bab 37

Romance Completed 28747

Harraz sampai di perkarangan resort.
Arissa masih lagi di hospital.
Petang ini baru boleh pulang ke rumah.
Harraz terpaksa bergegas ke resort apabila menerima panggilan daripada Amy tadi.
Dia melilau mencari kelibat Amy.

Beberapa minit kemudian datang seorang perempuan cantik menuju ke arahnya.

"hai encik Harraz...saya Amy yang call tadi"
dia tersenyum.

"awak kenal saya?"tanya Harraz.

"yup...encik kan usahawan muda yang terkenal..lagi pun haritu saya pernah hadiri party your parents with Alia"terangnya ringkas.

"macam mana dapat nombor telefon saya?"

"saya bukak phone Alia...masa dia tidur tadi"
Harraz mengangguk.
"well mana budak yang awak kata tadi?"

"jom ikut saya..."Harraz membuntuti Amy.

.........
.........

Erman membawa Alia makan sebuah restoran di bandar Melaka.

"kenapa You ikut I sampai sini?"tanya Alia selepas sekian lama mereka berdiam diri.

"tadi kan dah cakap rindu.."Erman menyedut air minumannya.

"Alia...boleh I tanya....apa hubungan You dengan Harraz sebelum ni"Erman memulakan bicara dengan teratur.

Alia mula kelihatan tidak senang duduk bila disoal begitu.
Dia bangun dari duduknya.
Erman terkejut melihat Alia berlalu pergi dengan tiba tiba.
Makanan yang di makan masih lagi bersisa.

Erman pantas membayar harga makanan dan mengejar Alia dengan cepat.

"fuh penat I tadi ingatkan You dah lari balik"
mengahnya masih lagi tidak hilang.

"maaf pasal soalan tadi"

"dah lah jom kita pergi tempat lain...rimaslah sini ramai orang"Alia masuk ke dalam perut kereta.
Erman mengeluh kecil pelik dengan sikap Alia.

"I bekas tunang Harraz"Alia mula bersuara.
Erman menoleh ke arah Alia seketika.

"aku tahu sebab Harraz dah cerita pada aku tadi cuma nak tahu dari mulut kau sahaja Alia"getus Erman.

"Arissa?"tanya Erman sepatah.

"dia adik I,merangkap sepupu"jawabnya acuh.

Erman mengangguk faham.

Erman memberhentikan kereta di tepi sebuah tasik.
"jom kita duduk sini jap...tengok bintang"

"bintang apanya siang hari ni....?"tanya Alia kepelikan
Erman ketawa mengekek.

"bintang hati lah...."Erman terus tergelak

Alia tersenyum kelat.
Entah mengapa dia tiada dalam keadaan untuk berbicara.
Perkara yang dirancang tidak menjadi.
Niatnya untuk Harraz berubah hati menerimanya kembali tidak kesampaian.

"Arissa kenapa kau terlalu naif"gumam Alia sambil mengenggam tangannya.

'Alia you ok ker ni?"tanya Erman apabila melihat Alia seolah menahan kemarahan.

"hmmm....sorry"
dia mendongak melihat Erman yang sedang merenungnya.

'kenapa You suka kan I?"tanya Alia ringkas.

Erman tersenyum mendengar pertanyaan Alia.

"Alia...my sweet...entahlah..sukar I nak ungkapkan..first time I tengok you...terus jatuh cinta..."Erman cuba bermain kata.

"you mesti tahu kan yang I ni kena tangkap khalwat dengan Harraz malam tadi"

"tahu Dia cakap sendiri...dan I tahu ni semua rancangan You kan?"

Alia tersentak mendengar kata kata dari mulut Erman
"dia tahu ker yang ini semua rancangan aku"gumam Alia.

Dia mula rasa gelisah...di tarik nafas dalam.
Pandangannya kosong menghala ke tasik.

"You masih ada hati lagi ker kat Harraz?"tanya Erman yang dari tadi memerhatikan Alia dalam keadaan tidak selesa.

"please Erman jangan campur urusan peribadi I...ni masalah keluarga I...you bukan pun special dalam hidup I"Keangkuhan Alia mula menapak.

Erman terkedu dengan kata kata Alia.
Alia perasan yang air muka Erman mula berubah.

"betul kata You Alia...I ni bukannya istimewa dalam hati you...tapi percayalah cinta I tak akan berubah pada You walaupun seinci"dalam kata kata Erman.

Alia menatap tepat pada mata Erman seketika dia memandang kembali mukanya ke tasik.

"tapi hati I masih lagi pada Harraz"kali ini tuturnya perlahan.

"I rasa yang you rasa sekarang ni bukan cinta tapi dendam...you cemburu bila orang yang pernah cintai dulu kini jadi milik orang lain...bukan ker dulu you yang menolak dan putuskan pertunangan dengan dia....tapi yang hadir kini dalam hati you adalah dendam kesumat apabila you tak boleh lihat kebahagiaan antara adik you dengan orang yang pernah bertakhta di hati"panjang lebar ungkapan dari mulut Erman.

"memang I rasa marah...rasa cemburu,sakit hati bila lihat kebahagiaan antara mereka...memang I yang salah...I yang tinggalkan dia...tapi I tak nak dia bahagia!!!"jerit Alia.
Nasib baik orang yang berada di sekeliling tidak ramai kerana waktu tengahari.

Erman merapati Alia perlahan.Dia memusingkan bahu Alia agar berhadapan dengannya.
Di tatap wajah Alia dalam dalam...dia tersenyum.
Alia masih terdiam dengan muka kemarahan.

"bersihkan hati Alia...tenang...sudah tetulis jodoh itu bukan milik You...lumrah manusia bila ada di depan tidak di hargai...bila tiada pasti rasai kehilangan..."

Wajah Alia kini berubah tenang.Matanya kelihatan berkaca.
Terus dia menyeka airmata daripada jatuh.

"baik you rasa menyesal sekarang daripada kemudian Alia...hidup ini tak semua yang kita impikan akan kita dapat...mungkin jodoh you dengan I"Erman masih lagi sempat bergurau.
Alia tersenyum senget.
Dia masih lagi mentafsir kata kata Erman.

"I rasa pelik dengan you Erman...you tahu I ni bukannya perempuan yang patut you puja ,I ni jahat...masih lagi you tergilakan I"

"nama lagi gila...orang gila ni mana boleh fikir baik dan buruk pun kan?"tanya Erman sambil ketawa.
Kali ini Alia turut ketawa dengan celoteh Erman.

"good...kali ni baru sweet....tapi you lagi sweet bila marah"Erman mencuit hidung Alia.
Alia tersenyum.

"tapi ingat Alia...I tetap inginkan you jadi suri hati I"

"walaupun I ni tak sempurna?"tanya Alia lembut.

Erman mengangguk.

"tiada manusia yang dilahirkan sempurna Alia...."ringkas dan padat ungkapan Erman.
Alia menarik nafas .

"dah jom balik...I ada hal yang belum selesai"

"baiklah...walaupun sekejap tapi I happy sebab You sudi berjumpa dengan I"

Alia hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
Mereka memasuki perut kereta.
Erman memecut meninggalkan tasik itu.

"You ni sebenarnya kerja apa ?" tanya Alia setelah masuk dalam kereta.
Erman berpaling sambil tersenyum.

"aku tanya boleh dia senyum pulak"gumam Alia.

"cuba teka..."Erman mengangguk kepala sambil menyanyi serentak dengan lagu di radio.
Alia menutup radio.
"I tanya you tak jawab lagi"sedikit keras suara.

"pakar sakit jiwa...."jawabnya ringkas...sambil ketawa kecil.

"hah biar betul...."

"betul lah...."

"patutlah cara cakap tak sama dengan orang biasa"

Erman hanya mengungkit bahunya sambil ketawa.
"patutlah pandai bermadah helah pun"getus Alia lagi.

Erman hanya dari tadi tersenyum melihat riak wajah Alia.

"betul ker dia pakar sakit jiwa...patutlah aku tengok macam mental jer...eee...gerunnya aku"Alia bermonolog.

..........
..........
P/S: mungkinkah jodoh Alia dengan pakar sakit jiwa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience