Bab 9

Romance Series 7243

Di taman rekreasi.

Mona Syuhada menarik nafas dan melepaskan. Udara segar pada waktu pagi memang menyenangkan. Dia menjengket sambil tangan menghala ke udara . Badannya digerakkan ke kana dan ke kiri .

" Bagus juga ya mereka letak taman dekat dengan condo senang sikit nak ulang alik. " Kata Mona Syuhada sendirian. Ketika dia sibuk memanaskan badan tubuhnya terlanggar seseorang. Aih malang betul hari tu kena langgar hari ini pun kena!

" Sorry kak. " Seorang wanita yang berkerusi roda tersenyum kepada Mona Syuhada. Umurnya beza 3 tahun daripada umurnya. Kemungkinan dia berumur 27 tahun. Fikir Mona Syuhada. Tudungnya yang sedikit serabut diperbetulkannya.

" It's ok. " Mona Syuhada mahu sahaja memarahi perempuan itu tetapi dia rasa simpati melihat keadaan perempuan tu.

" Awak ni Mona Syuhada kan. Oh my god kecil nya dunia ni. " Wanita itu berusaha bangun untuk memeluk Mona Syuhada. Mujurlah dia sempat merangkul wanita itu.

"Nama saya Haliza. I am your big fan . " Mona Syuhada mengangguk kecil. Lalu dia mendudukkan Haliza di atas kerusi roda.

" Hahahaha tak sangka pula saya bertemu dengan peminat saya. " Mona Syuhada meletakkan tangan di atas bahu Haliza. Wajah Haliza sungguh ceria.

" Kan tak sangka betul. "
" Awak buat apa kat sini? "
" Saya nak hirup udara segar. Emm nak tau tak Kak Mona dari dulu lagi saya suruh suami saya bawa saya jumpa dengan akak. "

" Oh ya ke. "
" Betul lah. "
Mona Syuhada memandang Haliza dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Dia ingin menanyakan sesuatu kepadanya tetapi dia bimbang Haliza akan berkecil hati.

" Kenapa Kak Mona. " Haliza melentokkan sedikit kepalanya.

" Kenapa awak naik kerusi roda. "Serta merta senyuman manis nya itu hilang.

" Sebenarnya saya ada barah..Barah otak. " Mona Syuhada menekup mulutnya. Tak sangka Haliza yang berada dalam keadaan begitu dia masih lagi tersenyum. Sungguh tabah. Dia cuba menahan sebak.

" Jangan risau saya kuat. Walau bagaimana pun saya kena jalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Macam orang biasa. " Haliza tersenyum lagi. Ah inilah wanita yang paling tabah di dunia. Tanpa disedari titisan air jernih keluar dari kelopak mata.

" Sudah lah tu. Hidup ini hanya sementara sahaja . Sebab tu saya kena kuat. Kena tabah. " Haliza mengelap air mata yang membasahi pipi Mona Syuhada.

" Saya gembira dapat jumpa awak. " Mona Syuhada mengukir senyuman.

" Saya pun . " Tangannya digenggam kemas oleh Mona Syuhada. Lama juga mereka bergenggam tangan setelah beberapa saat dia melepaskan nya.

Pembantu peribadi Haliza segera mendapatkan Haliza dan menolak kerusi rodanya. Mona Syuhada melambai - lambai kepada Haliza. Aku harap kita berjumpa lagi. Bisik hati Mona Syuhada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience