Hari bersejarah Alia semuanya di tanggung oleh Harraz...
"Love,Biy ingat majlis nikah Alia nanti Biy akan tanggung semua ....sempena hadiah kahwin dia"Harraz memeluk Alia dari belakang,meletakkan dagunya dia bahu Arissa yang sedang membancuh air untuknya.
"ouch...aduh!!"Alia mengaduh kesakitan apabila tangannya tercurah air panas di jarinya.
"Ya Allah Love...mari Biy tengok"Harraz mula gelabah apabila mendengar Arissa kesakitan.
"kan dah melecur....tadi Biy dah cakap jangan buat kerja kat dapur dah....Love kan tengah sarat ni"Harraz membebel sambil meniup jari isterinya.
"alah sikit jer pun...Love boring lah asyik makan tidur jer...berat dah naik berkilo kilo dah"Arissa muncungkan mulutnya.
"dah mai duduk sini"Harraz memimpin tangan Arissa duduk di bangku.
Harraz segera mendapatkan kotak ubat.
"Biy tak kisah pun Love naik berkilo kilo...yang penting Love dan baby kita selamat...kalau gemuk pun Biy tetap sayang dan cinta kat Love"
sambil menyapu ubat di jari Arissa.
"ya lah tu..."
"dengar sini puan Arissa,Biy ni pencinta yang setia tau,bukan lihat seorang wanita itu hanya pada kecantikan semata mata...tapi hati...hati yang suci macam isteri Biy sekarang ni yang sanggup terima seadanya Biy sekarang ni.."sambil mencium ubun ubun Arissa menyalurkan kasih sayang.
"terima kasih Biy sebab terima Love dan cintakan Love"Arissa terus memeluk Harraz.
"oh ya lupa tadi Biy kata nak sponsor majlis kahwin kak Alia kan?"
"yup....Love ok ker?"
tanya Harraz ragu ragu.
"Love tak kisah....sekurang kurangnya boleh happy kan ayah dan ibu juga"
...........
...........
Alia sah menjadi isteri Ikhwan hanya sekali lafaz sahaja
"jom dik kita ambil gambar keluarga"Alia datang memimpin Arissa yang sedang duduk di kerusi memerhatinya dari tadi di singgahsana.
Arissa bangun perlahan kerana pergerakannya telah terbatas.
Matanya melilau mencari Harraz yang dari tadi meninggalkannya sendiri.
"cari Biy ker?"datang suara dari belakang mengejutkan Arissa.
"Biy...please stay with me...Love rasa dah pelik ni..."sambil memaut lengan suaminya.
"sorry tadi jumpa kawan jap...kenapa Love sakit ker?"
"rasa tak selesa sikit...kan janji jangan jauh....jom kak Alia ajak kita bergambar"
"amboi sempat lagi...hmmm pompuan kalau dengan bergambar sakit pun sihat ya?"Harraz mencuit hidung isterinya.
Arissa tergelak.
Mereka berdua menuju ke singgahsana,kelihatan Ayah dan ibu serta Azira dan Arif dan anak anak juga sudah bersedia di sana.
Terpancar keceriaan di wajah Alia.
"semoga kau berbahagia Alia"bisik Harraz.
"Ya Biy...kita sama doakan mereka"
terkejut Harraz bila tahu Arissa pun terdengar kata katanya tadi.
Arissa mengangkat kening dan tergelak.
Harraz buat muka tak tahu jer.
Maka bermulalah sesi bergambar mereka sekeluarga.
"arrgh...ouch....sakitnya...Biy...sakit .."kedengaran suara Arissa mengerang kesakitan.
"Love....Ya Allah....dah nak bersalin ker ni?"Harraz mula cemas melihat wajah Arissa mengerut dahi.
"mama,ibu...Arissa...sakit dah ni!!jerit Harraz.
Semua tetamu terkejut,panik.
"Ya Allah,bukan ker due lambat lagi...."Puan Suraya dan besannya datang menerpa ke arah Harraz dan Arissa.
"sakit mama,ibu..."cecair merah mula kelihatan di celah kain Arissa.
"mama,darah..."Harraz semakin cemas.
"tunggu apa lagi angkatlah bini kau ni...bawa ke hospital"arah mamanya.
"ya...ya...."
"biar Wan hantar"Ikhwan datang menawarkan bantuan.
"eh tak payah lah...kau tu raja sehari...biar abang Arif yang drive"datang Arif.
"betul tu...kau teruskan jer..biar kami jer kat hospital"jawab Harraz.
"tak payah cakap banyak lah...Love sakit ni...!!jerit Arissa...semua terkejut...
Arif menahan ketawa bila tengok muka terkejut Harraz kena marah.
"kan dah kena...baru kau tahu macam mana orang pompuan sakit nak beranak ni boleh jadi harimau tau"bisik Arif sambil ketawa.
Harraz yang tadi cemas sedikit rasa kelegaan bila abang iparnya buat lawak bodoh.
Harraz mengangkat Arissa ke dalam perut kereta dan Arif yang memandu ke hospital.
"abang cepatlah sakit ni!!jerit Arissa
"Love...tak baik jerit jerit macam ni...istighfar ok...."pesan Harraz sambil menggosok perut Arissa.
"Biy sakit....tak nak dah beranak lepas ni..."
"hmmm ya lah tu... lepas setahun beranak pula"jawab Arif sambil ketawa.
Harraz turut ketawa.
"dah jangan cakap banyak ,kita dah sampai ni"
Arissa terus dibawa ke bilik bersalin.
Arissa meminta supaya Harraz masuk menemaninya.
Dia terpaksa bersetuju walaupun takut...
Habis tangannya dicakar oleh Arissa menahan sakit tadi.
Akhirnya Arissa selamat melahirkan putera sulungnya.
Setitis airmata jantan gugur di pipi melihat isterinya bertarung nyawa demi melahirkan zuriatnya.
"terima kasih Love sebab lahirkan zuriat kita...I Love You So Much"kucupan diberikan.
Arissa mengangguk lemah,setelah anak kecil itu dimandikan,Harraz mengazan dan iqomatkan anaknya.
"Alhamdulillah selamat semuanya..."Harraz keluar dari bilik bersalin membiarkan doktor menguruskan Arissa sebelum ditolak ke bilik biasa.
"tahniah Raz...akhirnya dah dapat pangkat bapa lah kau....dan bersedialah puasa 100 hari"Arif menepuk bahu adik iparnya sambil ketawa.
Semua yang berada di situ turut ketawa dengan lawak Arif tadi.
"hmmm 100 hari pun nak buat macam mana...tahan jer lah"rungut Harraz.
Akhirnya Arissa ditempatkan dimasukkan ke bilik bersama anaknya.
"Love ok ker?"sambil mengucup dahi isterinya.
"alhamdulillah...terima kasih sebab temankan Love tadi"
"Biy...kenapa tangan ni.."Arissa membelek tangan suaminya.
"ada harimau yang nak beranak tadi cakar..."potong Arif sebelum Harraz sempat menjawab.
"hah?...Biy sorry tak sedar tadi...kesiannya"sambil mencium tangan Harraz.
"ok jer....sikit jer ni..berbanding dengan pengorbanan Love buat Biy lagi besar"
terharu Arissa mendengar kata kata suaminya,Arissa tersenyum lebar.
Arif memohon untuk pulang dulu,selepas Azira telefon tadi.
Selepas dua hari Arissa dibenarkan pulang,Arissa mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibu mertuanya.
Mama Harraz berkeras ingin menjaga menantu dan cucunya sendiri.
Agar hilang kesunyian rumahnya yang sudah lama tiada suara anak kecil.
Harraz lebih gembira sebab dekat dengan tempat kerjanya dari rumah orang tuanya.
Selepas seminggu bersalin Harraz mengadakan majlis cukur jambul putera sulungnya.
"alah handsome nya....macam daddy dia.. nama siapa ni"Alia mencubit manja anak kecil itu.
"mestilah anak I...kan"Ikhwan memandang bila terdengar kata kata mereka tadi.
"please dont be jealous sayang"bisik Alia ke telinga Ikhwan yang nampak agak cemburu.
" Harith....abang Wan cepat cepat lah dapat anak...mesti comel macam kak Alia..."tegur Arissa bila lihat muka abang iparnya berubah tadi.
"insyaallah...kalau ada,rezeki awal,abang Wan terima jer"sambil memangku si kecil itu.
"hati hati yunk..."pesan Alia.
"saya biasalah pegang budak...sayang jangan lupa I kan ramai adik..."
"ya lah tu...anak orang tu.."Alia mencebik.
"hah kalau gitu cepatlah dapat anak...kau tu dah umur banyak..."sakat Arif pula.
"abang ni...ingat senang ker nak dapat anak...banyak proses tau"jawab Arissa.
Semua ketawa bila dengar Arissa berdebat dengan Arissa.
"dah...jangan duk kacau ibu dan anak dalam pantang lagi tu...bagi diorang rehat,jom makan..semua dah hidang tu"
"ya auntie..."
Semua keluar ke ruang tamu
"Biy ke sana dulu ya...kalau ada apa apa panggil "
Arissa mengangguk.
"anak ibu sihat ker?"
"Alhamdulillah ibu..."
"ibu Arissa nak ke toilet jap tolong jaga baby "
"boleh ker tu jalan,nak ibu bantu?"
"tak apa Arissa bangun perlahan..."
"Love...Love...kan Biy dah cakap ....panggil tadi"belum sempat Arissa melangkah terus Harraz datang mencempung Arissa.
"Biy apa ni malu lah orang ramai...Love boleh jalan lah..."rungut Arissa.
"tak payah ngada ngada...Biy bawa ke toilet"terus dia mencempung Arissa ke bilik air.
Ibu mertuanya tersenyum melihat anak menantunya.
"bertuah kau Arissa punyai suami seperti Harraz..."gumam Alia.
"sayang...jom makan"Ikhwan memeluk bahu Alia apabila ternampak Alia sedang memerhatikan Harraz dan Arissa tadi.
"nak abang dukung juga ker?"tanya Ikhwan.
"eh...mana ada....dah jom makan jap lagi nak ke mall cari barang honeymoon kita"merah padam muka Alia apabila di usik suaminya.
Ikhwan ketawa kecil.
Dia tahu Alia masih teringatkan Harraz,namun dia berdoa agar suatu hari nanti Alia akan mencintainya sepenuh hati dan melupakan bekas tunangnya itu
Majlis kesyukuran berjalan lancar.
Semua tetamu sudah pun pulang ke rumah,ibu dan ayah Arissa pun turut pulang ke rumah.
"hmmm..lega semuanya berjalan lancar.."Harraz menarik nafas lega.
44 hari kemudian....
"hello my prince...sedap ker duk mengemping tu?"Harraz menghampiri Arissa yang sedang memberi susu pada anaknya.
"hmmm...Harith...daddy sebenarnya teringin juga tu..."
Harraz merapatkan kan badannya dekat dengan Arissa.
"emmm...mummy dah tak kisah kat daddy lagi dah..."Harraz buat muka kesian.
"Biy....100hari tau.."sambil dia mengelap susu yang bersisa di pipi Harith.
"lamanya....fuh...harap boleh tahan lah ya. "sambil memeluk Arissa dari belakang.
"jap nak letak baby ni"
"mari Biy letakkan"
Arissa menghulurkan Harith yang nyenyak tidur selepas kenyang menyusu,.sebelum itu Harraz menepuk belakang anaknya supaya sendawa dan barulah diletakkan di atas tempat tidur Harith.
Arissa memerhati suaminya pandai uruskan anak malah dirinya pun Harraz yang jaga.
"terima kasih ya Allah kurniakan aku suami yang penyayang"getus Arissa.
"hmmm...tak puas lagi ker renung Biy?"Arissa tersentak bila ditegur.
Dia ketawa dan Harraz turut ketawa.
"rindulah..."Harraz memeluk Arissa.
"Love pun rindukan Biy...tapi sabar ya. .."sambil mencium pipi suaminya.
Harraz memegang kedua pipi Arissa.
Arissa tersenyum,faham maksud renungan manja Harraz.
Dia mendekatkan bibirnya dan memagut bibir Arissa yang dirinduinya.
Lama mereka berkeadaan begitu.
"emmmm....dah...no...puasa"
"alah....nak peluk jer"Arissa merelakan pelukan itu kerana dia sememangnya rindukan pelukan suaminya....tapi apa kan daya...
tak sampai 30 minit mereka terlena suara tangisan Harith kedengaran.
"emmm....dah jaga...baru nak bermanja dengan mummy nya..."
Arissa tergelak bila lihat muka kecewa Harraz
...........
Dia jodoh ku berakhir di sini.....
Andai ramai yang bersetuju untuk kisah sambungan nya...Insyallah akan ada yang kedua....
Terima kasih pada yang support dengan penulisan sulung saya dan jangan lupa tunggu kehadiran novel kedua Nur Qaseh....
Share this novel