Bab 21

Romance Series 7243

Tamrin sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Langit pun audah melabuhkan tirainya.

" Awal abang Tam balik. " Kata Sudir. Tamrin menoleh 90 darjah.

" Mesti lah sebab ada yang menunggu kat rumah. " Jawab Tamrin sambil tersenyum. Ketika dia ingin mengeluarkan kunci kereta di dalam poket.

* * * * * * * * * * *

Mona Syuhada menyediakan ayam masak lemak cili padi kegemaran Tamrin. Walaupun dia tinggal di dalam kehidupan yang serba lengkap dan mewah. Dia juga tahu untuk memasak kerana selalu mengunjungi ke dapur melihat bibik memasak.

" Assalammualaikum, " Suara Tamrin kedengaran di sebalik pintu. Terus dia meluru ke arah pintu dan menyambut kepulangan nya.

" Waalaikumussalam. " Mona Syuhada mengambil beg sandang Tamrin lalu diletakkan di atas rak.

" Jemput makan. " Mona South menarik tangan Tamrin lalu menuju ke arah meja makan.

" Ermmm Mona ... " Mona Syuhada menoleh ke arah nya.

" Ya kenapa? "
" Boleh tak saya pergi mandi dulu. Badan pun dah berbau. "
" Ouh ok . " Tamrin bingkas bangun dari kerusi lalu melangkah ke bilik mandi.
Selepas dia menyalin pakaian dia pergi ke meja makan.

" Wow my favorite food! " Tamrin terliur memandang Ayam masak lemak cili padi.

" Let's eat. Nanti sejuk makanan nanti. "Mona Syuhada mencedok nasi lau di berikan kepada Tamrin.

* * * * * * * * * * *
Tamrin memandang wajah Mona Syuhada. Dia sungguh cantik dengan rambutnya yang panjang mengurai dan berwarna hitam pekat itu. Mona Syuhada langsung tidak menyedari bahawa Tamrin sedang memerhatikan nya kerana dia sibuk menatap television.

" Mona, hujung minggu ni kita pergi honeymoon boleh tak. " Honeymoon? bunyinya agak menarik, terus dia mengalih pandangan ke arah Tamrin.

" Kat mana? Jepun? Paris? Jordan? Istanbul? " Bertalu talu soalan yang ditujukan kepada Tamrin. Mengalahkan wartawan pula.

" Awak tak dengar ke apa yang saya cakap Honey Moon. Jadi kita pergi ke bulan. " Gurauan Tamrin membuatkan Mona Syuhada memuncungkan bibir.

" Tak kelakar. " Mona Syuhada paling muka.

" Ala kita bukan nak pergi ke luar negara sebaliknya kita cuti-cuti Malaysia. "

" Apa yang best nya. "

" Awak baru 2 tahun tinggal kat sini. Meati tak sempat nak ulang kaji tentang Malaysia kan? " Tamrin mengangkat kening.

" Ok tapi jangan beritahu lokasi honeymoon tu. Nanti tak surprise pulak. " Mona Syuhada menunding ke arah Tamrin.
" I promise. " Tamrin mengangkat kelima- lima jari ke atas.

" Dah lah tu saya nak tengok Tv. " Mona Syuhada mencapai remote tv dan menukar siaran yang menarik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience