Ketukan pintu dari luar hotel pada malam itu mengejutkan pasangan yang sedang berasmaradana.Mereka bingkas bangun mengenakan pakaian,pintu dibuka
"kami dari Majlis Agama menerima laporan bahawa ada pasangan berdua duaan dan mencurigakan"kata salah seorang pegawai agama sambil menunjukkan kad kepada mereka.
Alia terkejut dengan kehadiran mereka,tunduk terdiam di birai katil.Kali ini perbuatan mereka di hidu oleh orang.
Mereka dibawa ke pejabat agama,keluarga masing masing diberitahu.
"patutlah selama ini bila I ajak kahwin you mengelak,rupanya dalam diam you ada orang lain"nada Harraz mengeras.
"cakaplah apa pon Harraz I tak kisah,bukan I yang nak sangat kita kahwin tapi you yang paksa I hadapi semua ni"dengan tanpa bersalah Alia bersuara.
panggg!!! satu tamparan hinggap dia muka Alia mengejutkan semua yang ada.
Puan Suraya segera mendapatkan anaknya,dia tidak menyangka kata kata Alia tadi menaikkan kemarahan suaminya.
"kau yang buat salah Alia,jangan nak salahkan orang pulak"marah encik Mokhtar lagi,merah mukanya menahan kemarahan.
"Alia nak putus,Alia tak nak kahwin dengan Harraz ayah,tak faham ker?!!tengking Alia mengejutkan semua.Harraz masih lagi tunduk membatu.Malu rasanya dengan perbuatan Alia padanya dan orang tua mereka.
Tidak ada perasaan bersalah sedikit pon di wajah Alia selepas apa yang terjadi.
"kau jangan buat gila Alia,kau ingat lelaki yang rosakkan kau nak kahwin ker dengan kau hah!!?sergah Arif.
"aku tak kisah lah Arif,aku happy dengan hidup aku sekarang ni,aku nak bebas tanpa ada sapa2 yang mengongkong hidup aku"jawab Alia dengan angkuh.
Harraz yang tadi menundukkan kepala terkejut dengan kata kata Alia,dia tidak menyangka orang yang dia cintai sanggup lakukan perkataan terkutuk begini.Apa kurangnya cinta dan kasih sayangnya selama ini.
Ternyata Alia lebih bercita rasa yang sangat tinggi dari apa yang dia berikan olehnya.
"tak apa lah abang Raz redha,jika ini yang terbaik untuk kita semua"begitu berat keluhan yang dilepaskan,Harraz berlalu meninggalkan keluarga Alia.
Panggilan Arif tidak dihiraukan.Dia sangat terkesan dengan sikap Alia terhadapnya,rasa sangat hina dengan perbuatan gadis itu,Alia bukan lagi seorang gadis,maruahnya sudah tercalar,sudah ditebuk tupai...buat apa lagi dia mengharapkan kasih yang tak sudi..
....................
"nah kau ambik semua pakaian kau,lepas ni jangan kau pijak lagi kaki kat rumah ni,aku tak mahu tengok muka kau lagi!!!jerit encik Mokhtar pada Alia.Dia menghempas beg yang berisi pakaian Alia.Alia mengambil begnya dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.Begitu keras hatinya.
"Ya Allah ayah kenapa ni?"Arissa terkejut dengan tindakan ayahnya petang itu.Tidak pernah dia melihat kemarahan ayahnya sebegitu rupa,seolah seekor harimau yang kelaparan.
"abang jangan stress sangat nanti naik darah tu"puan Suraya cuba menenangkan suaminya.
Arissa,Arif dan Azira hanya mampu terdiam kakumereka tidak berani lagi bersuara.
Yang salah tidak boleh dibetulkan lagi.
"ibu bawalah ayah berehat"Arissa mula bersuara.
"Arif pon dah nak balik ni,kesian kat anak anak kat rumah tu dari tadi lagi tinggal kat maid"
"ya lah,pergilah balik tengok anak anak tu kesian mereka" ujar puan Suraya.
"abang tak payah lah risau,adik ada...biar adik yang tengokkan ayah dan ibu"
mereka bersalaman.
..............
Peristiwa hitam dalam hidup mereka amat memberi kesan yang begitu pahit sekali.
Terutama ayahnya,akibat perbuatan Alia kesihatan encik Mokhtar semakin terjejas.
"ayah janganlah bersedih lagi,Arissa kan ada"dia menggosok belakang ayahnya yang dari tadi batuk.
"nah makan ubat ni,nanti Arissa bawa ayah pergi jalan jalan ok"pujuknya seolah olah memujuk anak kecil.
"kau ni Arissa satu satunya anak yang menyejukkan hati ayah...uhukk hukk"
encik Mokhtar cuba bersuara,tapi batuknya kian kuat.Arissa cemas melihat keadaan ayahnya,mula memanggil ibunya yang berada di dapur.
"Ya Allah ibu,kita kena bawa ayah ke hospital ni,batuk ayah semakin kuat ni"
Arissa segera mencapai kunci kereta dan memapah ayahnya ke kereta untuk di bawa ke hospital.
"ibu call abang Arif cakap kita kat hospital"Arissa memberi arahan pada ibunya sambil meneruskan pemanduan.
Puan Suraya mengangguk dan terus memanggil anaknya Arif.
"macam mana doktor dengan ayah"
"tekanan darah encik Mokhtar naik tinggi ini boleh membahayakan kesihatan nya,jadi buat masa ni pihak kami terpaksa menahan dia untuk buat pemeriksaan selanjutnya"terang doktor.
"ibu dan adik balik dulu malam ni,biar abang yang jaga ayah,esok adik boleh gantikan abang pulak"
Arissa mengangguk setuju.
..............
Harraz termenung sendirian...
Dirinya tidak lagi terurus seperti selalu...tamparan hebat yang diterimanya amat perit sekali.
Perbuatan Alia membuatkan hatinya sakit,kerjanya di pejabat sudah banyak yang terbengkalai.
"Raz tak boleh terusan macam ni"Puan Sri Marlia menghampiri anaknya.Sejak kejadian hari itu anaknya banyak termenung dan jarang ke office.
"mama tahu Raz sedih,tapi benda bukan dalam perancangan kita...selalunya Allah dah atur elok elok..mujur perkara ini berlaku semasa Raz tak kahwin lagi dengan Alia tu,kalau jadi lepas kahwin lagi sedih..."
"mama akan jumpa dengan keluarga dia...tengok macam mana,Raz sabar ya"mamanya menepuk bahu Harraz.
Harraz hanya mengeluh dan mengangguk sahaja.
Tiada lagi kata kata yang mampu dia ungkapkan,apa lagi kekurangan yang ada pada...kemewahan ,rupa semua dia miliki.
Namun benarlah jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan kita hanya merancang....
Share this novel