Bab 2

Romance Series 7243

" Ha itu dia. " Shahrul menunjukkan ke arah Mona Syuhada yang sedang shooting untuk sebuah drama . Pandai juga dia berlakon. Fikir Tamrin. Lokasi penggambaran berlatarkan di taman bunga yang cantik . Kebetulan pula cuaca sangat baik untuk penggambaran.

" Cut,waktu rehat" Director itu menggunakan isyarat tangan untuk berehat. Pelakon yang lain merehatkan diri. Ada juga yang berbual antara satu sama lin.Mona Syuhada menyandarkan badan di atas kerusi yang disediakan . Tangannya mengibas - ngibas kerana panas. Air jus oren dihabiskan dengan sekali hirup sahaja.

" Assalammualaikum, Mona Syuhada. " Mona Syuhada menoleh. Oh itulah mamat yang aku jumpa tu. La patutlah macam pernah nampak mamat ni . Selalu muncul kat TV.

" Maaf mengganggu kami ingin interview tentang cik. " Tamrin menguntumkan senyuman. Shahrul pula sudah siap sedia dengan camera nya.

" Assalammualaikum hari ini kami bertemu dengan seorang moden dari seberang siapa lagi kalau bukan Mona Syuhada. " Lancar lidahnya menutur kata.
Mona Syuhada tersenyum manis tetapi di dalam hati dia naik menyampah bila ada wartawan datang. Ni mesti nak bertanyakan gosip.

" Ok Mona Syuhada dengar kata awak ada berlakon dalam drama bersiri I Love You Mr Pilot? "

" Yup betul tu saya berlakon sebagai heroin sebagai Natasha dalam drama tu. Harap korang jangan lupa tonton drama tu di TV8"

" Alhamdulillah . Oh dengar kata Mona Syuhada ada bergaduh dengan Fateh Ameen yang berlakon dalam berlakon dalam drama itu. " Mona Syuhada terserentak. Bila masa pula di bergaduh? Oh baru dia teringat ada satu video yang di post oleh director drama tersebut. Video itu memaparkan scene pergaduhan antara hero dan heroin.

" Itu sebenarnya hanya lakonan je.Ada scene tu dalam drama. Bukan gaduh ok NETIZEN semua . Boleh jadi fitnah tau cakap macam tu . " Kata-kata yang ringkas tetapi pedas. Sengaja dia menekankan perkataan Netizen. Dia masih lagi mengekalkan reaksi selamba walaupun di dalam hati sudah berasap.

" Sekian sahaja daripada Berita Viral sekian Assalammualaikum. "

" Terima kasih kerana sudi membantu kami ya Mona Syuhada. " Tamrin menghulurkan tangan.

" Sorry ok kita bukan mahram ok. " Mona Syuhada menjulingkan mata.

" Jangan menggatal Am. Nak salam-salam bagai" Shahrul memotong kata. Shahrul membuka penutup botol air.

" Awak ni lain daripada yang lain.Ada sesetengah artis perempuan membiarkan diorang di sentuh lepastu .... "

" Itu yang awak kata lain daripada yang lain? Kami ni pandai jaga diri. " Balas Mona Syuhada .

"Tapi awak lagi lain daripada orang yang macam tu. awak tu lain sebab awak bertudung tapi perangai macam gangster dalam Tv je lemah lembut . " Membulat mata Mona. Shahrul menepuk dahi. Tangan Mona Syuhada sudah panas dan terus melempang muka Tamrin.

" Nyah rasakan. " Mona Syuhada tersenyum puas melihat Tamrin yang menggosok pipi yang sedikit kemerahan.

" Sedap? " Soal Mona Syuhada dengan sinis.

" Oh berani kau TAMPAR AKU! " Terserentak dia mendengar suara garau lelaki itu. Tamrin menghayunkan tangan segera Shahrul mengambil air kosong yang dipegangnya lalu disimbah ke muka Tamrin. Habis satu badan basah.

" Dah jom pergi. " Shahrul menarik tangan Tamrin. Terus dia membuka pintu van lalu masuk ke dalam dan meninggalkan lokasi tersebut.

" Lelaki tak guna. " Mona Syuhada menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience