Bab 36

Romance Series 7243

" Man...kamu ni anak yang baik. Kenapa disebabkan cinta kamu dibutakan sehingga kamu tidak dapat membezakan antara hak dan batil. Sudah lah tu nak rampas semula si Mona Syuhada tu. Dia tu dah bersuami. Kau pulak ada isteri kat rumah buat macam perhiasan je. " bebel Datin Maria sehingga terpercik air liur ke merata-rata tempat. Suara Datin Maria bergema di setiap ruang banglo milik keluarga mereka.

" Amran tahu. Tapi dia tu....."
" She was your ex? ya mommy tau. Tapi syurga kamu dekat tanggungjawab kamu. Kamu kena faham. buat apa mommy hantar kamu ke sekolah agama kalau perangai macam ni."

" Mommy..."
" Sudah minta maaf kat Cempaka ke belum? kalau belum pergi minta maaf cepat. Kamu tak ingat ke kamu yang mula- mula jatuh hati kat dia? "
Tiba- tiba memori ketika kali pertama berjumpa Cempaka. Seperti ada layar filem di dalam kepala.

Flashback.

Amran menunggu balasan message daripada Mona Syuhada. Tunggu punya tunggu dia hanya setakat baca dan membalas "saya sibuk" . Berkecemuk hati kecil ini. Retak seribu tak mampu dicantum lagi. Dia menyandar pada kerusi plastik di sebuah kedai makan.

" Cik teh o ais satu." Amran menyebut pesanannya. Wanita yang mengambil order itu mengangguk dan bergerak ke kaunter.

" Air dah siap. " Amran menggaru hidung. Mana mungkin air dapat disiapkan dalam masa yang singkat? Oh baru dia perasan tak ramai orang yang berada di sini.

" Terima kasih." Kata Amran. Sambil - sambil itu dia sempat menoleh ke arah wanita itu.

" Cik adik , siapa nama cik?"
" Cempaka. " Balas wanita itu.
Amran melihat Cempaka dari hujung rambut sampai hujung kaki. Berbaju kurung Kedah memang sesuai dengan nya. Kulitnya pula kuning langsat. Suara pula lemah lembut. Tak macam Mona Syuhada yang bersuara manja dan gedik.

" Hmm sedap air ni." puji Amran. Segaris senyuman ditujukan kepada Cempaka. Dia tersipu malu dan bergerak ke meja lain untuk mengambil pesanan.

" cute perempuan ni." Amran bermonolog. Seolah-olah di pukau dengan mata hitam pekat Cempaka.


* * * * * * * * * * * * *

Pada hari yang berikutnya dia pergi ke kedai itu semula. Kali ini dia hanya mahu berjumpa Cempaka sahaja.

Ding

"Perempuan ni nak apa?" Amran membuka notification . Tertera nama Mona Syuhada di Instagram . Dia ada post sesuatu. Amran melihat apa yang di post oleh tunang nya.

" Hey guys I ada guest from Australia , Charlie. " Mona Syuhada juga bergambar dengan seorang lelaki yang berambut perang. Dia tahu lelaki itu merupakan pelakon di dalam drama bersiri I Love You Mr Pilot .

" Huh berlagak. Dengan aku jarang nak post gambar bunga-bunga macam ni ek. "Amran merungut , dia meletakkan phone dan memasukkan semula ke dalam poket.

" Eh encik ni yang kita jumpa semalam kan? "
" Ya saya lah tu. Hurmm bagi saya nasi ayam dan air teh o ais" pinta Amran. Cempaka hanya menurut perintah.

Selepas beberapa minit , nasi ayam sudah terhidang di atas meja.

" Hurmm bau pun sedap rasa nak tambah je. Sama lah macam saya tertarik kat awak." Cempaka memberi respon dengan mukanya kemerahan macam biji saga.

" Saya gurau je." Amran cuba menenangkan hati Cempaka.

" Allahuakbar. " Air teh o ais yang dipegang oleh Cempaka terlepas dari tangan dan membasahi baju kemeja Amran.

" Maafkan saya encik." Pengurus kedai makan itu memohon maaf kepada Amran . Cempaka pula dimarahi kerana cuai.

" Encik janganlah marah dia. Sebenarnya kami memang main tuang menuang kat baju pun." Kata Amran dengan selamba dia mengambil gelas teh o ais yang masih lagi tersisa dan dituangkan ke Cempaka. Mujurlah tidak basah satu badan terus.

" Suka hati encik lah." Kata manager kedai makan itu dan meninggalkan mereka berdua.

" Maafkan saya sebab cuai."
" Saya pun nak minta maaf jugak. Saya tuang air kat baju awak. Sebenarnya saya sengaja buat macam tu sebab nak selamatkan kan awak. "
" Eh encik ni....eh macam pernah dengar suara encik ni ." Cempaka mengurut dagu sambil berfikir.

" Encik ni Dato Amran bin Dato Fauzi! " Cempaka menjerit teruja sehingga menarik perhatian pembeli. Ramai yang mula membisik , ada juga pergi mendekati Amran untuk berswafoto.

" Aduh baru je nak ajak dia jalan - jalan . Rosak lah ana punya program~" Sesak kerana dikelilingi peminat tidak dapat lah dis meluahkan isi hatinya dalam keadaan sebegini.

Cempaka pula menjarakkan diri untuk memberikan ruang kepada peminat Dato Amran , yang muda dan segak ini. Dia ketawa kecil melihat wajah Amran seperti tidak rela .


* * * * * * * * * * * * * *

end flashback

Amran tersedar dari lamunan apabila Datin Maria memetik jari di hadapan mukanya.

" Dah ingat dah? Kamu yang pergi mengahwini dengan dia. Tetapi kamu tak jaga dia dengan baik. Sebaliknya kamu pergi kejar orang yang dah tak pedulikan kamu? Hairan." Kata- kata Datin Maria menyuntik kesedaran di dalam diri Amran. Ya dia tak patut melayan Cempaka sebegitu. Itu memang salah.

* * * * * * * * * * * *
"Ya Allah baru aku sedar . Kau ampunilah dosa aku . Bersih kanlah hati ini daripada kotoran hasad dengki. Aku selalu berputus asa dengan ujian yang engkau berikam kepada ku. Kau ampunilah dosa ku Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah.Aamiin ."

Amran meraup mukanya dengan kedua- dua belah tangan. Dia memandang wajah Cempaka yang menjadi makmum solat Isyak berjemaah.

" Cem.. abang minta maaf sebab buat Cem sengsara. Abang banyak sakitkan hati Cempaka. Harap Cempaka dapat maafkan abang. " Cempaka menekup mulutnya , air mata deras mengalir.

" Saya dah maafkan abang. Saya percaya awak akan berubah." Cempaka terus memeluk erat tubuh Amran. Air mata dibiarkan membasahi pipi. Biarlah air mata itu menjadi saksi keinsafan seorang suami bernama Amran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience