Dua minggu sebelum perkahwinan Harraz dan Arissa...
"makcik dan pakcik nak bagitahu ni...sebenarnya Arissa ni bukan anak kandung kami"Encik Mokhtar mula bicara suatu petang pertemuan mereka dengan Harraz.
Harraz datang ke rumah mereka apabila dijemput.
Perkahwinan antara Arissa dan Harraz tinggal berbaki lagi dalam 2 minggu sahaja.
Kelihatan wajah Harraz sedikit terkejut,rupanya ada rahsia yang belum dia tahu.
Kelihatan Arissa datang membawa sedulang air dan meletakkan di atas meja.
Arissa menuangkan air ke dalam gelas sambil matanya memandang Harraz yang berada dalam keadaan blur sedikit.Sambil tersenyum ke arahnya.
"apa maksud pakcik?"tanya Harraz yang sejak tadi terdiam.
"Arissa ni sebenarnya...anak saudara pakcik..selepas kematian kedua orang tuanya pakcik dan makcik lah yang membesarkan dia,pakcik lah satu satunya waris yang dia ada...masa kemalangan tu usia Arissa baru 5tahun...dia ada seorang adik juga pergi bersama orang tuannya..."jelas Encik Mokhtar panjang.
"jadi sebelum kalian disatukan sebaiknya Raz tahu siapa Arissa ni...walaupun dia anak saudara tapi kami anggap dia sama macam anak sendiri...kasih sayang yang kami berikan sama rata"sambungnya lagi.
Harraz mendengar penerangan bakal mertuanya dengan penuh kusyuk.
Arissa masih diam duduk di sebelah ibunya.
"awak minumlah air tu...tak kan tengok saja kut"Arissa mula bersuara.Sambil menghulurkan secawan air kepada bakal suaminya.
Harraz tersenyum sambil mengambil cawan yang berisi air itu.
"patutlah nama Nur Arissa binti Sulaiman...,Raz dah lama nak tanya tapi terlupa pula....masa nak isi borang kahwin aritu.."jelas Harraz.
"Patutlah banyak perbezaan di antara Alia dan Arissa dari segi wajah dan perwatakan"getus hati Harraz.
Arissa mempunyai perwatakan yang sangat sopan,kelakar sejuk mata memandang.
" awak tak rasa ker muka saya ni tak sama dengan ibu..."tanya Arissa.
"ada la perasan,tapi ada jugak nampak iras ngan pakcik...,mungkin sebab ada pertalian darah kut"
" betul tu Raz,ramai yang kata Arissa ni ada iras pakcik...tu yang ramai tak tahu yang Arissa ni hanya anak saudara"kata Encik Mokhtar sambil tergelak.
Arissa dan yang lain juga turut ketawa.
...................
Share this novel