Bab 10

Romance Series 7243

" Yo Mona Syuhada. " Jerit Tamrin. Dari jauh dapat melihat Tamrin di seberang jalan. Dia berlari tergesa-gesa menuju ke arah Mona Syuhada yang sedang menikmati ais lemon tea di luar cafe. Sempat Tamrin menahan kereta yang lalu lalang.

"Awak tahu tak bahaya lintas macam tu. Nak mati awal ke. " Mona Syuhada menyinsing lengan. Tanpa meminta izin Tamrin menarik kerusi dan duduk di hadapan nya.

" Eh tak nak beri salam ker. " Tamrin menjongkek kening.

" Assalammualaikum, Mona Syuhada. "
" Waalaikumussalam Tamrin. "

" Oh ya hal hari tu sorry ek . Lupa nak bayar. " Tamrin menggaru kepala yang tidak gatal. Mona Syuhada hanya menggeleng kepala dengan perangai Tamrin.

" Takpelah hal tu saya dah lupakan. Tapi jangan buat kat perempuan macam ni. Faham. " Kata Mona Syuhada sambil jari telunjuknya menunding ke arah Tamrin.

" Ok. " Tamrin menunjukkan tanda " Ok ".

" Jom kita pergi shopping mall. " Mona Syuhada mengajak Tamrin. Dia terus bersetuju .

* * * * * * * * * * *
Di Mid Valley.

" Perempuan ni memang suka shopping ek. "
" Of course lah nak beli keperluan . "

" Keperluan ke keinginan?. " Tamrin ketawa terkekek - kekek. Apa dia ingat lucu ke. Mona Syuhada sudah mula mengepal tangan.

" Bila rasanya awak makan penampar ek. "

" Saya tak makan penampar tetapi saya makan makanan. Hahaha. "

" Sorry tak kelakar ok. " Tamrin mengusap dagunya. Sebenarnya dia bosan melihat Mona Syuhada yang tercari - cari kedai kasut.

Tiba - tiba muzik Kpop bergema seluruh ruang shopping mall. Apa lagi dia mula terkinja- kinja mengikut rentak lagu itu.

" Aduh Blackpink in area pula. " Mona Syuhada menepuk dahi melihat Tamrin yang syok menari. Selepas itu lagu itu berhenti. Dan mendendangkan lagu irama Malaysia. Nasib baik dia tidak menari zapin ditengah - tengah shopping mall ini selepas dicubit oleh Mona Syuhada.

" Sakitlah. " rungut Tamrin. Lengannya digosoknya supaya dapat menghilangkan kesan cubitan Mona Syuhada.

" Awak kenapa tiba - tiba menari kat sini. " Mona Syuhada memaling muka kepada Tamrin.
" Saya bosan lah. Kalau macam tu saya nak balik . Dari tadi bertawaf kat sini. " Tamrin memaling kan badan . Langkahnya laju tanpa menoleh ke belakang sekali pun.

" Ala jangan lah tinggal kan saya. " Mona Syuhada menjerit sambil mengejar Tamrin yang semakin laju melangkah. Mujurlah dia memakai seluar jeans dan kasut sports bolehlah dia mudah untuk mengejar Tamrin.

" I am sorry. Sebenarnya kedai yang saya nak pergi tu tutup. Sengajabsaya nak pusing - pusing sikit. "

Tamrin menggeleng. " Patutlah kita saya rasa pusing sekarang ni. Sekarang saya nak makan cendol pulut kat bawah sana tu. Nak sejukkan kepala jap. "

" Ah ok jomlah. " Mona Syuhada menekankan butang lift untuk turun ke bawah.

* * * * * * * * * * *

Tamrin pulun makan cendol pulut sehingga bertambah mangkuk di atas meja. Sejujurnya, cendol pulut itu sungguh sedap. Memang lah dia makan banyak tetapi Mona Syuhada hanya menjamah sikit. Katanya mahu diet.

" Awak tau tak beza awak dengan cendol ni ." Pipi Mona Syuhada bertukar menjadi merah. Tamrin pula mencedok cendol lau dimasukkan ke dalam mulut. Nak buat pickup line lah ni.

" Apa dia ya? Tak tahu lah" Mona Syuhada
mengerut dahi memikirkan di sebalik ayat pickup line itu.

" Cendol ni mencair di dalam mulut kalau awak pula mencairkan hati saya. " Tamrin mengenyit mata. Mona Syuhada menutup muka kerana malu yang teramat sangat.Cia cia cia.

" Itu saya dapat dalam komen fans awak lah Mona. Awak tak baca ke. " Mona Syuhada menggeleng.

" Tak saya tak ada masa nak baca semua tu. " Kata Mona Syuhada perlahan.

" Habis tu sekarang ni awak ada masa kan. Bacalah. Dengan saya ada pulak masa. " Tamrin mengambil tisu lalu dilapnya bibir yana comot.

" Amboi ! mengata nampak. " Mona Syuhada bangun sambil bercekak pinggang. Kerusi plastik yang di dudukinya itu jatuh ke lantai.

" Saya bayarkan ek. " Tamrin bingkas bangun dan bergerak menuju ke kaunter pembayaran. Langsung dia tidak menghiraukan kata-kata Mona Syuhada.

" Kelakar lah awak ni Tamrin. " Mona Syuhada ketawa mengenangkan gelagat Tamrin yang gila-gila itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience