Bab 35

Romance Series 7243

Cempaka terngiang kata-kata Amran.

"Aku buat pun terpaksa je."

Dia tertawa kecil mana mungkin dia tidak akan pedulikan dirinya. Ingat dia tak tahu? Dia lah yang akan melaksanakan tugas Amran dengan sempurna. Tetapi dia menolak mentah - mentah. Dia tidak mahu terlibat dalam kerja bodoh ini.

Tetapi itu bukan yang berada di dalam kotak fikiran. Dia bimbang kerana Amran tidak pulang ke rumah sejak dia keluar dari hospital. Dia mengangkat ganggang telefon rumah dia menghubungi pemandu peribadi Amran.

" Hello boleh bawa saya jumpa Mona Syuhada? Kalau boleh bawa saya jumpa dia. Boleh? Terima kasih. " Cempaka memutuskan perbualan. Dia meletakkan ganggang telefon itu ke tempat asal.


* * * * * * * * * * * * *
" Mona!" Panggil Cempaka dengan suara yang nyaring. Dia berlari mendekati Mona Syuhada yang sedang berjoging.

" Hello who are you? " Tanya Mona Syuhada dengan selamba. Tangannya melibas ke muka Cempaka. Cempaka meneguk air liur dan membuka mulut.

" Saya Cempaka. " Beritahu Cempaka kepada Mona Syuhada. Dahi licin itu berkerut. Kemudian membeliakkan matanya seolah olah dapat mengingat sesuatu.

" Oh perampas tu. Apa khabar? Dah lama tak bersua muka. Bahagia? Sebab Amran selalu terkejar kat I. Rasanya tak bahagia kut. Ops" Mona Syuhada menutup mulut kerana tersasul. Tak memang sengaja pun dia berkata begitu.

" Mona..."
" Aa. Enough. I don't want to hear anything from you. Nah kalau datang nak autograf boleh. Tapi kalau benda remeh ni. Tak payah kot. " Ucap Mona Syuhada sambil menepuk bahu Cempaka dan memalingkan badan.

" Amran nak jampi awak! " Kata-kata Cempaka membuatkan Mona Syuhada berpaling ke arahnya.

" Oh Jampi , lagu Hael Husaini tu. Oh saya tau lirik tu. Pabila kau hadir bagai satu misteri~ Ternyata diriku bagai sudah dijampi~. " Mona Syuhada menyanyi mengikut rentak nyanyian penyanyi Hael Husaini. Sempat lagi dia bergurau dalam keadaan yang serius.

" Please Mona , being serious. Ini masalah besar. Dia dah dua hari tak balik rumah. Tolong lah percaya cakap saya. " mata Mona Syuhada mencerlung ke dalam mata simpati Cempaka. Dia yakin bahawa dia bercakap benar.

" Saya tahu apa nak buat. Sekarang ni awak jangan halang saya berjoging. Saya rimas lah. Kbai." Kata Mona Syuhada dan meneruskan larian satu taman perumahan. Cempaka membiarkan sahaja Mona Syuhada meninggalkan nya. Asal dapat beritahu amaran sudah cukup.


* * * * * * * * * * * * * * *
Mata Amran mengekori gerak langkah Mona Syuhada. Dia membuka sedikit tingkap kereta untuk melihat wajah ayu model itu.

" You will be mine. " bicara hati Amran. Setelah Mona Syuhada masuk ke dalam lift, dia bingkas keluar dan menuju ke arah kekasih hatinya.

" Assalamualaikum. " Amran memberi salam dengan siulan untuk menarik perhatian wanita yang di hadapannya.

" Waalaikumussalam. You! " mata Mona Syuhada terbeliak melihat wajah Amran . Perlahan-lahan Amran semakin mendekatinya.

" Hai, do you remember me ? Kenapa muka macam terkejut beruk je lihat I. Handsome sangat ke I?" Tangan lincah Amran cuba memegang pergelangan tangan Mona Syuhada. Minyak dagu itu hampir mengenai lengannya.

" Apa yang you buat ni." Mona Syuhada melempang pipi Amran. Pipi gebu itu kemerahan dek dipukul .

" Lebih baik kau balik sebelum parang tu dekat atas kepala kau. " Tone suaranya meninggi.

" Pintu lift dah terbuka tu. You tak nak masuk ke? Ke nak I teman . " Mona Syuhada menjolok tekak mendengar kata-kata Amran. Apabila ada seorang pegawai keselamatan melalui di sebelah mereka. Mona Syuhada memanggil .

" Security guard. Tolong halau mamat ni. Dia hampir nak curi barang saya. " Rayuan Mona Syuhada berjaya. Dengan suara yang yang lenggok dan dibuat-buat berjaya mempengaruhi pegawai keselamatan yang berusia separuh abad.

" Encik sila keluar kalau tidak. " Pegawai keselamatan itu mengepal tangan. Matanya terjegil memberi sedikit rencah ketakutan pada Amran.

" Siap kau nanti. " Bisik hati Amran yang dituju kepada Mona Syuhada. Dia sempat menjeling ke arah Mona Syuhada tersenyum kemenangan.


* * * * * * * * * * * * *

" Dia tu dah melampau ! " Marah Tamrin. Mona Syuhada mengangguk tanda setuju dengan pendapat suaminya. Mereka masih lagi duduk di atas sejadah. Kerana baru lepas sembahyang.

" Saya dah call mak dia and don't worry. Saya tahu apa yang mommy kesayangan dia tu akan buat. " Terang Mona Syuhada
sambil mengukir senyuman di bibir.

" Macam mana kerja? " Soal Mona Syuhada kepada Tamrin. Sengaja untuk mengubah topik. Takkan lah mahu cerita benda yang sama sepanjang masa.

" Ok lah. " Jawab Tamrin, ringkas.

Mona Syuhada tahu yang suaminya kepenatan dan perlukan rehat. Dia tidak perlu banyak lagi bertanya. Nanti naik serabut pula dia nanti.

" Saya pergi tidur dulu." Beritahu Tamrin. Tangannya menutup mulut yang terbuka luas. Mona Syuhada memandang tepat ke arah Tamrin yang hampir terlelap sambil berdiri. Dia menyembunyikan ketawa senyap-senyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience