Bab 30

Romance Series 7243

" Kan saya dah cakap. Saya tak ada apa- apa yang perlu dirisaukan. " Terang Mona Syuhada memperingatkan Tamrin. Dari tadi dia dapat berjalan dengan sihat walafiat sahaja.

" Ala mana tau...eh? " Tamrin menekan brek mengejut. Fuh nasib baik tidak gugur jantung.

"Kenapa? " Acuh tidak acuh pertanyaan Mona Syuhada. Muka Tamrin pucat lesi dan terus keluar dari kereta dan menuju ke tempat orang ramai berkumpul di hadapan rumah mereka.

Mona Syuhada mendongak ke langit. Terdapat asap berkepul-kepul di udara. Mona Syuhada turut mengikut Tamrin .

" Astaghfirullah. " itu sahaja yang terpacul di bibir Mona Syuhada. Dia menyaksikan rumahnya di jilat api yang marak. Para bomba berusaha memadamkan api kebakaran.

" Kak Tina, apa yang berlaku tadi ? " Tanya Mona Syuhada kepada jirannya yang tinggal bersebelahan dengan mereka.

" Akak nampak ada orang pecah masuk ke dalam rumah ni lepas tu tiba- tiba je terbakar. Akak pun terus pergi call bomba. " Beritahu Kak Tina.

" Haliza ! " Jerit Tamrin. Ramai yang cuba menahan dia untuk memasuki ke dalam rumah yang sudah terbakar itu. Sisa apai masih ada di dalamnya.

" Kenapa encik? ada sesiapa yang ada di dalam rumah itu? " Tanya salah seorang pegawai bomba. Tamrin menggeleng. Butiran mutiara mengalir membasahi pipi. Dia melutut sambil mengesat air mata. Rumah itulah yang terdapat seribu kenangan bersama Haliza.

" Aku tak tahu siapa yang sanggup bakar rumah aku. Tapi kalau aku jumpa dia aku akan bakar dia hidup - hidup. " Marah Tamrin. Seorang lelaki berusia separuh abad datang ke arahnya dan memujuk.

" Sabar nak. Ini ujian Allah kepada kita . Sabar jangan bertindak melulu. Banyak cara untuk selesaikan masalah ni. " Lelaki tua itu mengusap belakang Tamrin dan masih lagi memberikan semangat kepada Tamrin agar terus tabah.

Api berjaya di padamkan. Namun hanya tinggal sisa - sisa barang yang terbakar. Selendang Haliza hanya tinggal secebis yang tidak hangus. Tamrin memeluk cebisan selendang yang terbakar itu.

Mona Syuhada juga tidak menjangka semua ini akan terjadi. Entah siapa yang busuk hati untuk membakar rumah ini. Tiba- tiba sahaja terlintas di fikirannya yang mengatakan ini semua kerja Amran! Tetapi buat masa ni dia tidak mahu lagi menuduh sesiapa lagi.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini. Mereka juga terpaksa menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience