bab 1

Romance Completed 28747

Arissa seorang gadis yang cukup sederhana,
Dibesarkan oleh sebuah keluarga yang bahagia,
Walaupun dia cuma anak saudara Puan Suraya tetapi besarkan dengan curahan kasih sayang yang secukupnya.
Arissa dibesarkan oleh Puan Suraya dan Encik Mokhtar selepas kematian kedua orang tuanya.
Kematian ibubapanya sejak dia berumur 5 tahun lagi,tiada tempat untuk menumpang kasih dan Puan Suraya adalah satu satunya waris yang dia ada.
Kasih sayang yang dicurahkan kepadanya tidak pernah berbelah bahagi antara Alia dan Arif.
Malah kedatangan Arissa dalam keluarga mereka memberi sinar dalam hidup mereka,teletah Arissa
cukup untuk memberi bahagia pada mereka.

Alia pula seorang yang amat bercita cita tinggi,
punyai keangkuhan yang luar biasa,sukar menerima teguran orang lain...
Kerjanya seorang modelling cukup untuk dia merasa bangga dengan apa yang dia miliki.
Kecantikan serta kemewahan serta di kelilingi lelaki yang kaya.

........,...................

Harraz Amar bin Tan sri Rahman antara lelaki idaman wanita.Punyai perwatakan yang cukup menarik,kaya.Bila berjalan pasti semua mata tertumpu padanya,namun ditinggalkan jua oleh wanita yang dicintainya.
Percintaannya dengan Alia sejak sama sama universiti lg,ke mana saja berdua,macam belangkas.
Alia seorang perempuan yang cukup elegan,pakaiannya tidak pernah cukup kain,perwatakan yang sedikit sombong,suka lelaki yang macho dan yang paling penting kaya.
Pakej yang ada pada dirinya cukup untuk menggegarkan tulang rusuk lelaki.
Ramai yang cemburu tentang hubungannya dengan harraz.
Ada mata yang sentiasa menjeling setiap kali mereka bersama.
Ini menambah lagi kesombongannya Alia pada orang di sekelilingnya,terasa megah dalam hatinya kerana dia menjadi pilihan hati jejaka yang ibarat kata limited edition.

"sayang jom kita kahwin"suatu petang pertemuan mereka.Harraz menyuarakan hasrat hatinya pada Alia.
Alia masih lagi diam bila Harraz menyatakan hasrat hatinya.Mata lelaki di depannya ditenung dalam sambil senyum.Harraz tahu sudah banyak kali dia suarakan hasratnya untuk menjadikan Alia isterinya yang sah,tetapi selalu ditolak oleh gadis itu.Kali ini dia mencuba lagi.

"sayang...kenapa tergesa gesa ni,i bukannya nak lari".Alia Memberikan jawapan yang sama.Harraz menghela nafas panjang.

"sayang kita ni muda lagi lah,lagi pun,I tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab sebagai isteri orang"

"tapi sampai bila kita nak macam ni,macam tidak ada penghujungnya pun"suara Harraz sedikit keras dari tadi.Dia bangun menghadap tingkap,nafasnya dia hembus dalam.Alia selalu mengelak,sentiasa mencari alasan yang tidak munasabah.Perhubungan mereka sudah terlalu matang untuk ke fasa seterusnya.Umur mereka pun sudah cukup matang untuk bergelar suami isteri.

"ok apa kata kita tunang dulu,lepas tu kita fikir apa yang seterusnya" ujar Alia untuk menenangkan hati kekasihnya.Walau hatinya berkata tidak.Dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan dalam hidupnya.Segala galanya dia dapat,kemewahan dan kekayaan,kecantikan dan cinta,semua dia dapat tapi seolah olah dia tidak berpuas hati dengan semua itu.

"betul ker ,I tidak mimpi kan!!?"Harraz cukup gembira mendengar berita dari mulut Alia.
Tangan Alia di tarik ke dada,pipi Alia di cium berkali kali.
Alia mengangguk,andai itu yang dapat menenangkan hati Harraz.
Alia seolah membuat keputusan rela dalam paksa.Impiannya masih lagi jauh,dia masih belum bersedia menjadi kepunyaan sesiapa pun lagi,bidang modelling yang dia ceburi masih lagi banyak yang perlu dia terokai.
Hal berumahtangga tangga sebenarnya bukan dari kotak fikirannya.Impiannya belum lagi tercapai untuk menjadi model sampai peringkat antarabangsa.
Dalam masa yang sama dia juga sukar membuat keputusan tentang hatinya.

Share this novel

Norazyah Hamid
2022-06-04 19:28:10 

i mlb 7;@$, ,,0


NovelPlus Premium

The best ads free experience