bab 26

Romance Completed 28747

Ketika Harraz masuk ke biliknya kelihatan Arissa sudah pun melelapkan mata.

"ya Allah tidur macam ni...baju pun tak tukar..mandi pun tidak.."bebelnya sendiri.
Dia menghampiri katil...
Membetulkan kedudukan tidur Arissa tak berbantal.
Rambut Arissa diselak ke tepi..
Nampak jelas kelihatan pipi isterinya masih kemerahan..
Pipinya masih lagi basah.
Di elus perlahan pipi Arissa.

"apa sebenarnya yang terjadi..kenapa semua orang rahsiakan...siapa yang buat Arissa nangis"gumamnya lagi

"ni mesti Alia"terlintas di fikirannya ini mesti perbuatan Alia sebab tadi Alia keluar tergesa gesa seolah ada kekecohan.
Alia seorang yang sukar si duga.
Hatinya terasa sakit tiba tiba bila teringatkan Alia.

Malam ini banyak persoalan misteri yang tak terjawab...
Majlis ulangtahun perkahwinan orang tuanya meriah di luar tetapi kisah di dalam rumah benar benar menjadi tanda tanya.

Dia membiarkan isterinya tidur tanpa mengejutkannya.
Selimut ditarik sampai ke dada Arissa,Arissa sedikit bergerak tapi masih lagi dalam tidurnya.
Harraz berlalu mendapatkan tuala dan terus ke kamar mandi.

................
................

Arissa terjaga jam menunjukkan 5 pagi.
Kepalanya terasa berat..mungkin akibat menangis semalam.
Dilihatnya dress yang dipakai semalam masih lagi di badannya.
Dia lihat di sebelahnya Harraz masih lagi nyenyak tidur.
Direnung wajah insan yang dia cintai .

"Tidur pun handsome my hubby...."dia berbisik nakal..tersenyum sendiri.

dia memicit micit kepalanya yang masih berdenyut.
Dia bangun perlahan mendapatkan tuala dan menuju perlahan ke kamar mandi.
Selesai mandi dia melangkah keluar dan sakit kepalanya masih lagi tiada kurangnya,
dia jalan terhuyung hayang tiba tiba matanya gelap dengan tiba2 dan jatuh ke lantai.

Azan subuh berkumandang Harraz terjaga dari tidurnya.
Sambil menggosok kan matanya melihat Arissa tiada di sebelahnya.
Dia bangun dari katil untuk membuka lampu bilik.

"Ya Allah love...kenapa ni..."dia mula cemas,degupan jantungnya turun naik,dia panik.
Di dapati isterinya terbaring di lantai dan hanya bertuala,rambut masih lagi kebasahan.
Tekanya mungkin Arissa baru lepas mandi.

Dia mencempung Arissa ke katil,mata Arissa masih lagi terpejam,
Dia cemas melihat keadaan isterinya...

"Ya Allah apa aku nak buat ni...mama...aku kena panggil mama...tapi kena pakaikan baju dia dulu tak kan nak biarkan orang tengok macam ni"
Dia bangun mendapatkan baju Arissa...dan memakaikannya.
Selesai memakaikan pakaian ke badan Arissa dia terus turun memanggil mamanya.

"mama bukak pintu"jeritnya dari luar

"ada apa Raz pagi pagi ni..."mamanya yang masih lagi dalam telekung sembahyang terkejut dengan panggilan anaknya.

"Aarissa mama..Arissa..."ujarnya dalam nada tersekat sekat.

"ya kenapa dengan Arissa?!tanya Papanya pula

"Arissa pengsan.."

"ya Allah..macam mana boleh jadi macam ni..."
dia terus berlari menuju ke atas dan diikuti oleh Harraz.

"tunggu apa lagi panggil pak yus keluarkan kereta bawa ke hospital"mamanya mengarahkan Harraz.

"dia demam ni..badannya panas..."ujar mamanya lagi selepas menyentuh badan menantunya.

"Raz boleh drive sendiri..."

"tak payah Raz kau tu dalam terkejut nanti lain pula jadi"
Tan Sri menasihatinya agar tidak memandu sendiri...
"kau bawa turun Arissa ke bawah nanti papa suruh pak Yus bawa"
Harraz cuma mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience