Orang ramai mula memenuhi dewan hotel yang bertaraf lima bintang itu.
Kelihatan tersergam indah pelamin pasangan mempelai..
Harraz dan Arissa masuk ke dewan dengan diiringi oleh dayang dayang kecil.
Mereka berjalan beriringan sambil mata hadirin tertumpu ke arahnya.
Melihat keanggunan dan ketampanan pasangan raja sehari.
Arissa sedikit gugup kerana begitu ramai orang melihatnya...
Gengaman erat tangan suaminya menghilangkan sedikit gemuruhnya.
"love tenang...biy kan ada"Harraz berbisik di telinga isterinya.
Arissa mengangguk lega.Terus mengukir senyuman untuk tetamu yang hadir.
Majlis sambut menantu diraikan begitu meriah sekali.
.....................
"kenapa ni love penat ker"?Harraz menghampiri Arissa yang sedang terbaring atas tilam.
Dia mengusap rambut panjang isterinya.
"emmm...penat sangat..."Jawab Arissa dengan nada keletihan.
Harraz masih lagi duduk bersebelahan sambil mencium pipi Arissa.
Dia hanya membiarkan kelakuan Harraz sambil menepis lembut tangan Harraz apabila mula nakal.
"hubby.....please..."Arissa merengek manja sambil memusingkan badannya ke arah suaminya.
Kali ini giliran dia pula bermain dengan dada bidang Harraz.
"kata penat...tu tangan duk merayap juga..."
sambil tergelak.Harraz turut tergelak dengan tangan nakal isterinya mula meraba raba badannya.
"dah la saya nak mandi jap solat dan tidur"
Arissa bangun untuk mandi...dengan tiba tiba tangannya ditarik dan badannya berada dalam pelukan Harraz.
Satu ciuman singgah di bibirnya.
"kita mandi bersama"sambil mengangkat Arissa menuju ke kamar mandi.
Usai mandi dan solat berjemaah mereka terus terlena sambil berpelukan...hanya buat yang ringan ringan jer...keletihan....
...................
Azan subuh berkumandang mengejutkan Arissa dari tidurnya.
Dia bangun sambil menggosok matanya...kelihatan suaminya masih lagi terlena.
Entah masa bila mereka terlena semalam...keletihan seharian di dewan persandingan mereka.
Arissa bangun perlahan tanpa mengejutkan Harraz yang masih lagi di ulit mimpi.
Dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.
"hubby...biy...bangun dah subuh ni"dia mengejutkan Harraz dari tidurnya.
Kelihatan Harraz masih lagi tanpa respon...diamati wajah suaminya...ditenung lama..seolah macam mimpi apabila lelaki yang berada di depannya kini adalah suaminya.
Perkenalan yang dipertemukan tanpa perancangan membuahkan cinta yang tiada berbelah di hatinya.
Perasaan sayang dan cintanya terasa begitu memanah lubuk jantungnya.Perasaan indah yang sukar digambarkan dengan kata kata...di sentuh pipi suaminya tanpa sedar.
"emmm...best sangat ker duk usyar orang?"
Arissa terkejut apabila tangannya dipegang oleh Harraz...terhenti lamunannya.
Dia tersengih malu.
"bangun lah subuh dah panjang..."sambil bingkas bangun tapi ditarik tangannya oleh Harraz dalam pelukannya.
"wanginya..."Harraz menghidu aroma dari rambutnya.Arissa membiarkan saja perlakuan suaminya...
"bangun la...dah lewat ni...mandi solat sekali.." Harraz masih lagi memeluk erat pinggang Arissa.
Menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Arissa.
Entah mengapa dia rasa ketenangan yang tak dapat digambarkan apabila berada disisi Arissa...
Wanita itu hadir dalam hidupnya saat hatinya terluka,mengubati setiap kesakitan yang dia rasai.
Wajah tenang dan nakal Arissa membuatkan rasa ingin memperisterikannya.
Walau pada mulanya dia ragu ragu dengan keputusan Arissa menggantikan Alia.
Lama ciuman hinggap di pipi isterinya.Arissa tergelak kecil melihat sifat kebudak budakan suaminya.
"dah...mandi..solat..lewat ni..."Arissa menolak badan.suaminya yang cuba memeluknya lagi.
Harraz tergelak,sambil bangun mendapatkan kain tuala dan menuju ke kamar mandi.
Usai solat Harraz melabuhkan badannya kembali di atas tilam empuknya.
"nak ke mana tu.."sambil mengiring badannya ke arah Arissa.
"turun bawah la...buat sarapan.."sambil membetulkan tudung yang dipakainya.
"awal lagi lah...mai sini dulu.."sambil menepuk tilam mengarahkan Arissa duduk di sebelahnya.
Arissa menoleh dan mendapatkan suaminya...
"nak turunlah nanti apa kata mama..menantu malas.."sambil baring di sebelah suaminya.
"orang gaji ramai kat bawah tu..."sambil memegang tangan Arissa dan mencium lembut.
"emmm...teman biy pergi gim...dah lama tak panaskan badan..."sambil memicit hidung mancung Arissa.
"gim...biy ni mimpi ker...mana ada buka pagi buta macam ni"tanya Arissa.biar betul suami aku ni.gumam Arissa kepelikan.
"jom..."Harraz bingkas bangun dan menarik tangan Arissa,dia hanya menurut kehairanan.
Harraz membawanya ke bilik yang terakhir sekali berhampiran dengan bilik tidur mereka.
Pintu dikuak...mereka melangkah masuk bilik yang menempatkan beberapa alat seperti terdapat di gimnasium.
Arissa terlopong..."patutlah badan sado...selalu masuk gim...dalam rumah pulak tu"
"duduk sini..."Harraz menempatkan Arissa di sofa yang berada di gim itu.
"la buat apa saya nak duduk sini...baik turun bawah buat apa yang patut..."
"ala duduk lah teman biy sunyi..."
"tak nak lah..."
"tak baik tau tak penuhi permintaan suami...suruh teman jer pun"sambil buat nada merajuk.
"emmm ok lah...pergilah main saya tunggu sini."sambil merebahkan badannya atas sofa.
"tak nak join skali ker..."pelawa suaminya
"manalah tahu main benda alah ni semua...biasa tengok dalam tv jer...main lagi la tak biasa"mulutnya mencebik.
"biy ajarkan"
"lain kali lah..."sambil menggelengkan kepalanya.
Harraz berlalu sambil tersenyum.
Lama juga menunggu suaminya bersenam kat situ sampai terlelap dia di sofa.
"adoi...kesian sampai terlena ..love bangun..."pipi Arissa diusap lembut.
Arissa terjaga sambil menonyoh matanya.
"emmm...sorry terlena...dah siap ker?"dia bangun dari tidurnya.
Dilihatnya Harraz sudah dibasahi peluh,badan sasa suaminya diamati lama...tertelan air liurnya.
Sabar..sabar...ingatkan lelaki jer klu tengok pompuan terus cair ni...pompuan boleh cair meleleh wei klu tengok badan lelaki sado gini..terselah kejantanan...lebih lebih lagi tak berbaju
"hello puan Arissa dah terbang ke mana tu"tangan Harraz melambai lambai di muka isterinya.
Arissa tersedar dari lamunannya tersengih macam kerang busuk la pula.
"dah jom...biy nak mandi dulu pasti kita turun sarapan"Arissa cuma mengangguk.
.................
Share this novel