Bab 31

Romance Series 7243

" Apa yang awak buat sampai terbakar rumah diorang!" Marah Cempaka. Amran terkedu kerana tidak pernah Cempaka meninggikan suara kepada nya.

" Saya tak buat apa- apa ! Saya upah orang lain untuk hantar " barang" !" Terang Amran.

" Awak suruh kutu -kutu tu. Mereka budak sekolah lagi! Ya Allah! Saya nak tanya apa " barang " yang awak cakap tadi! ". Cempaka semakin mendekati Amran. Dia pula semakin rapat ke dinding.

" Kau diam lah ! " Amran menolak Cempaka sehingga terlanggar bucu meja yang berdekatan. Darah mengalir deras dari dahi hingga ke pangkal telinga. Amran tergamam melihat Cempaka yang sudah tidak sedar lagi.

" Cempaka bangun Cempaka! Oi janganlah main- main! " Amran menggoncang badan Cempaka . Namun masih lagi tidak bangun- bangun.

" Argh jangan mati! " Kata Amran . Dia mengangkat tubuh kecil Cempaka dan di bawa ke kereta. Terus dia meluncur laju ke hospital .


* * * * * * * * * * *
Tamrin masih lagi termenung jauh. Sejak kejadian itu, dia tak banyak cakap . Dia sibuk mengurung diri di dalam bilik. Kalau kehilangan Haliza membuatkan dia menghilangkan diri, macam mana pilula dengan kebakaran itu? Argh aku tak tau nak buat apa. Aku hanya berserah sahaja supaya Tamrin bertabah dengan semua musibah ini.

Buat masa ini mereka tinggal di condominium Mona Syuhada. itu sahaja tempat tinggal yang ada buat masa ini.

Tok tok tok.

Mona Syuhada mengetuk pintu dari luar. Namun kelibat Tamrin langsung tak muncul- muncul.

" Awak keluar lah dari bilik tu. Mari lah makan. Saya dah buat sarapan pagi ni. Takkan saya nak makan sorang-sorang." Mona Syuhada terus memujuk sambil tangannya mengetuk pintu tak henti-henti.

" Kalau awak tak nak makan takpa . Saya faham apa perasaan awak sekarang ni. Maaflah kalau saya menganggu awak. " Kata Mona Syuhada . Dia meninggalkan Tamrin keseorangan yang sedang melayan perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience