bab 13

Romance Completed 28747

Azan subuh berkumandang...Harraz bangun sambil mengosokkan matanya....
Terasa kebas lengannya sebab dari malam tadi menjadi bantal Arissa.
Harraz merenung dan mengamati wajah ayu gadis yang ada di depannya.
Kepolosan wajahnya,kenakalannya membuatkan hatinya mula terpikat pada,Arissa.
Biar pun Arissa bukan yang pertama bertakhta dia hatinya tetapi masih ada ruang untuk cinta Arissa.
Pada mulanya dia agak teragak agak dengan keputusannya mengahwini Arissa tetapi kali ini dia yakin yang Arissa adalah jodohnya yang sebenarnya.
Akan aku bukakan pintu hatiku untuk mu wahai insan bernama Arissa.

"love...love...my sweetheart..."dia memanggil Arissa yang masih lagi tidur.Pipi isterinya di usap lembut dan satu ciuman lembut diberinya.

"bangun dah subuh"dia menggerakkan badan Arissa.

Arissa menggeliat sambil menggosok matanya...
bangun dengan tiba tiba seolah terkejut.

"kenapa ni...terkejut macam nampak hantu jer"Harraz juga terkejut dengan kelakuan Arissa.

"maaf lupa...dah ada suami..."sambil menggaru kepalanya.

"apalah kasih ni....boleh pulak lupa yang kita ni suami dia,semalam bukan main lagi....hari ni dia buat lupa kita pula..."Harraz buat muka merajuk.

"alololo....sorry laaa kan baru satu malam..."
Arissa memeluk suaminya dari belakang dan menghadiahkan ciuman di pipi suaminya.
Kelihatan Harraz tersenyum.

"dah jom nanti lewat pula solat subuh"Arissa cuba memujuk...dia bangun turunkan kakinya ke bawah

"argh..aduh!!" tiba tiba dia mengerang kesakitan.Terasa kesakitan dan kepedihan di kelangkangnya.

"kenapa ni...sakit ker...aduh abang minta maaf ya...sebabkan love sakit gini"
kesian pula dia lihat Arissa kesakitan.
Terasa badannya di awangan apabila Harraz mengangkatnya....sekali lagi dia dicepong ke kamar mandi...
Sekali lagi mereka basah bersama....
Biar ku sakit berkali kali andai ada yang boleh mengubati ku....

...................

Arissa turun ke bawah diiringi Harraz..
Mereka ke dapur,kelihatan penghuni rumah itu masih lagi belum keluar dari bilik masing masing.

" my hubby nak makan apa,biar saya masak...tapi kalau tak sedap sorry sebab tak pandai masak"
Sambil tangannya ligat membuka peti sejuk lihat apa yang boleh dijadikan sarapan.

"biy tak kisah pon kalau ada roti bakar atau sandwich pon dah ok.."jawab Harraz sambil duduk memerhatikan isterinya dari belakang.
Ternyata masih belum puas dia mengamati keindahan tubuh isterinya.

"amboi pengantin baru awal masuk dapur...lapar ker"ke dengan suara dari belakang mengejutkan mereka.

"abang Arif..."ujar Harraz terhenti lamunannya.

"boleh ker tu masak anak ibu ni"datang pula ibunya dari belakang.

"kalau setakat roti bakar dan sandwish senang jer bu..."jawab Arissa sambil memegang roti di tangannya.

"kenyang ker makan roti jer...ker malam tadi dapat santapan special"Arif menyiku Harraz yang berada di sebelahnya.
Harraz tergelak kecil,merah padam muka dengan gurauan abang iparnya.

"abang jangan macam macam eh...nanti senduk ni naik kepala pulak"Arissa menunjukkan senduk di tangannya ke arah Arif.
Arif sedikit mengelak takut terkena,sambil berlari ke arah ibunya.

"kau ni Arif kalau sehari tak menyakat adik tu tak boleh ker...malulah sikit kat Raz tu..."bebel Puan Suraya.Harraz tergelak melihat telatah adik beradik.

"maksu...."sikembar datang menerpa ke arah Arissa.

"maksu masak apa tu..."tanya nina

"maksu buat mee goreng dengan sandwich untuk paksu"sambil mengucup pipi si kembar

"paksu?"serentak mereka bersuara kehairanan

"ya paksu...tu yang duduk kat kerusi tu...paksu ni suami maksu...pergi salam"Arissa mengarahkan pada si kembar yang masih lagi kebingungan.

"dua si comel ni nama sapa"Harraz datang melutut mendapatkan kembar di depannya.

"yang ni Nur Anina Qistina and saya nama Nur Anisa Qaisara"sambil menunjuk ke arah kembarnya yang sorang lagi.
Harraz mendukung dan mencium pipi mereka.

"comelnyaaa...."sambil mencubit pipi anak kecil itu.

"emmm Raz beria nampak...kalau nak kena usaha lebih.."Arif ketawa mengusik Harraz yang sedang dukung anaknya.

"udah udah lah Arif usik Raz dan Arissa ni...kau tu yang Azira panggil dari tadi tu tak dengar ker?"
Ibu cuba menghentikan perbuatan menyakat anaknya Arif.
Dah merah padam Harraz dia buatnya.

"hah ya ker...ya sayang abang datang"
Arif berlalu pergi.
Puan Suraya menggelengkan kepala sambil ketawa,Harraz dan Arissa pun turut ketawa.

"ibu,ayah tak balik lagi ker?"tanya Arissa sambil menghidangkan sarapan yang sudah siap di masak.
Roti sandwich dan mee goreng serta air milo panas.

"kejap lagi balik lah tu...ayah kau kalau tak habis sembang dengan jemaah surau tu tak balik punya"

"Raz makanlah dulu ya ibu tunggu ayah...Arissa temankan Raz ibu ada kerja kat luar tu...lusa sibuk pula nak hantar anak ibu ni kat rumah mertua.."
Harraz hanya mengangguk dan senyum.
Ibunya terus berlalu yang tinggal hanya Arissa dan Harraz,si kembar pun sudah ikut bapanya tadi.
Arissa menghampiri suaminya yang tidak habis memandangnya atas bawah.

"hello dah sampai mana dah tu"sambil tangannya melambai lambai depan mata Harraz.

"hah!!tersedar dari lamunannya.

"jomlah makan sama...mana abang Arif ni..."menukar topik sambil mengajak Arissa duduk di sebelahnya.

kring!kring!

Harraz: hello mama

Mama:petang ni Raz balik ya banyak benda nak kena settle lg ni...

Harraz:ya mama...ok..nanti Raz balik

Harraz memutuskan talian.

"mama call suruh balik harini...nak siapkan apa yang patut...untuk majlis sambut menantu"sambil menyuapkan roti ke mulutnya.
Arissa hanya mengangguk sambil makan mee goreng.

"kenapa ni tadi nampak happy jer..ni diam macam biy cakap sorang sorang"
Arissa bangun membawa pinggannya ke sinki.
Harraz bangun menghampiri isterinya dari belakang.

"kenapa ni muncung jer...hubby ada buat salah ker"sambil memeluk pinggang ramping Arissa dan dagunya di bahu Arissa.
Arissa hanya menggeleng kepala dan membiarkan saja Harraz memeluknya.

"please tell me something love..."
Harraz memusingkan badan isterinya supaya berhadapan dengannya.
Sambil dagu Arissa diangkat.

"kalau hubby balik nanti saya rinduuu..."sambil membuat muka lucunya dan ketawa.

"itu jer?bukan ada masalah lain?"
terkejut Harraz...Arissa memang gadis yang manja,nakal
mereka ketawa bersama.

"dah jom naik atas..."
Harraz menarik tangan Isterinya...Arissa mengikut sambil tersenyum.

"Hai Raz nak bawa Arissa ke mana tu?"sapa Arif yang berada di ruang tamu.
langkah mereka terhenti seketika.

"Raz nak balik rumah mama jap bang..ni ada orang merajuk pulak.." sambil mengerling ke arah Arissa.

"hai dik manja terlebih kau ya,laki kau tu memang kena balik ler sebab nanti nak sambut orang baru..takkan rindu dah kut.."tak habis habis Arif kenakan dia.

"abang ni suka sangat nak sakat adik..tengok malu diorang tu..yang kita ni pun nak kena balik juga kan...nak singgah butik jap.."Azira membalas

Arif tersengih mendengar suara Azira.Puan Suraya pun turut ketawa telatah anak menantunya.

"kami naik dulu ya abang,kak"Harraz minta izin untuk naik ke atas.
Arissa menjeling tajam ke arah abangnya,malas nak menjawab nanti panjang berjela pula,sampai esok pun tak habis habis.

..............

Pintu bilik dibuka...
"hubby nak kemas apa apa tak?"Arissa bertanya sambil membuka tudungnya.
Sungguh dia sangat menjaga batas aurat dan pergaulannya dengan keluarganya.
Antara dia dengan Arif cuma sepupu makan aurat antara mereka perlu di bataskan.
Harraz senang melihat penampilan isterinya.
Pandai jaga diri...sesungguhnya dia harus bersyukur kerana mendapat isteri sebaik Arissa.

"hubby...hubby...saya tanya ni...ada nak bawa apa apa ker kat rumah mama?

"hai asyik mengelamun jer...teringat kekasih lama ker?"

"mana ada ....benda yang lepas sudah biy baling jauh jauh...yang di depan ni dah buat biy tak keruan"sambil menarik Arissa dalam pelukannya.
Mungkin begitu cepat dia jatuh cinta sekali lagi,tapi inilah kenyataan nya...bersama Arissa terasa begitu indah sekali.
Biarlah cinta ini dipupuk atas dasar kasih sayang yang sebenarnya...ternyata cinta halal lebih indah.

Arissa masih lagi dalam pelukannya...jarinya bermain main dibibir Arissa.
Dia merapatkan bibirnya dengan bibir Arissa...
meneroka sampai tertaut lidah....indah sekali...mereka terasa di awangan.
Badan Arissa direbahkan di atas tilam dengan perlahan...Arissa membiarkan,fikirannya kosong,tenang,gembira,indah itulah yang dia rasakan sekarang.

Tangan nakal Harraz mula menjalar ke setiap pelosok badan Arissa...bibirnya mula mencari titik ransangan menuju ke leher..dikucup dengan rakus...dibiarkan tanda merah melekat dileher jinjang isterinya.
Suara mendesah mereka mula kedengaran...
Satu persatu baju mereka ditanggalkan...
Sekali lagi mereka dalam keadaan naked...
Mereka terus hanyut dalam lautan asmaradana.

"i love you my love..."satu ungkapan dari mulut Harraz...satu ungkapan yang ingin didengari oleh Arissa.
Akhirnya mereka berbaring keletihan.....
Kali ini mereka basah lagi bersama...

Selesai mandi Harraz bersiap ingin pulang ke rumah mamanya.

"biy balik dulu nanti lusa kita jumpa lagi..."sambil mengucup bibir mungil Arissa..berakhir sampai ke ubun ubun.

"yup...take care...jangan nakal nakal"sambil menyalami suaminya.
Harraz tergelak kecil mendengar pesanan dari Arissa.
Sambil mengangguk....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience