Pagi ini Harraz perlu berjumpa dengan beberapa orang pekerja baru yang dikhabarkan oleh Adnan.
"Perkenalkan ini pemilik resort ni..Encik Harraz bin Tan Sri Rahman"Adnan memperkenalkan kepada staff baru mereka
"Terima kasih Encik Adnan...saya harap kalian dapat berikan kerjasama yang baik dan dedikasi dengan tugas yang di amanah kan nanti"
Harraz memberikan sedikit penerangan kepada mereka.
Semua mengangguk tanda faham.
Selesai di situ Harraz dibawa meninjau beberapa tempat sekeliling resort itu...banyak penyelengaraan telah dibuat.
Di kesempatan yang ada ini Harraz berpeluang kenal dengan staff di bahagian lain juga.
..........
..........
"kau dah kemas ke pakaian kau...nampak rileks jer...arini kan kita dah nak balik"tanya Amy sambil memasukkan pakaian nya ke dalam bagasi.
"aku rasa tak jadi balik lagi...nak selesaikan kerja...kalau kau nak balik pergi lah..."katanya.
"kalau gitu aku ikut kau lah...boleh ronda ronda dulu kat Melaka ni"
"suka hati kau lah...aku nak keluar jap ada hal"jawabnya sambil berlalu keluar.
"kau nak ke mana?"panggilan Amy tak berjawab.
"nak ke mana lah minah ni..jangan duk menggatal dengan laki orang dah"bebel Amy.
"baik aku spy dari jauh...bukan boleh percaya kat perempuan gila ni"Amy bangun mendapatkan telefon dan berlalu pergi mengikuti jejak Alia.
..........
..........
Arissa tidak sedar jam berapa dia terlena semalam,matanya sukar dilelapkan.
Dia mencapai tuala dan terus ke bilik air.
Selesai mandi dia mencapai telefon yang berada di atas katil.
Entah kenapa rasa berdebar debar dengan tiba tiba.
"kenapa rasa macam ni hah...ada sesuatu yang tak kena jer...kenapa Biy tak call lagi ni"bisiknya kerisauan.
Dia cuba mendail nombor Harraz tetapi tidak dijawab..berkali kali dia mencuba tapi tidak diangkat.
"maksu...maksu...bukak pintu ni.."ketukan dan panggilan dari luar mengejutkan nya.
Pintu dikuak
"alahai comel...ada apa panggil maksu ni...jom masuk"pelawanya kepada si kembar.
"nenek suruh panggil maksu makan"ujar Nina yang bertahi lalat di atas bibir.Ini yang membolehkan mereka dibezakan.
"jom maksu makan "Nia pula bersuara
" maksu siap jap...nanti kita makan samda.
"paksu tak balik lagi ker maksu"petah si kembar ni bertanya.
"tak balik lagi...dah jom kita ke dapur makan"
Mereka keluar beriringan menuju ke dapur.
"ibu tengok muka risau jer,kenapa ni?"tanya ibu apabila lihat Arissa hanya menguis guis nasi gereng di depannya.
"tak ada apa lah ibu...cuma risau jer Raz tak call lagi ni...rasa tak sedap hati pula"jawabnya risau.
"ibu..Kak Zira mana senyap jer..tak nampak kat sini"tanya Arissa bila tidak kelihatan kakak iparnya.
"ada kat bilik kut...tadi nampak gelisah macam tak selesa..kut sakit...sampai masa dah kut"
"abang Arif ada sekali ker...tak boleh biar dia sorang sorang tu"
"dia keluar kejap tadi beli barang"
"tak pa la ibu, Arissa masuk tengok kak Zira dulu kat dalam...budak budak tu pun tengah asyik tengok kartun tu"
Arissa bangun berlalu ke bilik kakak iparnya.
..........
..........
Selepas puas meninjau keadaan resortnya dan bertemu staff tadi Harraz baru perasan yang dia tertinggal telefon bimbitnya tertinggal di dalam bilik.
Selesai semua Harraz bergegas ke bilik untuk mendapatkan telefon nya.
Dia tidak tahu sebenarnya Alia telah mengekorinya daripada tadi...
Setiap gerak gerinya telah diintip oleh Alia.
"kenapa aku rasa macam ada orang ikut aku"bisiknya.
Langkahnya di lajukan terus ke bilik.
"ooo...ni bilik dia...kau tengok apa aku buat kat kau nanti sampai kau tak boleh lupakan aku lepas ni"
"huh...5miss call from love"Harraz terus mendail nombor Arissa.
"hello love...maaf tadi phone tertinggal kat bilik...love ok ker?"
"ok jer...cuma macam tak sedap hati jer ni...Biy ok ker kat sana?"
"ok...insyaallah Biy ada kerja sikit lagi...lepas tu mungkin malam nanti Biy bertolak balik...Love ada mana ?"
"love ada rumah ni tengah jaga kembar ni...kak Zira dah masuk wad baru sebentar tadi....ibu pun ikut sama..."
"love ok ker tu tinggal sorang sorang,ker nak Biy telefon mama suruh jemput ke rumahnya"
tanya Harraz bimbang.
"ishh Biy ni ...Love bukan nak bersalin pun...kak Zira yang sakitlah...lagipun sapa yang nak jaga sikit kembar nanti...tak payah risaulah...Biy tu yang jaga diri..jangan nakal nakal"pesan Arissa.
"Biy tak pandang sapa sapa lah...ok Love macam ada orang ketuk pintu..mungkin Adnan...nanti Biy call balik ya"sambil menuju ke pintu.
Telefon dimatikan.
Share this novel