Petang itu Arissa ke rumah abangnya.
"alah rindunya maksu kat kembar ni" Arissa memeluk dan mencium si kembar Nina dan Nisa.
"betul ker adik sanggup jadi pengganti kak Alia?pertanyaan datang dari belakang.
"betullah,kan adik dah kata ari tu,adik tak main main"sambil tangannya memimpin sikit kembar.
"berat dik tanggungjawab jadi isteri yang tak dicintai nanti"sapa Azira yang dari tadi sibuk di dapur.
"adik tahu...tapi belum cuba belum tahu..."dengan nada bergurau.
"ni bukan gurauanlah dik,ni sungguh sungguh,takut merana badan nanti"celah Arif lagi.
"emmm sekali adik dah buat keputusan tak mungkin adik undur abang,lagi pon inilah yang terbaik untuk kita semua terutamanya ibu dan ayah,adik tak sanggup lihat mereka sedih lagi"Andai ini takdir hidupnya Arissa sanggup mengorbankan segalanya demi insan yang dia kasihi.
"dah adik kata gitu,kami nak kata macam mana lagi cuma akak dan abang doakan agar adik bahagia"ujar Azira sambil memeluk adik iparnya.
Selama dia mengenali Arissa tidak pernah sekali pon dia lihat gadis itu menolak segala yang dipinta,apatah lagi perkara yang tidak di minta.Berbeza sekali dengan Alia yang suka membantah dan perengus.
Tapi Arissa berbeza sekali gadis yang amat sederhana dari segala segi.Mudah mesra dan senang dibawa berbincang.Walaupon masih muda tapi punyai idealogi yang mengagumkan.Dia cuma mampu berdoa agar Arissa akan temui kebahagiaannya nanti.
....................
"mama harap Raz terima cadangan kami agar setuju dengan apa yang adik alia kata"Puan Sri Marlia memulakan bicara.Perlahan menghampiri anaknya yang duduk di balkoni.
Harraz masih lagi terdiam.Sejak sekembali orang tuanya tempoh hari dari rumah Alia pertanyaan mereka masih lagi tanpa jawapan.
"Raz buntu lah mama,benda ni jadi terlalu pantas"Harraz rasa sangat kecewa kerana perbuatan orang yang dia cintai sanggup meninggalkan dia saat dia memerlukan.
"mama tengok Arissa ni lain sekali dari Alia...Raz cubalah jumpa dia sekali, nanti Raz buatlah keputusan,mama tak paksa,duit boleh dicari Raz tapi kasih sayang sukar dibeli,tak rugi mencuba"
pujuk ibunya lagi.Dia tidak mahu memaksa Harraz dalam membuat keputusan tentang hidupnya,andai Harraz tidak bersetuju sekali pun dia terima dengan hati yang terbuka.Apalah sangat kalau mereka kerugian dan mendapat malu sekalipun benda dah berlaku tidak dapat diundurkan kembali.
"oklah mama Raz akan jumpa dia sekali,kalau itu yang mama inginkan"ujar Harraz menenangkan mamanya.Senyuman di wajah Puan Sri diukir.Sedikit kelegaan di hatinya.
................
Share this novel