Harraz masuk ke dalam bilik keberadaan budak lelaki yang di katakan Amy
"jadi awak lah yang buat komplot dengan Alia ya"tanya Harraz kasar.
Budak itu terkejut sampai terhinjut bahunya.
Dia mengangguk perlahan.
Tangannya masih lagi terikat ke belakang.
"abang tolong lepaskan tali tu"arah Harraz apabila kesian tengok riak wajah pemuda itu.
Ikatan itu dileraikan.
"Alia arahkan apa pada awak?"tanya Harraz lagi.
Amy hanya duduk memerhati.
"dia yang suruh saya panggil pegawai agama"
tutur pemuda
"hmmm...abang tolong check cctv yang berada dekat bilik 101 teratai pada malam tadi dan kawasan sebelumnya"Harraz mengarahkan kepada salah seorang pengawal keselamatan yang berada di di situ.
"baik encik"
Dia terus mencari rakaman yang berada di situ.
Ternyata ada kelibat Alia dan seorang pemuda sedang bercakap.
"Encik Harraz ni rakaman yang saya sempat rakam pada malam tadi...yang ni jelas wajah budak ni"Amy datang menunjukkan video tersebut.
Harraz mengangguk apabila melihatnya.
"terima kasih Amy...ini boleh membantu tolong send ke nombor saya"
katanya ringkas.
Amy mengangguk.
"beginilah saya akan lepaskan awak jika awak setuju bekerjasama untuk bersihkan balik nama saya..."Harraz memberi cadangan.
"bbaik bang....ssya akan ..."
Pemuda itu mengangguk ketakutan.
"tapi sebelum itu awak kena tinggal sini dulu sementara,....abang nanti bagi dia makan dan minum...saya nak ke hospital jap"arah Harraz.
Pengawal yang bertugas mengangguk.
"baik encik Harraz"_mereka terima arahan.
"Amy terima kasih sekali lagi sebab tolong saya...nanti kata selesaikan dengan Alia...kita tengok dia nak sampai mana...tapi dia ke mana ya..."
"dia keluar dengan Erman tadi..."
"Erman..Erman...kau beria sangat nak kan Alia...pelik aku..."
Harraz berbisik perlahan.
"tapi elok juga kau pakar sakit jiwa kut nanti boleh rawat jiwa Alia yang dah koyak rabak tu"bisiknya lagi.
Amy hanya tersenyum.
"bye the way...I gerak dulu...nak settle kan urusan hospital my wife"dia meminta izin untuk pergi.
Amy hanya mengangguk.
"oh ya lupa...nanti masa perjumpaan dengan Alia saya nak awak ada..."
Amy mengangkat tangan tanda ok.
"hmmm patutlah kau jadi rebutan pun encik Raz....senyuman mu tu buat perempuan cair...aku pun rasa lain macam dah separuh hari dengan kau"
bisik Amy nakal.
Matanya membuntuti langkah Harraz sampai hilang dari pandangannya.
Dia pun berlalu pergi ke biliknya.
........
........
Alia sampai ke resort selepas Amy dan Harraz berlalu pergi.
"so you nak nak duk sini lagi ker?"tanya Erman.
'entahlah...maybe tomorrow I balik Kl...tapi sebelum tu I nak settle dengan Harraz dulu"
"what do you mean...settle kahwin ker apa?" tanya Erman dengan nada terkejut.
"memang tak lah dia nak kahwin dengan I...I nampak jelas yang dia memang buang jauh I dari hatinya...sekarang ni hanya wife dia yang bertakhta"sedikit nada kekesalan dalam bicaranya.
"lega...ingatkan dia nak nikah juga dengan Harraz"Erman mengurut dada lega.
Kali ini mereka berjalan mengiringi mencari sudut yang agak terpencil.
Mereka melabuhkan punggung.
Satu keluhan kecil dilepaskan.
Erman sesekali memandang Alia yang senyap seketika.
"so apa yang you nak settle kan...?"tanya Erman agak keliru dengan kenyataan Alia tadi.
Telefon di keluarkan dari tas tangannya.
Erman memerhati pelik.
Alia bangun pergi satu sudut seolah ada rahsia pada panggilan yang di buat.
Erman hanya duduk memerhati,sambil memetik telefon tengok aplikasi fac.
Sebentar kemudian Alia melabuhkan punggung nya kembali berhadapan Erman.
"any problem manis?"
"manis sangat ker I ni yang you suka sangat panggil I manis?"terpancul soalan cepu emas dari mulut Alia.
Erman ketawa mengekek lihat reaksi wajah Alia.
"hmmm manis like honey...manis ada pahit gitu"gurau Erman.
Alia turut tertawa dengan gelak Erman.
Rasanya sudah lama dia tidak dihiburkan dengan lawak jenaka.
Hatinya terasa sunyi sekali...semua yang ada depannya adalah perkara yang serius sahaja.
Tetapi Erman mampu membuat hatinya mengeletek geli dengan sikap Erman yang suka berjenaka.
"you still nak tunggu sini lagi ker..kalau you nak balik I tak kisah..."
"hmmm....still sini..."sambil mengetuk ngetuk dagunya.
"terpulang You ..."
"Alia..."satu suara memanggil namanya.
Alia dan Erman berpaling serentak.
Harraz berdiri bersama Arissa.
Harraz memimpin Arissa duduk di kerusi.
"Raz...."Erman menegur.
"sekejap, saya buat panggilan"
Selepas membuat panggilan Harraz mengambil tempat duduk di sebelah.
Sebentar kemudian datang kelibat Amy dan budak suruhan Alia di iringi oleh dua orang pengawal keselamatan.
Alia mengigit bibir dan tertelan liur apa bila lihat budak suruhannya ditangkap.
Jantungnya berdebar debar...rasa takut nak berhadapan dengan Harraz.
"ok I bagi peluang you jelaskan perkara ni.....atau you nak dengar dari mulut mereka berdua ni"Harraz menunjuk ke arah Amy dan pemuda tadi.
"Alia I tanya ni ....cakaplah!!jerit Harraz sambil menghentam meja.
Semua terkejut dengan perbuatan Harraz.
Arissa sampai terhinjut bahunya sambil menggosok perut,terkejut dengan suara kuat suaminya.
Dia bangun menghampiri Harraz sambil menggosok belakang.
"Biy...please tak nak gaduh gaduh dah...nanti Love lari..."Arissa berbisik di telinga Harraz.
Harraz terdiam menahan marah.
Dia tertekan liur terkejut juga dengan ugutan Arissa.
Erman dan Amy turut terkaku.
Alia terkebil kebil terkejut melihat kemarahan dari Harraz.
Selama dia mengenali Harraz ini kali pertama dia bertukar menjadi harimau yang kelaparan.
"kak Alia please...tolong ceritakan hal yang sebenarnya atau nak ker adik saman malu akak?"kali ni Arissa bertindak di luar jangkauan.
Harraz pun turut terkejut mendengar kata kata yang keluar daripada mulut isterinya.
"a..appa...ni Arissa...ok ..akak cerita yang sebenarnya"peluh dingin mula terasa di dahinya.
Rasa panas mukanya bila Arissa yang mengungkapkan perkataan saman tadi.
"Raz memang tak bersalah...akak yang perangkap dia...akak yang upah budak ni untuk panggil pegawai agama"
"akak minta maaf depan semua sebab buat benda ni...akak cemburu sebab Raz kahwin dengan kau...hati akak sakit bila tengok kau mesra dengan Raz..."suaranya di tekan keras.
Mereka mengelengkan kepala .
"pelik lah Kau Alia...dulu kau tolak aku mentah mentah saat aku memerlukan,macam macam aku buat untuk menggembirakan orang yang aku sayang...tapi sedikit pun tak kau hargai.".sebak kata kata Harraz.
Arissa hanya tunduk memandang lantai.
Alia diam seribu kata,Erman dan Amy berganjak jauh sedikit dari mereka memberi ruang untuk mereka menyelesaikan masalah.
"berubah lah Alia demi orang yang menyayangi kau..."kali ini suara Harraz sedikit perlahan.
Rasanya terlalu penat dah untuk memikirkan masalah yang di timbulkan oleh Alia.
Pelbagai masalah yang terjadi sepanjang beberapa bulan dia bergelar suami pada Arissa.
Semuanya berpunca daripada Alia.
"I minta maaf Raz...Arissa..."hanya sepatah perkataan yang keluar daripada mulut Alia.
Ternyata keangkuhan dalam dirinya masih menebal.
"dah lah Biy...kita lepaskanlah adik ni..kesian tengok...lagi pun dia buat sebab terpaksa"
"hmmm...abang lepas kan budak tu..."
Harraz mengarahkan pada pengawal itu.
"ingat jangan jadi bodoh di sebabkan perangai gila macam perempuan ni.....buat kerja apa pun kena fikir baik dan buruknya...."pesannya keras.
Alia memeluk tubuh.Alia tahu Harraz memerlinya.
Masih ada lagi kebenciannya pada suami isteri yang berada di depannya.
"terima kasih bang...ssaya minta maaf...kak"
Harraz dan Arissa mengangguk.
Pemuda itu terus berlalu pergi meninggalkan mereka.
"sekarang kau fikir apa aku nak buat dengan kau lepas ni Alia"Harraz merenung Alia dengan pandangan tajam.
Alia sedikit ketakutan.
"apa ni Raz tadi I kan dah mengaku....apa yang You nak buat kat I lagi?"
Harraz tersenyum sinis.
"Biy....apa lagi ni...Love dah penatlah...rasa nak balik rumah nak rehat jer...tak payah lah nak panjangkan lagi..."Arissa mengenggam tangan Harraz menyalurkan tenaga agar memberikan sedikit ketenangan pada suaminya.
Dia tidak mahu Harraz bertindak di luar kawalan.
Harraz tersenyum mendengar bebelan Arissa.
"macam mana lah kau boleh jadi setenang ini Arissa"gumam Harraz.
"harap kak Alia pun insaf lah...setiap benda yang kita lepaskan belum tentu akan dapat kita genggam kan kembali...kak Alia lupakanlah niat nak hancurkan rumahtangga kami,kali ini kami mungkin maafkan atas segala apa yang akak lakukan...tapi lain kali tak tahu lagi...dan ingat saya ni bukan isteri yang bodoh untuk percaya terus apa yang orang kata.,...Allah Maha Kaya akak....setiap yang berlaku ada Hikmahnya..."panjang tutur Arissa.
Alia terasa satu tamparan yang hebat di atas kata kata Arissa tadi.
"anggap apa yang terjadi semalam sebagai satu pengajaran...dendam di hati tu padamkanlah...bertaubatlah akak...takut tak berkesempatan.....ingat ibu sentiasa rindukan akak....kalau boleh pulanglah jenguk ibu"sebak Arissa menyatakan.
Alia mengeluh.
"kalau aku balik nak ker mereka terima aku kembali terutamanya ayah"getus hatinya.
"dah jom Biy balik KL....love rasa pening lah...tak larat sangat..."Arissa memaut lengan suaminya sambil melentukkan kepala di bahu Harraz.
Badannya terasa lemah sekali.
Fikirannya penat sarat dengan masalah ciptaan Alia.
Ada sedikit kerisauan di hati Harraz melihat wajah Arissa yang tidak bermaya.
Peristiwa malam tadi cukup menakutkan dalam hidupnya.
Dia tidak mahu kehilangan Arissa.
"kali ini I lepaskan You sebab Arissa...harap you hadamlah kata kata kami tadi....sekurang kurangnya bagilah peluang hati You mencari cinta lain...sebab antara kita tak mungkin bersatu...kita di pertemukan dan pernah ada ikatan tetapi you yang sia sia kan...jangan salah kan orang lain tapi hakikatnya you sendiri yang harus sedar dan berilah ruang hati you itu untuk insan yang boleh terima seadanya you sekarang ini"Harraz berpaling ke arah Erman yang tadi hanya diam bersama Amy.
Erman mengangguk dan tersenyum dengan kata kata sahabatnya.
"jom love kita balik ke bilik dulu....lepas tu balik KL..."Harraz memegang pinggang Arissa dan berlalu pergi tanpa tunggu sepatah kata dari mulut Alia.
Alia terpinga pinga dengan kata kata Harraz tadi.
Sedikit penyesalan di hatinya.
Ternyata semua rancangannya tidak menjadi...akhirnya memakan dirinya sendiri,dia harus bersyukur kerana dia dilepaskan oleh mereka.
"dah lah Alia ,I harap you tak ada niat lagi nak buat perkara bodoh....tu jejaka macho ada depan you sekarang ni...dia mungkin jodoh yang sesuai dengan you..."sambil memuncungkan mulut ke arah Erman yang tersengih macam kerang busuk.
"and. ...I pun rasa kepenatan dah...nak balik KL rehat puas puas dan nak jumpa my beloved....nanti you tumpang lah mamat macho tu balik sebab my beloved datang jemput I nanti"Amy berlalu sambil mengenyitkan mata ke arah Erman.
"Amy...Amy...tunggu!!"panggilan Alia tidak di endahkan oleh Amy.
Amy cuma mengangkat tangan melambai dari belakang.
"Ehem..ehem"Erman derdehem.
Alia memusingkan badannya,menoleh ke belakang yang tinggal kini dia dan Erman.
"tak nak balik ker?tanya Erman.
"I balik sendiri...."jawab Alia sepatah.
"haish mana boleh...kawan you tu dah amanahkan you pada I tau...jadi sekarang you menjadi tanggungjawab I untuk jaga You"
"pandai lah you....ok lah kalau I kata tak nak you tetap paksa juga..."
Erman tersengih gembira.
"semoga kau jadi milikku Alia"getus hatinya.
Share this novel