Bab 29

Romance Series 7243

" Home sweet home. " Mona Syuhada merebahkan diri di atas katil bersaiz king. Penat ! penat bercuti, Ber " Honeymoon" Dia berguling- guling di atas katil yang empuk sehingga terjatuh. Aduh ! Mona Syuhada mengerang kesakitan sambil menggosok belakangnya. Bagaimana kalau ada bahagian yang patah. Oh aku tak sanggup. Mona Syuhada menahan jeritan . Dia perlahan - lahan berdiri. Oh boleh berdiri lagi. Bisik hati Mona Syuhada.
" Bunyi apa yang macam meriam buluh tu? " Tamrin muncul di muka pintu bilik secara tiba - tiba.

" Bunyi apa? " Tanya Mona Syuhada. Dia benar - benar terkeliru. Dia menggaru kepala yang tidak gatal sambil berfikir. Tidak lama kemudian dia teringat.

" Saya jatuh katil. " Jawab Mona Syuhada dengan ringkas. Tamrin menggeleng kepala.

" Tu lah siapa suruh tak hati - hati . Kan dah jatuh . " Tamrin mendekati Mona Syuhada .

" Saya ok. Jangan lah risau sangat. "
" Mana tak risau nya. Bergegar macam nak roboh rumah ni. " Kata Tamrin , bibirnya memuncungkan ke hadapan.

" Sekarang juga kita pergi klinik. " Sambung Tamrin.
" Eh jangan lah , saya ok. Setakat jatuh macam ni, no worries . Taik gigi je. "
" Amboi ! berlagak lah diva kesayangan saya ni. Kalau macam tu saya pun tak peduli. " Tamrin menjongkek bahunya.

" Eh , kalau saya tak berlagak cuma tak nak awak risau jer. Apalah awak ni. " Tamrin langsung tidak mempedulikannya, ketika Mona Syuhada membebel macam mak - mak.

" Dah ! Banyak mulutlah awak ni. Jom pergi klinik. " Tamrin menarik tangan Mona Syuhada dan menuju ke tingkat bawah.


* * * * * * * * * *

Cempaka merenung ke mata Amran yang dari tadi menaip sahaja. Entah apa yang di tulis. Entahlah cannot brain, mungkin juga dapat pujian daripada peminat.

" Yes akhirnya. " Amran bangun dari sofa dan bersorak riang seperti menang dalam pertandingan gores dan menang pula.

" Lepas ini kita boleh jalan kan misi kita. " Ucap Amran dengan senyuman seperti joker. Cempaka berkerut dahi. Dari tadi asyik kata misi misi misi. Entah apalah misi itu. Langsung tidak diberitahu.

" Senangnya dalam hati~ " Bertambah berkerut dahi Cempaka melihat kelakuan Amran. Apa masalah dia sebenarnya? Tetapi mulutnya dibiarkan dizip rapat - rapat. Kalau bertanya nanti jadi mangsa pukulan pula. Lebih baik duduk diam , dan pasang telinga. Tahu ke tak tahu diam saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience