"love..love tunggu..."teriakkan Harraz tidak di hiraukan
Arissa terus berlari laju ke arah persisir pantai sambil memegang perutnya.
Hatinya lebih sakit dan pedih melihat perangai Alia.
Dia menangis.
Perasaan bencinya mula menebal.
Dia terus berlari entah ke mana hala tujunya.
Harraz terus mengejarnya.
Langkahnya semakin perlahan...dan dia terduduk di atas pasir.
Dia menangis dan terus menangis....
Harraz mula merapatinya...
"love please...jangan buat macam ni...macam nak tercabut jantung Biy tengok love lari laju macam ni...love tu hamil..."suara mengah Harraz kedengaran.
Arissa terus menangis terisak isak.
Harraz merapatkan kepala isterinya ke dada.
Arissa menolak tetapi Harraz terus memeluknya.
Keadaan lemahnya tidak mampu lagi untuk meleraikan pelukan suaminya.
"menangis lah love...biar hati tenang....tapi percayalah yang Biy tak pernah sentuh Alia"Harraz cuba menyakinkan Arissa.
"Biy,love tidak mahu kehilangan Biy....."suaranya serak.Seolah tiada lagi suara yang keluar.
Esakan tangis Arissa tiba tiba tidak kedengaran lagi.
Harraz kebimbangan...dadanya mula berombak kencang.
"love..love..."panggilannya tidak dihiraukan.
Suara Arissa tidak lagi kedengaran.
"Ya Allah love...bangun...bangun...jangan buat Biy macam ni..."airmatanya mula jatuh.
Seribu penyesalan lahir dari hatinya.
Direbahkan badan Arissa di pehanya.
Wajah Arissa basah dengan airmata disapu dengan tangannya.
Muka Arissa kelihatan pucat sekali.
"Allahuakbar dugaan apa yang telah kau berikan pada kami..."dia terkejut apabila melihat cecair merah mula mengalir di celah peha isterinya.
Dia panik seketika.
Dia mencempung Arissa dibawa kembali ke resort.
"Raz apa ni?"tanya Arif cemas.
"Harraz...what wrong...your wife bleeding"
kebetulan Erman ada di situ.
Alia terkejut apabila lihat Erman pun datang.
"sorry Man aku nak cepat...isteri aku pengsan"
bicara Harraz terus menuju ke kereta.
"abang Arif please kita bawa Arissa ke hospital"
Alia masih lagi berada di situ juga terkejut melihat keadaan Arissa yang di penuhi dengan darah.
Dia terdiam tanpa kata.
"Raz biar aku drive..."Erman menawarkan diri.
Harraz hanya mengangguk tanda setuju.
Arissa terus di masukkan di dalam perut kereta.
"sabar Raz....kuatkan semangat..."Arif memberi kata perangsang pada adik iparnya.
"apa cerita ni bro...your wife sampai jadi macam ni?"tanya Erman kebingungan.
"panjang ceritanya Man...nanti aku cerita...please tolong laju sikit..."
"ok..ok.."
Sampai di hospital Arissa terus di bawa ke wad kecemasan
"Raz please sit down....insyaallah semuanya ok"
Arif menggosok bahu Harraz.
"tadi dia lari....abang....Raz bimbang...macam mana kalau....."dia tidak dapat teruskan kata katanya.
Dia duduk tertunduk sambil menangis.
"kalau benda ni tak jadi macam ni...Arissa tak akan sakit macam ni"bisiknya.
"Raz...please ...jangan sedih...buruk lah aku tengok orang laki menangis"Erman cuba melawak.
Harraz mendongak sambil mencerlungkan mata. ke arah Erman.
"ok..ok...sorry aku tak ganggu kau"Erman mengangkat tangan mohon maaf.
Arif tersenyum melihat reaksi Erman.
"siapa suami puan Arissa"tanya jururawat.
"saya...macam mana dengan isteri saya nurse?"tanyanya.
"sila masuk ke dalam..doktor akan terangkan.
Harraz mengangguk dan membuntuti jururawat itu.
"macam mana dengan isteri saya doktor....kandungannya ok ker?"tanyanya cemas apabila melihat isterinya masih lagi tidak sedarkan diri.
"tenang dulu...sila duduk..."
ujar doktor.
Harraz duduk.
"alhamdulillah isteri encik ok...dan kandungannya ...selamat....rahim dia kuat...tapi kenapa boleh berdarah macam ni..."tanya doktor kehairanan.
Harraz meraup muka lega.
"dia terjatuh tadi..."dia terpaksa berpura pura.
"tak kan aku nak cerita pasal Arissa berlari tadi"gumamnya.
"isteri encik terpaksa kami tahan dulu dalam beberapa hari untuk pantau kandungannya"
"baiklah doktor..."
"baiklah saya keluar dulu...kalau ada apa apa beritahu nurse yang bertugas"pesan doktor.
..........
..........
"hebat kau kan Alia....puas hati kau tengok adik kau jadi macam tu?"tanya Amy apabila dia melangkah masuk ke bilik.
Dia terjaga dari tidurnya apabila terdengar pintu bilik di buka.
Alia menghempaskan badannya ke atas katil.
"paduli apa aku...sejak aku tahu dia kahwin dengan Harraz hati aku ni tak boleh terima...lebih lebih lagi tengok kemesraan mereka depan mata aku...eee...meluat kau tahu tak!!!?"Alia menjerit macam orang gila.
Amy terkejut..
"Hei Alia kau perlahankan suara boleh tak sekarang ni sudah pagi...dah lah malas aku nak layan gila kau...nanti tak pasal pasal aku pun jadi gila macam kau"Amy menarik selimutnya terus menutup keseluruhan badannya.
"kau yang gila!!_dia membaling bantal ke arah Amy.
Amy senyap tanpa memperdulikannya.
..........
..........
"Raz abang rasa abang nak kena balik dulu lah,sekarang ni pun dah pagi...kak Zira pun dah boleh balik dari hospital..."
"abang maafkan Raz sebab susahkan abang..."
"tak apa lah Raz perkara nak jadi kita tak duga..kau jagalah Arissa nanti bila dia sedar dan tenang bincang elok elok.. dia tertekan emosi orang mengandung ni tak stabil..."pesan Arif.
"ya lah abang...terima kasih"
Mereka berpelukan.
"sabar ya..."
Harraz mengangguk lemah.
Semalaman mereka tidak tidur...hanya satu malam banyak hal yang berlaku.
Erman sudah lama tadi memohon untuk pulang ke resort.
Harraz sudah menceritakan hal yang berlaku.
Dari A sampai Z.
Dia tidak menduga begitu sekali perangai Alia.
Tapi apakan daya hati dia memang benar benar terpikat....
..........
..........
Harraz duduk di sisi Arissa yang masih lagi tidak sedarkan diri.
Tangan isterinya dicium lembut.
Wajah Arissa di tenung,wajah isteri yang dicintainya sepenuh hati dan perasaan.
Perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata kata.
Saat hatinya jatuh hati pada Arissa tidak sama perasaan nya masa bercinta dengan Alia.
Arissa punyai hati yang bersih seiring dengan wajahnya yang kelihatan.
Senang di bawa bicara.
Lembut mengalun kata.
"I love you so much sayang...maafkan Biy"
Airmatanya menitis atas tangan Arissa.
Tangan Arissa sedikit bergerak.
Matanya di buka perlahan.
"Biy...Biy..."perlahan suara nya memanggil.
"ya Biy di sini love"Harraz bangun mencium dahi Arissa.
Airmata tadi di seka.
"love kat mana ni...kenapa ada wayar...?"
"love kat hospital...malam tadi love pengsan"
"arrgh...sakit"perutnya di sentuh.
"love ok ker ni..."Harraz cemas apabila melihat kerutan muka isterinya.
"lapar...."Arissa merengek manja.
"huh...ingat apa tadi...please jangan buat Biy macam ni...takut tau tak dah la semalam lari mengalahkan Usin Bolt..."dia mengurut dadanya.
Arissa tergelak kecil.Kelihatan sedikit keceriaan di wajahnya.
Harraz menarik nafas lega.
'Biy...baby kita ok ker?"tanya Arissa sambil menggosok kan perutnya.
"alhamdulillah ok....takut Biy tengok darah keluar....nasib tak ada apa apa,doktor scan tadi pergerakan jantung baby stabil"
Arissa mengangguk lemah.Peristiwa semalam masih segar dalam ingatannya.
Di renung wajah Harraz lama...
Dia tetap yakin bahawa perkara yangang terjadi ini adalah muslihat Alia.
"Biy...love percaya semua ni rancangan Kak Alia...."tuturnya lembut.
Dia bangun membetulkan kedudukan.
"jangan banyak gerak"Harraz membantu membetulkan bantal.
"bila boleh balik...?" tanyanya.
"petang ni...boleh discharge...Love pasal hal malam tadi..."tidak sempat Harraz meneruskan kata kata...Arissa terus memeluknya.
"Love percayakan Biy....miss you so much"bisik Arissa lembut.
Pelukannya dieratkan
Lama mereka dalam keadaan sebegitu.
Pelukan dilepaskan apabila seorang nurse masuk.
Mereka berdua tersenyum.
Rona merah kelihatan menahan malu.
Nurse tadi tersenyum,pura pura tak tahu.
..........
..........
ring!ring!
Deringan telefon mengejutkan Alia dari tidur.
"hmmm....siapa"dia masih mamai.
"Erman.."
Dia membulatkan mata terkejut,sambil menggosokkan matanya.
Di lihat ke katil Amy sudah pun kosong.
"ada apa call...mengantuklah"dengusnya.
sambil menguap.
"bukan pagi dah oii...tengahari"
jam dilihat menunjukkan 12.00tengahari.
"jom keluar..I tunggu di lobi..."ujar Erman ringkas.
"malas lah.."jawabnya ringkas.
"dia ni...tak faham bahasa ker...."gumamnya.
"jom lah....kita jumpa kejap...semalam lagi I kat sini datang nak jumpa You"Ermancuba memujuk.
"yalah....give me 30minute"telefon dimatikan.
Dia terus mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.
..........
..........
"hei budak kau tak nampak ker?!bahu Amy di langgar seseorang.
Dia menyeringai kesakitan.
"maaf kak...saya tak sengaja"budak lelaki itu terus berlalu pergi.
"hei adik tunggu jap"Amy memanggil pemuda itu.
"ya kak ada apa?"tanya nya.
"akak rasa kau ni kan yang jumpa dengan Alia semalam"ujar Amy.
Pemuda itu mula kelihatan gelisah.
"apa ni kak..saya tak kenal siapa Alia"dia cuba berdalih.
"kau jangan tipu lah budak...aku ada bukti yang kau ada buat rancangan jahat dengan Alia....!!"tengkingnya sambil memegang kolar baju lelaki itu.
"apa ni kak main tuduh tuduh...lepas lah..."dia menyentap kasar tangan Amy.
"baik kau mengaku atau aku bawa kau ke balai polis"Amy mengugut.
"cik ok ker?"datang seseorang dari belakang menegurnya.
Amy tidak mengendahkan teguran itu.
"lepas lah kak..."rayu pemuda itu.
"aku tak kan lepaskan selagi kau tak mengaku...kau tahu tak kerana perbuatan kau berdua boleh memusnahkan rumahtangga orang lain"Amy mengetap bibir geram.
"kak...sss...saya...."tangan pemuda itu dipulas ke belakang.
"sakitlah kak"
"tahu sakit..."jap.
Amy mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan video yang dirakamnya.
"baiklah saya mengaku...tapi please lepas kan saya dulu.
Erman masih lagi melihat kehairanan pergaduhan itu.
"ganas betul pompuan ni...nampak lembut tapi kasar"sambil mengharukan kepalanya.
"no...no...jangan harap lah"
"encik mari sini sekejap"Amy memanggil Erman yang masih lagi dalam kebingungan.
Erman menghampiri mereka.
"tolong pegang budak ni jap...jangan bagi dia terlepas"
"hah....ok..ok"kali ini giliran Erman memegang tangan pemuda itu.
"bang slow lah sikit sakitlah"Erman pegang lagi kuat daripada Amy tadi.
Telefon diambil dari tas tangannya.
Erman nampak Amy sedang bercakap dengan seseorang dengan riak wajah yang serius.
Beberapa minit kemudian dia datang membawa 2 orang security.
"tahan dia sekejap sementara kita tunggu Harraz datang"arah Amy pada security itu.
"Harraz?"aduh...semua perkara terjadi berkaitan dengan dia"gumam Erman.
"Thanks Encik sebab membantu tadi"ucap Amy.
"saya Amina...tapi just call Amy..."tangan dihulur.
"Erman.."sambil menghulurkan tangan.
"ehem..ehem"bunyi suara berdehem dari belakang.
"Alia!!"serentak mereka bersuara.
"huh nasib baik budak tu dibawa pergi"gumam Amy lega.
"hmmm ingat kau dah balik...bila aku bangun tadi kau tak ada"ujar Alia.
"tak lah aku keluar cari makan...tunggu kau kebulurlah aku...lagi pun ada kerja yang nak aku settle kan....aku blah dulu"
"oh ya ni ker secret admirer kau...too smart...thank you Erman sebab tolong I tadi"terus dia berlalu meninggalkan Alia dan Erman.
Dia tidak mahu terus berhadapan dengan Alia,dia tidak mahu kalau Alia tahu yang dia ingin bongkarkan rahsia kejahatan Alia.
"kawan You ker tu?"tanya Erman.
"emmm..kawan I..."jawabnya ringkas.
"macam mana You kenal dengan dia?"tanya Alia curiga.
"kebetulan tadi....kenapa you cemburu ker?"
"tak ada maknanya I nak cemburu...lagi pun I rasa dia tak pandang lah lelaki macam You"Alia mencebik sambil berlalu pergi keluar lobi.
"kenapa I ni tak cukup macho ker?"tanya Erman sambil menyentuh dagunya.
"dah lah...apa hal You datang jumpa I kat sini?"
"rindu...."jawab Erman ringkas.
"rindulah sangat....dah tu nak ajak I pergi mana ni?"
.........
P/S: SELAMAT TAHUN BARU 2021 Kepada semua pembaca..semoga ceria selalu .....
Share this novel