Alia masih lagi membatu tanpa reaksi.
Arissa terkejut sedikit apabila badan dia ditolak kasar oleh Alia.
"dah lah rimas aku...tak payah nak rindu rindu sangatlah"dengus Alia kasar.
Arissa terdiam dengan kata kata kakaknya.
"kakak masih marah lagi ker?"
Arissa bertanya lembut.
Alia mengeluh kasar tanpa membalas kata kata Arissa.
"jom akak masuk dalam"
Arissa menarik lengan Alia masuk ke dalam.
"lepaslah...kau nak bawa aku ke mana?"
malam ni Alia memang kena main tarik tarik agaknya.
Arissa tidak memperdulikan suara keras Alia.
'akak duduk sini kejap...nanti adik datang"Arissa berlalu pergi tanpa mengendahkan panggilan Alia.
"dia ni gila ker...tarik aku ke dalam...tinggalkan aku kat sini pula"getus Alia geram.
Dia mengetap bibirnya.
Kebetulan di dalam memang tiada sesiapa yang ada cuma pembantu rumah sebab majlis di adakan di perkarangan rumah sahaja.
Dia mendengus kasar...sambil matanya mengamati keindahan hiasan dalaman villa itu,cantik...
"kalau dulu aku yang kahwin dengan Harraz mesti sekarang ni aku yang jadi mem besar dalam rumah ni"gumam nya sendiri.
"Alia..kau buat apa kat sini?!tersentak Alia dengar suara garau yang menegurnya.
"a..ayyah...Alia..."Alia mula ketakutan melihat figura di depannya.
"Alia anak ibu...ibu rindukan Alia"Puan Suraya terus menerpa laju mendapatkan Alia.
Dia memeluk erat badan Alia.
Airmatanya mula mengalir laju...Alia masih membatu dan membalas pelukan ibunya.
Sungguh dia rindukan suara ibunya..dia rindukan pelukan kasih sayang dari ibunya.
Tapi apa kan daya kerana kedegilan dan keangkuhan dia semuanya sudah terlambat.
"Alia...jom balik rumah macam dulu dulu..."pujuk ibunya.
"awak tak payah nak suruh dia balik rumah..biarkan dia buat apa yang dia nak...pakai baju tak pernah cukup kain"matanya turun naik melihat pakaian yang membaluti tubuh anaknya.Dia terasa jengkel sekali,ayahnya bersuara kasar.
"ibu...Alia minta maaf...Alia tak boleh balik..Alia dah tak ada apa lagi kat sana...lagu pun Alia ada impian"
"Impian?!!.berkepit dengan jantan ke hulu ke hilir tu impian dan cita cita kau kata?"
Berita scandal anaknya hampir setiap hari terpampang di media sosial.
"ayah peduli apa...ayah dah halau Alia..jadi Alia bebas buat apa yang Alia mahu"
"kau kan Alia..."Belum sempat tangannya sampai ke pipi Alia,Arissa cepat menghalang ayahnya.
"cukup lah ayah Alia dah besar...tak perlukan sesiapa untuk uruskan hal Alia"begitu sekali kata kata Alia.
"dah lah abang Alia kan anak kita...darah daging kita sendiri"pujuk Puan Suraya.
"ayah memang,kalau anak sendiri dibenci tapi anak orang ditatang bagai minyak yang penuh"
suaranya ditekan kasar.
"Alia kau jangan kurang ajar dengan ayah!!
tengking Arif yang kebetulan masuk untuk ke tandas.
Azira dan si kembar turut terkejut.
"sayang bawa anak anak keluar dulu..."
Azira mengangguk dan berlalu pergi.
"kau maksudkan Arissa...tau tak kalau bukan sebab dia yang setuju untuk gantikan tempat kau untuk menikah dengan Harraz dah lama ayah mati terkejut dan tanggung malu akibat perbuatan kau!!"sergah Encik Mokhtar
Arissa tunduk ke lantai..sedikit air jernih tumpah mengalir di pipinya.
Dia rasa bersalah kerana mengajak Alia berjumpa dengan ibu dan ayahnya.
"kak ,Arissa minta maaf sebab ....."
"kau diam...aku tak nak dengar suara kau...kau memang suka tengok aku kena marah dengan ayah kan...depan orang ramai...kau suka kan?"
Alia terus menerpa laju ke arah Arissa sampai terduduk kasar di sofa...nasib di sofa bukan di lantai.
Belum sempat Arif meleraikan...
Satu tamparan singgah di pipi Arissa.
"apa yang berlaku ni...Puan Suraya,Encik Mokhtar...?"Tanya Tan Sri dengan nada terkejut.
Kelihatan Tan Sri dan Puan Sri di depan mereka.
Mereka datang apabila di panggil oleh salah seorang pembantu rumah nya mengenai kejadian yang berlaku di dalam.
Kelihatan Arissa masih lagi menangis akibat sakit di tampar oleh Alia.
Puan Sri dengan pantas mendapatkan menantunya yang sedang di tenang kan oleh Puan Suraya.
"malu lah sikit..kat luar tu ramai lagi tetamu..kalau diaorang dengar malu...wartawan pun ada lagi tu..nanti tak pasal pasal keluar cerita yang tak sepaturnya"marah Tan Sri mengerling ke arah Alia yang masih berada dalam kemarahan.
"kami minta maaf Tan Sri,Puan Sri..."ujar Encik Mokhtar kesal kerana membuat kecoh rumah besannya.
"Raz mana Arissa...?"tanya Puan Sri pada Arissa yang masih lagi menangis di bahu ibunya.
Arissa hanya menggelengkan kepalanya.
"Harraz bersama Erman tadi dan masih belum lagi muncul.
Mungkin tidak mahu melihat Alia"gumam Arissa.
"dah ,Alia uncle minta maaf dan tolong jangan buat kecoh di sini...kau tu orang ramai kenal dan kami juga ramai orang kenal jadi please...."
Tan Sri merayu agar Alia pergi.
"fine Tan Sri!!...saya pun tak kuasa nak duduk sini lama lama..."bentaknya kasar.
Dia berlalu pergi dengan laju tanpa menoleh ke arah ibunya yang sedang memanggilnya.
bukk!!bahunya melanggar seseorang apabila dia meluru keluar
Dia mendonggak..kelihatan Harraz di depannya yang masih menggosok bahunya
Alia cuma lihat seketika dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
Harraz menggelengkan kepalanya hairan dengan kelakuan Alia yang keluar tergesa gesa.
..........
..........
"Amy,Suzy jom balik..."dia datang menarik tangan kawannya yang sedang asyik menikmati makanan.
"hei kau ke mana tadi hah?!kami cari merata tak jumpa ingat kau dah balik" tanya Amy hairan
"dah..jom nanti aku cerita..."
"laaa kami tengah makan ni..."Alia terus menarik rakannya tanpa memperdulikan mata yang memandangnya.
Amy dan Suzy hanya membuntuti Alia kehairanan.
"ishh Alia peninglah aku dengan kau...mood selalu tak elok...kau period eh"tanya Amy yang terkenal dengan mulut murai.
Alia menjengilkan mata pada Amy...Amy hanya terdiam dan tertunduk melihat muka marah Alia.
"kau ni Amy...orang tengah hot tu"Suzy mengerling ke arah Alia yang dari tadi muka mencuka.
"hantar aku balik...fikiran aku serabut..nanti aku cerita"Alia mula bersuara.
Suzy hanya mengangguk
Share this novel