Alia melangkah masuk ke bilik persalinan...
Peristiwa malam tadi masih pagi ligat bermain di fikirannya
Sakit hatinya melihat kemesraan Harraz dan Arissa.
Mungkin salah satu sebab mengapa dia sanggup menampar pipi Arissa.
"tapi kenapa aku harus cemburu dengan mereka lagi..sedangkan hubungan antara aku dan Harraz sudah berlalu"getus hatinya.
Dia melabuhkan punggung di kerusi depan meja solek.
Di belek dan di tenung wajahnya sendiri.
"aku cantik,sexy setiap mata lelaki yang melihat ku pasti tergoda...tetapi..."lamunannya terhenti apabila kelihatan beberapa orang model masuk menukar pakaian.
"hei Alia lepas ni jom lepak"Amy masuk menepuk bahunya.
Dia masih diam merenung cermin.
"Alia...kau dengar tak ...?!laung Amy lagi.
"apa?"bisinglah"marahnya
"Jom lepak sambil cuci mata...kita ajak Suzy sekali"
"hmmm"jawabnya ringkas.
Dia tiada dalam mood untuk berbicara.
"hai ladies...nah tengok"Suzy masuk menghulurkan sebuah majalah.
"wei sejak bila kau baca majalah bisnes ni?!tanya Amy spontan.
"nak beli tu memang tak lah...tapi aku ambil papa aku punya...tadi jumpa kat dalam kereta..nampak tajuk menarik kat depan"
"CEO MEGAH HOLDING YANG BARU....wei memang sesuai diaorang ni kan...sama cantik sama padan...apa orang kata bagai pinang di belah dua.."Amy membaca dengan suara yang kuat.
Alia menjeling ke arahnya seolah olah cemburu dengan kebahagiaan Arissa.
"dia kahwin dengan orang kaya mestilah nampak cantik..cuba kahwin dengan tukang sapu boleh ker pakai macam tu...boleh jer cantuk gitu..."tutur Alia sambil mencebik.
"bukan sebab dia kahwin dengan orang kaya dia jadi cantik tapi aku tengok memang dia ni cantik..ada aura di situ"sampuk Suzy dari dalam sedang menukar baju untuk show sebentar lagi.
"tapi kenapa erk aku tengok kau macam tak suka jer dengar orang puji diorang ni...kau jeles ker?!tanya Amy menemplak.
"tak ada maknanya aku nak jealous kat Arissa ni...aku pun boleh dapat lebih lagi daripada dia"Alia mula naik angin bila di katakan cemburu.
"tapi kau macam dah lama kenal jer dengan sapa tu...Harraz...ker sebelum ni kau berdua ada hubungan?!teka Amy lagi.
Ramai yang masih tidak tahu hubungan mereka sebelum ini.
Semasa mereka bertunang dulu pun hanya yang terdekat sahaja tahu.
Masa ni Amy dan Suzy masih lagi tidak bekerja bersamanya lagi.
Kalau diorang tahu mau tak kecoh di buatnya terutamanya Amy.
"malas aku nak layan kau..."Alia bangun terus keluar.
"wei criter la kat aku.."laungan Amy dibiarkan.
"Suzy kau rasa Alia tu ada hubungan tak dengan keluarga ni?!tanya Amy pada Suzy tidak puas hati dengan jawapan Alia tadi.
"kau tanya aku...pergilah tanya dia sendiri...manalah aku tahu...tak pun kau tanya wartawan yang tulis berita ni senang cerita.
"ke situ pulaaa...tapi kannn.."
belum habis Amy meneruskan kata kata Suzy bangun meninggalkan nya.
Amy mengeluh tidak berpuas hati.
"tak apa lambat laun aku korek juga "katanya sambil tersengih sendiri.
............
............
Harraz tiba di hospital dengan Pak Yus...
Mama dan Papanya menyusul kemudian.
Dia cemas dan bimbang dengan keadaan isterinya.
Sudah hampir 20minit Arissa di wad...dia mundar mandir di luar.
Dia baru tersedar subuhnya sudah lewat...dia segera bertanya pada jururawat yang lalu di situ arah surau.
Segera dia mengerjakan solat subuh...
Selesai solat dia segera menuju ke bilik tempat Arissa di tempatkan.
Kelihatan kelibat Papanya di luar pintu.
"papa bila sampai?"tanyanya.
"baru jer tadi...mama ada kat dalam..nurse panggil waris tadi kebetulan kami sampai"
"Raz ke surau tadi...solat subuh dah lewat sangat"terangnya.
"dah pergi lah tengok Arissa tu...Papa nak ke bawah jap..cari air...ke kamu nak apa apa?"tanya Papanya
"thanks papa..Raz nak masuk tengok Arissa dulu"
Tan Sri berlalu meninggalkan Harraz yang sedang masuk ke dalam bilik yang menempatkan Arissa.
"Mama, macam mana Arissa?"
tanyanya apabila kelihatan Arissa masih lagi tidak sedarkan diri.
Puan Sri tersenyum apabila melihat anaknya masuk.
"Raz duduk dulu...nanti doktor datang tanya dia sendiri"ujar Mamanya sambil tersengih.
"Laa bukan tadi doktor dah jumpa mama?"tanya dia kehairanan.
"Selamat pagi semua...ni suami Puan Arissa ker..
nama Saya Doktor Fatima."
seorang doktor perempuan tertera di tag namanya Fatima.
"ya saya...tapi kenapa dengan isteri saya dia ok ker?"tanya Harraz cemas.
nafasnya mula naik turun.
Tapi yang hairannya muka doktor di depannya tenang jer siap tersenyum.
Dia memandang wajah Mamanya ,riak wajah Mamanya pun sama...tersenyum lebar lebih daripada doktor Fatima.
"relax Raz dengar dulu...apa yang doktor nak sampaikan..."Puan Sri menggosok bahunya.
Dia menarik nafas perlahan.
"isteri Encik ni banyak kehilangan cecair dalam badan dia..dan tekanan darahnya sedikit rendah tu yang dia kemungkinan pening dan pengsan"
"semalam dia banyak menangis.."gumamnya.
"biasalah bagi ibu mengandung akan mengalami simpton begini...tapi tak perlu bimbang sebab kami dah masukkan air ke badan dia...sebentar lagi dia akan sedar"terang doktor panjang lebar.
"doktor cakap apa tadi..ibu mengandung?"...maksud doktor isteri ss..saya..Mengandung?"tanyanya teruja dan tergagap gagap.
"ya tahniah Puan Arissa mengandung 6minggu..."
tersenyum doktor melihat reaksi Harraz.
"betul ker Mama?"sambil memeluk Puan Sri.
Mamanya mengangguk sambil menggosok belakangnya.
"Raz kalau ya pun happy jangan bising sangat"
Puan Sri tergelak melihat perangai anaknya.
"baiklah saya keluar dulu Puan Sri"
Doktor berlalu pergi.
"Biy...Arissa kat mana ni?"suara Arissa kedengaran perlahan.
Tangannya masih menggenggam tangan Arissa.
Dia bangun mendapatkan Arissa dan mengucup lembut dahinya.
Mamanya sudah pun pulang sebentar tadi untuk mengambil baju Harraz.
"Love kat hospital...love pengsan tadi"
sambil mengusap kepala Arissa.
'Arissa sakit ker...tadi pagi kepala pusing dan masuk mandi..lepas tu dah tak ingat apa apa dah"
dia cuba bangun tapi di tahan oleh suaminya.
"jangan bangun...love rehat dulu..."
"Biy ...lapar lah..."rengeknya manja.
"lapar...love nak makan apa...nanti Biy belikan"
"burger McD....teringin nak makan sangat"
"burger...pagi pagi macam ni mana ada buka lagi...apa kata makan bubur nasi dulu...tadi mama call dia on the way bawa bubur untuk love"
sambil menggosok perut isterinya.
"Biy ni kenapa gosok perut..."Arissa hairan melihat gelagat suaminya.
Harraz tergelak ....
Arissa masih belum tahu bahawa dirinya mengandung.
"assalamualaikum...Arissa dah sedar ya..."pintu di kuak dari luar.
Kelihatan mertuanya datang...
"waalaikumusalam....."jawab mereka serentak.
"ni mama dah masak kan bubur nasi buat menantu mama"sambil meletakkan di atas meja tepi katil Arissa.
"mama sebenarnya Arissa sakit apa...tanya orang sebelah ni dia tak jawab pun"sambil mengerling ke arah suaminya
"hmmm...kena buatan orang...."kata ibu mertuanya selamba.
"hah kena buatan orang?"membuntang mata Arissa terkejut.
"ishhh love ni...perlahan sikit suara tu..."tegur Harraz.
"Raz tak cakap lagi ker kat Arissa ?"
tanya Puan Sri.
Harraz menggelengkan kepalanya sambil ketawa.
"love tenang ya...sebenarnya...kita akan jadi daddy and mommy"tangan Arissa dicium lembut.
"daddy and mommy...maksudnya saya mengandung?"Arissa sangat teruja...gembira dengan berita kehamilannya.
Kesedihan malam tadi dilupakan terus.
Mungkinkah suaminya belum tahu lagi hal yang berlaku semalam...
Mereka berpelukan gembira
"nak burger..."_bisik Arissa di telinga suaminya.
"aduh....ingat kan dah lupa..."Harraz menepuk dahi.
"kenapa Raz..?"tanya Tanya Sri kehairanan.
"menantu papa ni...nak makan burger McD.."
"hmmm....bersedialah Raz tahan semua...perangai orang hamil ni pelik tau..banyak kena sabar"pesan Papanya sambil tergelak.
"kalau jadi macam mama,kau Raz masa mengandung dulu minta nak makan jam 3pagi..kejutkan papa..."Tanya Sri buka cerita,sambil tergelak.
"ishh abang ni duk crita pasal dulu dulu...malulah kat anak anak tu"Puan Sri kelihatan malu.
Harraz pecah tawa melihat muka malu Mamanya bila diusik
Arissa turut ketawa.
Share this novel