bab 22

Romance Completed 28747

Hari ini ada jamuan ulangtahun perkahwinan mertua Arissa.
Semua hiasan dan tema di aturkan sendiri olehnya.
Semua berpuas hati dengan hasil tangannya.
Sebuah villa yang dihadiahkan pada suaminya di berikan sedikit sentuhan menjadi lebih indah.

"well Arissa thanks sebab hias cantik macam ni..so beautiful...selalu buat kat hotel ...tapi kali ni pertama kali mama dan papa buat majlis kat sini tau....amazing "Puji mertuanya sambil memeluk bahu Arissa.

"Kami yang patut berterima kasih sebab hadiahkan villa ni...dan berikan kepercayaan pada Arissa jadi juru hias majlis ni"dia mengeluh puas hati dengan hasil kerjanya dan pertolongan dari rakannya yang lain.

"nanti jangan lupa ajak team kerja Arissa datang majlis malam ni..."

"dah cakap tadi diorang pasti datang"

"very beautiful love...Biy suka...nice..perfect"datang Harraz memeluknya dari belakang.

"ishh..mama ada ni...Ok ker...ker saja nak ngayat kita"...Puan Sri tersenyum sambil berlalu pergi.
Malu pula tengok anaknya romantik gitu.
Merah muka Arissa tadi bila Harraz peluk dari belakang depan mertuanya.

"betul laaa...cantik macam tuan yang hias laa.."
sambil mengucup pipi Arissa.

"dah jom siap jap lagi tetamu datang..tak sempat pula"ajak Arissa sambil memaut lengan suaminya.
Mereka berlalu ke bilik untuk bersiap.

..........
..........

"bestnya malam ni buat liputan majlis anniversary Tanya Sri Rahman dengan wife dia...tapi kali ni buat kat villa dia...mesti grand gila"
ujar Fikri riang seorang wartawan majalah perniagaan.

"Tan Sri Rahman...bukan ker ank dia tu bekas tunang model yang hot tu"sampuk Bibi juga selaku wartawan hiburan

"ya betul tu...tapi sekarang ni memang anak dia yang jadi CEO MEGAH HOLDING " sambung Fikri lagi sambil mengelap cermin kameranya.
Tidak sabar rasanya membuat liputan berita tentang kehidupan ahli perniagaan tersohor itu.
Sekarang ni berita mesti bertumpu pada CEO yang baru dan isterinya.
Kira majlis malam ni dua dalam satu.

Para tetamu mulai memenuhi perkarangan villa milik Tan Sri Rahman yang kini jadi milik anaknya Harraz.
Tetamu yang terdiri daripada rakan bisnes dan juga jiran yang berdekatan.
Turut hadir ibu dan ayah Arissa serta abang dan kakap iparnya.

"rasa nervous lah Biy...mesti ramai yang datang"
Arissa mengenakan dress labuh warna merah hati sedondon dengan Harraz.

"so beautiful...like angel..." puji Harraz,
matanya tidak berkelip melihat kecantikan Arissa pada malam itu.
Arissa cuma tersenyum.Dia rasa gementar kerana ini juga pertama kali dia akan ditemuramah oleh wartawan selaku isteri CEO MEGAH HOLDING.

"cool laa...jangan nervous sangat... tarik nafas hembus...Biy pun seram sejuk juga ni..."sambil menggenggam tangan Arissa memberi semangat untuknya.

"ibu,ayah dah lama sampai ker...sorry lambat"sambil menyalami orang tua nya.

"kami pun baru sampai...cantik anak ibu ni...dah nampak makin berisi sikit" puji Puan Suraya sambil mencuit pipi Arissa.

"ya ker ibu..makan banyak kut"sambil memeluk ibunya.
Dia pun tak tahu kenapa sejak akhir akhir ini perutnya kerap kelaparan.
Datang dua orang si kecil menerpa ke arahnya.

"maksu...look so beautiful..."pandai si cilik ni memuji kecantikan Arissa.
"anak buah maksu pun cantik like princess...rindunya..."kucupan diberikan di pipi sikembar.
Kelihatan si kembar mengelap pipi akibat ciuman tadi.
Terkekeh Arissa melihat gelagat nakal anak buahnya.

"wow dik..tak cam abang tadi ingat model mana..."datang Arif dan Azira menyapa mereka.

"abang kan kalau tak nyakat adik memang tak sah kan"Arissa ketawa kecil

"wah kak Azira lama tak jumpa perut dah besar lah...abang buat apa kat akak ni.."dia ketawa sambil menggosok perut kakak iparnya.

"kau tu bila lagi...jangan tunggu lama lama..."

"nanti ada lah rezeki adik tu..abang ni pun tak baik tau cakap macam tu.."sambil mencubit bahu Arif.Arif menyeringai kesakitan.

"hmm..tak apa lah kak Zira ..abang Arif ni memang mulut macam ni...nanti ada laa tu belum ada rezeki lagi..."Kelihatan Harraz tersengih berpandangan dengan Arissa sambil mengungkitkan bahunya.

"nampaknya kena usaha lebih lagi"sambil membisikkan di telinga Arissa.
Rona wajah Arissa berubah merah bila di usik suaminya.
Dia menyiku lengan Harraz sampai tergelak Arif dan Azira.
Ibu dan Ayahnya dari tadi lagi berlalu pergi ke tempat mertuanya untuk bertegur sapa.

"tahniah Raz jadi CEO sekarang ni...abang turut happy buat korang"sambil menghulurkan tangan pada Harraz.

"terima kasih abang Arif.."

"jom ,abang,kak nampaknya majlis dah nak mula"Harraz mempelawa mereka menuju ke meja depan untuk majlis potong kek.
Mereka semua menuju ke sana.

Lensa kamera tidak putus putus mengambil gambar mereka.

"letih juga asyik kena senyum gini"Arissa membisikkan di telinga suaminya.
Harraz tersengih
Harraz menggenggam erat tangan isterinya,berjalan beriringan.
...........
...........
Petang tadi

"Alia malam ni temankan I ke rumah Tan Sri"ajak Suzy yang merupakan anak datuk Ramli dan juga kawan baik Tan Sri Rahman.
"Amy kau pun ikut aku sekali" ajak Suzy

"Tan Sri mana pula ni....buat apa kat sana?"tanya Alia yang sedang kusyuk makan.

Belum sempat Suzy menjawab soalan Alia dipotong pula pertanyaan dari Amy.

"wah ada apa kat sana...?tanya Amy teruja apabila bunyi perkataan Tan Sri.

"kenalan bisnes papa aku...dia yang suruh aku pergi wakilkan dia sempena anniversary Tan Sri tu..nak pergi sorang memang tak laa...tapi kalau tak pergi rasa bersalah pula, diaorang banyak bantu papa aku dalam bisnesnya...dan kau orang nak tahu Tan Sri ni lah yang biayai bil papa masa terima rawatan dulu"panjang lebar penerangan cerita Suzy.

"tengoklah macam mana kalau Aku free"
kata Alia selamba.

"aku on jer..my darling aku luar kawasan jadi aku bebas jap"Jawab Amy sambil ketawa.

"jom la Alia kut boleh sangkut sorang pula.."sambil kenyitkan mata ke arah Alia.
Alia hanya mencebik.

"Majlis orang kaya mesti ramai wartawan buat liputan"gumam Alia.

"jam 8 aku jemput korang"
Suzy berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience