bab 8

Romance Completed 28747

Debaran jantung Arissa begitu terasa,hari ini merupakan pertemuan pertamanya dengan bekas bakal abang iparnya vs mungkin bakal suaminya.Pelik tapi benar.

Semalam Puan Sri menelefon ibunya bahawa Harraz bersetuju untuk berjumpa dengannya.
Masaklah kau Arissa siapa suruh nak jadi pengganti sangat!!

Dia tidak pernah berjumpa dengan Harraz pun,hanya melihat foto yang pernah di tunjukkan oleh ibunya semalam,foto semasa majlis pertunangan kakaknya Alia.
Hari itu dia mengenakan mini kurung dan berselendang warna,sedondon...merah muda sememangnya kegemaranya.
Dia menunggu penuh kesabaran kehadiran lelaki yang bernama Harraz.
"lamanya mamat ni,dah habis segelas air aku minum,tak sampai2 lagi,ker dia nampak aku terus lari"bebelnya dalam hati.Macam blind date pulak rasanya.Kalau diikutkan memang betul pun sebab tak pernah jumpa lagi.

"cik Arissa ker"terdengar satu suara garau memberi sapaan.Arissa mendonggak ke atas,bagai nak luruh jantungnya melihat figura di depannya.

"ya Allah aku mimpi ker ni,Arjun Rampal idaman ku,di depan mata"gumam Arissa sambil terlopong mulutnya.

"cik Arissa...cik Arissa..." panggilan itu mengejutkan Arissa dari lamunan.

"ya,ya ss..ssaya Arissa..."dah kenapa aku jadi gagap pulak dah.Selama ini hanya dalam mimpi jer yang dia bertemu jejaka kacak dan macho man.Tapi kali ini betul betul terpacak dia depannya.
Harraz melabuhkan punggungnya di kerusi.
Sebelum bertemu Arissa mamanya sudah memberikan foto Arissa padanya.
Terpegun juga dia melihat gadis yang berada di depannya,wajah yang manis,kulit sedikit cerah agak tinggi dan yang paling penting kelihatan begitu sopan.
Memang begitu berbeza sekali dengan Alia,seolah tidak percaya yang ada di depannya ini adalah adik bekas tunangnya.

"maaf sebenarnya saya tak biasa keluar dating dengan lelaki,kalau ada pun ngan girl jer"masih lagi gugup untuk berbicara.Cewah acah acah baik la pulak,tapi memang pun dia tak pernah keluar berdua duaan dengan mana mana lelaki selama ini,tapi kalau keluar ramai ramai memang ada.

"ok,mungkin awak dah tahu siapa saya kan"

"ya mama awak dah bagi tahu....tapi ni firstime kita jumpa jadi maaf saya rasa gugup sikit"
Terasa sejuk kaki tangannya,dia menelan liur,malu dan gementar.

"kenapa laaa handsome sangat dia ni,dada bidang,tinggi pun cukup,bergaya...kaya..tapi kasihan ditinggal kan kekasih"gumamnya lagi

Mana perginya keberanian nya selama ini,selalunya dia yang lagi betah berbicara sebelum orang lain bersuara kali ini dia rasa semacam bila berhadapan dengan figura di depannya ini.

Harraz masih lagi terdiam memerhati gelagat gadis yang berada di depannya.Dia tahu pandangannya membuatkan Arissa malu,tapi dia sengaja membuat gadis itu gelisah.

"awak boleh tak jangan pandang saya macam tu"
mampus kau Arissa,kau dah kenapa suruh dia gitu.

"saya tahu lah saya ni tak secantik kak Alia tapi manis tu ada lah"Arissa mula bergurau.

Hampir tersembur air yang diminum Harraz mendengar perkataan dari mulut Arissa.

"sory awak,saya ni memang macam ni,kalau mula jumpa takut nak bercakap tapi bila bercakap susah nak berhenti"dia mula dah,kau jangan gelojoh sangat Arissa.Sabar,control keayuan mu tu.
Harraz tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya,dua belah pulak tu.
"masak lah kau Arissa malam ni sahih tak lena tidur,Arjun Rampal kau depan mata wei"gumam Arissa lagi.

"betul ker awak setuju nak menggantikan tempat Alia,nak teruskan perkahwinan ini"Harraz beranikan diri bertanya.

"betullah,saya tak main main dengan kata kata saya"dengan nada serius Arissa berbicara.
"mana mungkin aku lepaskanmu wahai jejaka idaman ku"bisik Arissa perlahan antara dengar dengan tidak.

"apa awak kata tadi...?"Harraz seolah terdengar kata kata Arissa tadi,tapi hujung hujung jer.

"saya kkatta...setuju,awak macam mana,kut tak berkenan dengan saya"berani kau Arissa soal begitu.

Harraz menggeleng kepala melihat teletah gadis yang berada di depannya,patutlah mamanya kata Arissa ni seorang yang boleh buat hati terhibur biar pun baru pertama kali jumpa.
Harraz masih lagi terdiam dan menghirup air di depannya.
Masih berfikir apa jawapan yang akan diberikan nanti.
Melepaskan bermakna dia seolah olah menghina gadis di depannya,
jika tidak setuju juga akan membuatkan kedua belah pihak mendapat malu besar
Dia dalam di lema,antara pengorbanan dan kasih sayang,dia buntu....
Ya Allah bagilah hamba mu ini petunjuk.....

"awak,awak...ok ker?"

"errr,ya,ya....sory apa tadi..."

"saya tanya awak setuju ker dengan perkahwinan ni"dengan selamba Arissa bertanya,dia tahu bukan mudah memujuk hati yang telah terluka.

"saya tahu awak banyak terluka di sebabkan kakak,tapi percaya lah,ada hikmah di sebalik terhadap apa yang Allah rencanakan buat kita"begitu matang sekali Arissa berbicara.Seketika Harraz terpegun dengan kematangan pemikiran gadis ini.Lebih matang dari usianya.

"saya rasa serba salah sebenarnya,tak tahu nak bagi jawapan macam mana"ujar Harraz lagi

"apa susahnya pilih jer a,b,c ataupun awak tembak jer jawapan tu"selamba Arissa tergelak sendiri,mampu lagi dia bergurau.Harraz turut tergelak dengan kata kata Arissa.Ternyata gadis ini ada sense of humour...suka buat jenaka.

"baiklah awak saya tak nak paksa awak terima atau bagi jawapan sekarang,yang penting kita dah berjumpa dan sekarang terpulang pada jodoh dan pertemuan,saya pihak perempuan dan awak pihak lelaki,bahagia atau derita kita yang pilih,saya cuma kesal di atas perbuatan kak Alia pada kita,dan saya tidak sanggup melihat lagi airmata ibu dan ayah"matanya mulai kemerahan menakung air mata yayang bakal tertumpah,Arissa menyeka air matanya.

Harraz terharu dengan kata kata Arissa.Begitu utuh pengorbanan gadis ini terhadap keluarga nya.Tapi dia cuma takut untuk memberi cinta lagi pada gadis lain.
Cintanya seolah mati,selepas pemergian Alia dari hidupnya,tapi kenapa dia harus kembali kepada keluarga itu,kenapa perlu ada pengganti dari keluarga itu???
Tapi dia juga tidak mahu orang tuanya menanggung malu.
Dia keliru,buntu......

"awak fikirlah dulu,kita balik buat solat istiqarah,minta petunjuk dari Allah,semoga kita dapat petunjuk di atas keputusan kita nanti"

"apa pun keputusan yang awak berikan saya terima,...dah lewat ni saya kena balik,nanti ibu risau pula"Arissa bangun

"saya hantar awak balik"

" tak apa,saya drive sendiri tadi,nanti kereta saya nak tinggal kat mana?"sambil tersenyum.
Harraz mengangguk setuju,masih lagi bergurau,tadi nampak sedih gila....Arissa,Arissa memang Gila lah kau...
Anak matanya mengikuti setiap langkah gadis itu,seorang gadis yang cukup manis penampilannya,simple tapi tetap elegan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience