Bab 28

Romance Series 7243

Selepas honeymoon di Melaka mereka pergi ke Cameron Highlands. Tak sabar Mona Syuhada untuk melihat Tea Land. Makan strawberry sampai muak . Kita bantai. Mona Syuhada tersenyum gembira sehingga ke telinga. Tidak lupa, dia menggayakan jaket kulit kesayangannya.

" Mona.... " Tamrin memanggil namanya dengan lembut. Serta merta pandangan Mona Syuhada beralih kepada Tamrin. Terganggu seketika dia melihat pemandangan ladang teh.

" Jom selfie. " Kata Tamrin. Dia mengeluarkan telefon si dalam kocek seluar. Mona Syuhada merapatkan diri di sebelah Tamrin.

" Say cheese.... " Mona Syuhada dan Tamrin mengukir segaris senyuman. Tiba - tiba , telefonnya itu terpadam.

" Kenapa tu? " Mona Syuhada bercekak pinggang. Dia melihat Tamrin masih menekan butang "on" telefon itu.

" Ala bateri habis. " Tamrin menunjukkan telefonnya yang kehabisan bateri dengan wajah yang tersengih.

" Ish lain kali...jangan main phone. Kan dah tak boleh selfie. Huh nasib baik ada phone saya. " Mona Syuhada menghulurkan Iphone 11 pro kepada Tamrin.

" Alahai Mona. Janganlah marah. Kang saya tangkap gambar awak yang buat muka muncung itik baru tahu. " Tamrin menghalakan telefon kepada Mona Syuhada. Gaya mahu menangkap gambar isterinya yang bermasam muka.

" Mana ada lah. " Mona Syuhada membuat senyuman palsu.
" Ok kita tangkap sekali lagi . Satu dua tiga. " Tamrin tersenyum melihat gambar Mona Syuhada yang tidak sempat senyum . Ala, kalau dia tak senyum terserlah juga keayuan pada Mona Syuhada.

" Bagi saya tengok gambar saya tu. " Kata Mona Syuhada , dia cuba untuk mengambil telefonnya. Tamrin pula mengacah cuba untuk menjatuhkan Iphone 11 pro.

" Ala jangan buat macam tu. " Rayu Mona Syuhada. Mana tidaknya , telefon merupakan satu keperluan.

" Baik, tapi kena minta baik - baik. " Tamrin menyinsing lengan.
" Emm abang ku sayang boleh tak saya nak Iphone saya. " Mona Syuhada membulatkan mata sambil mengerdip mata. Tamrin merenung wajah Mona Syuhada, rasa mahu ketawa mendengar suara Mona Syuhada. Lalu dia menghulurkan Iphone kepunyaan isterinya.
" Ala saya tak sempat senyum lah. " Mona Syuhada mencuka . Larit dia melihat gambar di skrin .

" Awak tetap cantik walaupun tak senyum. " Tamrin mencubit pipi Mona Syuhada.

" Hmmm ya lah. " Mona Syuhada mengangguk dan menyimpan semula Iphone ke dalam beg tangannya.

" Jom pergi makan strawberry. " Mona Syuhada menarik tangan Tamrin dan menuju ke gerai yang menjual strawberi.

* * * * * * * * * * * * * *
Dalam masa 4 hari mereka bercuti dan meluangkan masa yang ada. Namun Mona Syuhada tetap berasa gembira kerana bersama suami yang tercinta. Cukuplah 4 hari itu. Hari lain bolehlah dia pergi bersama.

" Mona. .. " Mona Syuhada menoleh ke arah Tamrin yang menyimpan beg roda ke dalam bonet kereta.

" Saya sayangkan awak 200%. " Luah Tamrin.

" 200% peratus sahaja? Kalau saya 500%. "
" Ok lawan ya. Saya up lagi. 800%. "

" 1000%. "
" 4000%. "
Mereka ketawa tersipu - sipu malu. Macam anak kecil pula.
Mona Syuhada membuka mulut. " Tak kisahlah kalau berapa banyak pun nombor yang awak sayang kat saya. Tetapi saya tahu awak sayang saya. "

Tamrin membalas dengan senyuman. Dia memeluk erat tubuh isterinya.

" Dah jom balik. " Tamrin membuka pintu kereta untuk Mona Syuhada. Mereka
pulang ke rumah . Dengan keadaan jalan yang berliku - liku ini. Mereka telah menyediakan beg plastik sekiranya ada yang rasa . Mona Syuhada mengeluarkan kepala dari tingkap . Terasa angin yang menampar pipinya.


* * * * * * * * * * * *
Amran bermundar mandir di ruang tamu. Sehingga haus permukaan karpet. Dia menunggu kepulangan Mona Syuhada . Dia lebih risaukan Mona Syuhada daripada Cempaka.

Cempaka dari tadi melihat wajah Amran yang tidak habis - habis menunggu Mona Syuhada selama 4 hari ini. Begitulah keadaannya. Makan tak kenyang, mandi tak basah.

" Kalau diorang balik. Kau kena mulakan misi kau . Faham tak. " Tengking Amran. Cempaka membalas dengan anggukan. Dia rasa mahu melarikan diri dari lelaki itu. Dia tak sanggup mahu melakukan misi merosakkan rumah tangga orang lain. Cempaka mahu sahaja menyumpah diri sendiri. Tetapi arahan suami perlu diakur, Cempaka mengeluh dalam hiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience