " Ting! Bunyi telefon pintarnya. Ada notification baru di Whatsapp. Lalu Tamrin mengeluarkan telefonnya dari poket seluar . Dia mendengar voice note dari pada seorang yang dia sukai dan sayang.

"Aik kau message dengan siapa tu bagi tahulah aku nak tau. " Shahrul cuba merampas telefon dari Tamrin. Dia menepuk tangan Shahrul yang sibuk jaga tepi kain orang.

" Shuh jangan kacau kita. " Tamrin menatap skrin telefonnya sambil menghalau Shahrul.

" Eh ingat kita ni kucing ke nak halau orang. " Kata Shahrul tanda protes dengan sikap sahabatnya itu.
" Aku tau kau message dengan siapa. " Bisik hati Shahrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience