Bab 32

Romance Series 7243

Cempaka sudah dimasukkan ke dalam wad kecemasan kerana denyutan jantung nya lemah oleh disebabkan kehilangan banyak darah. Amran melihat kepala Cempaka yang berbalut . Perasaan rasa bersalah muncul pada saat ini. Sebelum ini dia tidak pernah berperasaan begitu, dia selalu memukul Cempaka. Tetapi hari ini lain , mungkin disebabkan kebakaran yang dibuat oleh orang suruhannya.

" Apa yang kamu buat pada Cempaka, Amran?" Tanya Datin Maria. Amran menoleh ke arah ibu kesayangan. Dia langsung tidak menjawab pertanyaan itu.

" Kamu dera dia lagi ke. Dah berbuih mommy pesan jangan sesekali sakiti orang lain yang tidak bersalah. Kamu selalu terikut perasaan lah." Ulas Datin Maria. Amran kekal tanpa suara. Suasana menjadi sunyi dan diam.

" Sudah. Kalau dia dah sedar. Kamu pergi minta ampun kat dia. Setelah apa yang kamu lakukan. Kalau esok lusa di dah meninggal dunia baru kamu tau. " Sambung Datin Maria .


* * * * * * * * * * * * * *

Sebelum ini Tamrin yang menemu ramah orang lain kini dia pula yang akan ditemu ramah. Berderet- deret wartawan yang menghujah kan soalan mengenai kebakaran itu. Termasuk lah Mona Syuhada dihujani soalan.

" Baru - baru ini, polis berjaya menangkap 2 orang suspek yang mensabotaj rumah kami. Hanya tinggal seorang saja yang polis tengah cari . Insya Allah penjenayah itu akan mendapat hukuman yang setimpal. " Kata Mona Syuhada tatkala ditanya kan mengenai penjenayah yang membakar rumah mereka.

" Saya harap penonton di luar sana atau di rumah mendoakan agar kami terus tabah selalu menghadapi musibah ini. " Sambung Tamrin.

Berita itu tular ke seluruh negara . Ramai yang mengucapkan takziah kepada mereka dan memberi kan motivasi kepada mereka. Amran pula ? dia sedang menggigit jari di rumah kerana bimbang kerana dia lah yang mengupah mereka untuk meletakkan "sesuatu" di rumah mereka. Bukan bakar. Entah apa lah yang mereka makan sebelum melakukan misi rahsia ini.

Ketum? dadah? Ah budak - budak yang diupah itu memang pernah kena tindakan disiplin di sekolah. Menyesal pula mengupah budak- budak itu . Kalau tidak sudah pasti rancangan nya itu berjaya. Amran merengus geram. Tak apa. Di mana ada jalan di situ ada penyelesaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience