Selepas Erman memohon untuk pulang tadi dia terus mencari Arissa.
Sudah lama rasanya Arissa tiada di pandanganya,terakhir dilihat semasa berjumpa dengan Alia tadi.
Ibu dan ayah mertuanya juga tidak kelihatan.
Dia tidak menyangka bila tiba di pintu bertembung pula dengan Alia yang keluar dengan tergesa gesa tadi.
Dia kebingungan,entah apa sebenarnya terjadi tadi.
Harraz kehairanan melihat ketegangan di depan matanya.
Masing masing terdiam tunduk ke lantai.
Dia terus meluru masuk bila melihat isterinya sedang menangis di sisi mamanya.
"love kenapa ni...mama apa yang terjadi?"banyak soalan yang di tuju.
Satu jawapan pun tiada.
Semua membisu...
"Raz bawa Arissa naik atas...nanti kita cakap"
suruh Puan Sri
"tapi kenapa Arissa sampai nangis ni...dan kenapa semua orang diam ni?"
Harraz mula tegang.
"Raz dengar cakap mama,bawa Arissa naik dulu kesian dia"papanya pula menyuruh.
"baik lah...jom love"dia terus mencempung Arissa.
"Biy...saya boleh jalan sendiri lah"Arissa terasa malu sebab semua mata tertumpu ke arahnya.
"tak apa Biy kan kuat.."sambil mengenyitkan matanya.Arissa terpaksa memaut leher suaminya agar tidak jatuh.
Mereka yang berada di situ terkejut dengan tindakan Harraz mencempung Arissa naik ke atas.
"Raz...hati hati nanti jatuh Arissa tu"laung mamanya dari bawah.
Harraz terus berlalu naik ke atas.
"Encik Mokhtar,Puan Suraya saya kena keluar dulu tak elok biarkan tetamu kat luar...nanti kita bincang lagi...jom sayang apa kata diorang pula nanti"dia meminta izin untuk melayan tetamu yang masih lagi di luar.
"ya lah bang...Puan Suraya tenang dulu ya nanti saya datang kita bincang lagi"
Ibu dan Ayah Arissa hanya mengangguk...malu rasanya dengan kekecohan tadi.
............
............
Harraz merebahkan badan Arissa perlahan di atas katil.
Airmata Arissa sudah mula kering...hatinya kini sedikit tenang melihat wajah suaminya.
Wajah yang membuat hatinya cair...
Wajah yang membuat dia jatuh cinta lagi dan lagi...
Dia tersenyum sendiri...
"laaa tadi nangis ni tersengih sorang sorang"
Harraz mula perasan dengan kelakuan pelik isterinya.
"tadi nangis sebab Biy tak ada ..ni happy lah sebab ada"ujar Arissa sambil tersengih lagi.
"love kenapa tadi nangis...jap pipi ni kenapa merah?!
Harraz mula membelek pipi isterinya...ada kesan seperti tamparan.
"tt..tak..mana ada tadi terjatuh..."Arissa risau kalau dia ceritakan hal yang sebenarnya pasti Harraz akan memarahi Alia.
"love...please jangan tipu...someone hurt you...please tell me"rayu Harraz,kebimbangan jelas kelihatan di wajahnya.
"yaaa tak ada apalah...apa kata Biy turun dulu kat bawah tetamu masih lagi ada kan?"
Arissa mula mengubah topik.
"love...please jangan ubah topik ok..."
"ibu ayah masih lagi kat bawah kan...please tolong turun jumpa diorang..."Arissa cuba mengalihkan perhatian suaminya.
Harraz masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya.
"fine...Biy turun bawah jap...nanti kita sambung topik tadi..."
Sambil mengucup lembut bibir Arissa
Harraz berlalu turun ke bawah.
Kelihatan tetamu mulai beransur pulang.
...........
...........
Harraz menghampiri mamanya...
Semasa dia turun tadi ibu dan ayah mertuanya sudah tidak kelihatan.
"mama..mana ibu dan ayah..tak ada pun kat ruang tamu...kat luar ni pun tak ada"tanya Harraz sambil matanya melilau mencari.
"diaorang dah balik tadi...Arif dan Azira juga dah balik tadi.
"laa kenapa Mama tak suruh diorang tidur sini..?"
"dah suruh tadi tapi Arif kata esok dia ada meeting awal pagi takut tak sempat...lagi pun mereka kata baju salin pun tak bawa"
jelas mamanya lagi.
"macam mana Arissa dah ok ker?"
tanya mamanya sambil duduk di menghadapnya.
"tapi mama apa yang terjadi sebenarnya...Raz tanya Arissa pun dia tak cakap...tapi kenapa macam ada kesan merah kat pipi"
Puan Sri hanya mengeluh perlahan,entah macam mana harus dia ceritakan pada anaknya..serba salah dibuatnya..
"dah lewat ni jom lah masuk...tak elok berembun kat luar..esok kita sambung"
belum sempat Mamanya menjawab pertanyaan nya...papa pula menyampuk.
"esok jer mama cerita...papa dah panggil tu..lagi pun mama dah letih ni..."
Jelas kelihatan di wajah mamanya.
Harraz hanya mampu mengangguk
Dia tahu ada sesuatu yang meraka sembunyikan darinya.
Harraz pun bangun membuntuti mamanya masuk ke dalam.
Dia naik ke biliknya.
Satu soalan pun tidak terjawab..dia kehairanan.
Share this novel