Sudah 2hari Alia di Ayer Keroh Melaka mengadakan pengambaran pakaian tradisional di situ.
"lega rasanya...esok last kita kat sini..."
Amy merebahkan badannya di atas katil.
"huh penatnya..."keluh Alia sambil baring di katil sebelah.
" Alia esok last apa kata kita ronda ronda keliling Melaka...jalan jalan cari makan ker...shopping"Amy bagi pendapat.
"hmmm...tengok lah macam mana...kalau ada mood..tapi rasa malas lah...tak sabar nak balik pula rasanya..."sambil bangun mencapai tuala menuju ke bilik mandi.
"amboi selalunya dia yang exited bila habis show mana mana mesti lambat jer nak balik kali ni pelik nak balik cepat pulak"perli Amy.
"ker kau nak jumpa someone special?!!laung Amy dari luar.
"secret!!"jerit Alia dari bilik mandi.
.........
.........
Harraz sampai di resort selepas beberapa jam dari rumah mertuanya.
"Selamat petang Encik Harraz bilik VVIP untuk Encik dah sedia"sambut seorang pekerjanya selaku menyambut tetamu.
Tadi semasa dalam perjalanan dia dah beritahu awal tentang kedatangannya ke sini.
"thank you Farah...tapi sebelum tu saya nak jumpa Encik Adnan dulu ,tolong panggilkan saya tunggu kat lobi"
"Baik Encik..saya panggilkan"Farah berlalu pergi.
whatsapp
Harraz
(Hai love Biy dah sampai)
Arissa
(alhamdulillah...)
Harraz
(ok jap lagi Biy call love..skrg kat lobi jumpa manager jap...nanti sampai bilik Biy call love)
Arissa
(ok...bye..)
Harraz
(bye..love you)
Arissa
(love you too)
"hai Encik Harraz tersengih sengih..."
sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
telefon dia matikan apabila Encik Adnan berada di depannya.
"hah tak adalah whatsapp wife cakap dah sampai"ujarnya.
"kenapa tak bawa wife sekali kat sini?boleh lah kenal kenal"
"saya datang urusan kerja rasa tak elok lah kut nak bawa dia kat sini..lagi pun sekarang wife tak berapa sihat...pregnant"terangnya.
"oh ya ker tahniah Encik Raz...bakal bapa lah ni?"
Harraz mengangguk gembira.
"anyway jom kita bincang kat cafe..sambil minum dulu..."ajak Adnan
"iyalah jom ..lagi pun dahaga juga saya pun dari tadi drive terus ke sini"dia mengekori Adnan dari belakang.
"hari ni ada kemasukan staff baru jadi saya nak awak jumpa mereka juga lah"Adnan mula bicara sambil menghirup kopi.
"ok..macam mana dengan perkembangan kat sini,pelanggan kita sekarang ni nampak bertambah ker macam mana?"
"alhamdulillah walaupun resort ni masih baru tapi pelanggan dah mulai tahu tentang resort kita..."
"baguslah ...oh ya tadi semasa saya masuk tadi macam ada pengambaran ya kat sini"
tanya Harraz kebetulan semasa dia melangkah masuk ada beberapa lelaki memegang kamera masuk ke resortnya.
"ya sudah 2hari mereka buat pergambaran kat sini...sewa resort ini untuk fotoshoot...itu kelebihan tempat ni sebab view yang cantik dan menarik"
Lama,perbincangan mereka berdua mengenai permasalahan yang timbul di situ.
Selesai berbincang Harraz minta izin untuk ke biliknya.
..........
..........
"Alia jom keluar makan..lapar lah"
Ajak Amy.
"ok jom lah aku pun lapar gak.."
dia mengambil beg tangannya dan melangkah keluar.
ring!ring!
tertera nama Erman di skrin.
"hello my sweet buat apa tu?"tanya Erman
"tengah berjalan nak pergi makan"
Amy di sebelah tersenyum.
"bila balik Kl ..rindulah.."
"eee..ngada,ngada lah you ni...baru 2 hari kut..esok last I kat sini"ujarnya sambil buat muka.
"kalau saya ke sana boleh...boleh jalan jalan kat sana sekali..."
"you nak datang sini buat apa..tak kerja ker?"
"cuti 2 hari...."
"suka hati you lah...tapi kalau tak ada apa I nak balik dah"
"wei dah lah..kita sampai dah ni..."jerik Amy.
"ok lah,I nak makan dulu...kawan I dah bising tu"
Dia,terus mematikan talian.
..........
..........
Selesai mandi Harraz mencapai telefonnya untuk menelefon Arissa.
"laaa 3 miss call...mesti marah ni tak jawab call dia"bisiknya bila lihat tiga panggilan tak dijawab.
Terus dia mendail nombor sterinya.
Kali ini Arissa tidak mengangkat telefon.
"aduh mati aku...tadi lupa nak call...masuk terus mandi"bisiknya risau.
"tak apalah kejap lagi ok kut...keluar makan dulu lah"dia berlalu solat maghrib dan bersiap untuk keluar makan malam.
Dia berjalan sambil melihat keindahan malam di situ...
Ramai juga pelanggan yang datang ke resortnya kini.
Dia menarik nafas lega.
"kalaulah Arissa ada mesti lagi best"gumamnya nakal.
Dia mengambil tempat untuk duduk di cafe resortnya.
"datang sorang ker"
Satu teguran dari suara yang dia kenal.
Dia menoleh,tersentak,mengeluh keras.
"Awak..buat apa kat sini?"tanyanya acuh.
"what a coincedence....kebetulan pula kan...I ada fotoshoot kat sini...you sorang sorang ker mana Wife You as a my cousin?"tanya Alia berbasa basi.
"sapa suruh you duduk sini?!"tanya Harraz keras.
"oops...teman kan you"Harraz menggelengkan kepala dengan kelakuan mengada ngada Alia.
"ish macam mana pula boleh jumpa minah gedik ni kat sini..ni kalau love tahu mesti meletup marah"getus Harraz kebimbangan.
"come on la Raz..you tu suami adik I...you adik ipar I...tak kan nak berbual pun tak boleh?"sambil mengambil minuman yang Harraz pesan dan meneguknya.
"kenapa minum air tu?"tanya Harraz marah.
"alah dulu ok jer minum bekas I"sambil mencebik.
"itu dulu...sekarang kita dah tak ada hubungan special...awak blah boleh tak..rimas lah..."Harraz bangun tetapi lengannya ditarik okeh Alia.
"hei Alia jaga batas U..I suami orang,suami sepupu U sendiri tergamak buat macam ni"tengking Harraz sehinggakan semua memandang ke arahnya.
"wei Alia jom lah masuk bilik malu lah kalau wartawan ada kat sini"Amy menarik lengan Alia,takut berlaku kekecohan.
Dia datang apabila Alia meninggalkannya semasa makan tadi.
"kau jangan buat kacau kat sini lah Alia...jom balik..."Alia merentap tangannya.
Amy tersentak.
"tak apa Raz kau malukan aku malam ni...nanti kau tengok lah nasib kau"bisiknya.
"Alia kau nak buat apa hah...dia laki orang kut...kau tak serik lagi ker kena serang kat bini orang"Amy mula geram dengan perangai gedik Alia.
"bising lah kau...dia tu suami sepupu aku...dan bekas tunang aku!!!jeritnya pada Amy.
"hah...patut lah...tapi dia ex kau dah kan kenapa nak kacau dia...lagi pun dah jadi suami sepupu kau..kesian lah kat dia"Amy terkejut dengan pengakuan Alia tadi.
"wei Alia aku tak habis lagi cakap ngan kau"jerit Amy,tapi tidak diendahkan oleh Alia.
Dia pergi dengan perasaan marah pada Harraz yang tidak lagi memperdulikannya.
...........
...........
Arissa bangun kemalasan dari baringannya apabila mendengar deringan ,hari ini seharian dia melayan si kembar bermain di luar sampai terlupa bawa telefon nya.
Harraz buat video call.
"hello love"sapa Harraz dari sana
"ya Biy......ingat tak nak call dah...lupa ada isteri
kat sini ker?"jawabnya merajuk.
"alah Biy telefon tadi love tak angkat...tak nampak ker miss call "
Hampir 30 panggilan tak dijawab dari Harraz.
"hmmm...love telefon Biy tak jawab...elok lah Biy telefon love pulak tak bawa telefon sebab tadi bawa Nia dan Nina pergi taman"jelasnya.
"ni dah nak tidur ker...nampak muka penat jer...muntah lagi ker?"tanya Harraz.
"penat jer...nak tidur tak bolehlah...selalu Biy yang tidurkan love...rindu..."rengeknya manja.
"alah my love...kesiannya...Biy pun rindukan love..esok kalau selesai semua Biy balik.."
"dah makan ker?"
"tadi makan sikit...tak ada,selera....teringin nak makan burger...ari tu janji tapi tak beli pun"Arissa muncungkan mulutnya.
"alah kesian nya,nanti balik Biy belikan..."
"Biy ada masalah ker nampak muka berserabut jer"tanya Arissa
"tak lah,banyak masalah kat sini..."jawabnya ringkas,takut Arissa korek lebih lagi pasal kejadian tadi.
"okeylah love Biy nak solat isyak dulu nanti esok call lain...Love you sayang...muah..muah"sambil buat flying kiss.
"bye love you so much..."telefon di matikan.
bersambung.......
Share this novel