Bab 7

Romance Series 7243

Mona Syuhada bangun dari tidurnya. Dia mengeliat sebelum pergi ke bilik air. Tiba - tiba ,telefonnya berdering lalu dia menuju ke meja untuk mengambil telefon.

" Hello siapa ni ? "
" Ini aku Anita. " Mona Syuhada menghembus lega mujurlah bukan para peminat nya yang begitu taasub dengan dirinya. Anita merupakan manager kepada Mona Syuhada.

" Kau nak apa? " Seperti lagak Ah Long yang meminta bayaran hutang sahaja.

" Amboi gangster nya kau. Hari ni kau kena datang ke Butik D'Diva pukul 9:00 pagi. Setkan jam tu jangan lambat. " Terus dia memutuskan talian. Mona Syuhada berkerut dahi. Langsung tidak bertanya khabar terus diletak nya.

Azan Subuh berkumandang terus dia mengambil Wudhuk dan mengerjakan sembahyang.


* * * * * * * * * * * *

Tamrin sudah bersedia untuk melaporkan berita pagi di studio perakaman. Wajahnya ditonyoh dengan bedak . Rasa lemas pula rasanya. Dia mengerling ke arah jam tangannya . Sudah tepat pukul 7: 30 pagi. Dia harus cepat kerana berita akan berlangsung nanti.

" Encik ada orang nak call encik. " seorang pekerja di syarikat perakaman itu menghulurkan telefon kepada Tamrin. Dia mengambilnya lalu diangkatnya panggilan tersebut.

" Assalammualaikum, selamat pagi sayangku apa khabar dirimu. " Tamrin tersenyum mendengar suara yang lembut itu.

" Awak ni nape nyanyi lagu Setia pulak ni. saya sihat. Betul . Ok take care. " Tamrin meletakkan telefon pintar itu kepada pekerja lelaki itu.

" Untung dapat buah hati macam tu. " Kata pekerja yang bernama Sudir.

" Dia bukan sahaja buah hati tetapi sebahagian dalam hidup saya. " Tamrin ketawa kecil sambil menepuk bahu Sudir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience