Percutian 3hari 2malam sememangnya sukar di lupakan buat mereka.
Bibit bibit percintaan kian berputik mekar antara mereka berdua.
Saling meluahkan perasaan....
Perkenalan yang hanya kerana sebuah pengorbanan....
Saat sang pria yang terluka hatinya datang seseorang yang sudi mengubati luka itu.......
Kini hati kian bertaut...
................
Seminggu sudah berlalu pernikahan mereka kini masing masing perlu menjalankan tanggjawab yang lain juga...Harraz perlu memulakan kerjanya dan Arissa perlu kembali menyambung kembali pelajarannya.
" jaga diri elok elok...jangan nakal nakal"hari ini Harraz menghantar Arissa ke kampus.
"kita tak nakal....kut orang tu nanti yang gatal.."
sambil menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya.
"seminggu jer tau lepas ni cari rumah sewa lain...senang..mana tahan duduk asing asing gini"ujar Harraz sambil mencium pipi Arissa.
"ya...kan kita dah bincang...seminggu jer...."
jawab Arissa.
Terpaksa lah dia cari rumah lain untuk disewa sebab suaminya tidak mahu lagi dia menyewa bersama rakannya.
Arissa,melambaikan tangan ke arah suaminya sampai kereta jauh dari pandangan.
"amboi..tak habis lagi ker ?"datang satu suara dari belakang mengejutkan Arissa.
"wei my darling...fatihah long time not see you..miss u so much"sambil memberikan pelukan erat pada rakan baiknya.
"i miss you so much too....my darling...my bestie"
"tak sempat nak jumpa ngan your loving husband"
"baik tak payah ler...nanti sangkut.."
ujar Arissa sambil ketawa,Fatihah juga turut ketawa.
Mereka jalan beriringan menuju ke dewan,
Hari pertama,selepas bercuti memang akan sibuk,mereka kini jadi senior last year.
Ramai intake baru yang masuk...macam biasa tugas mereka jadi fasilitator pada junior yang baru tiba.
Bermula minggu suai kenal...
buli membuli tu biasa dalam mana mana kolej ataupun uni.
Mereka pernah mengalami situasi sebegini.
Kini Arissa sibuk kembali menjadi seorang pelajar..
"hai lama tak jumpa"sapa satu suara dari arah belakang.
Arissa kenal suara tu...Faizal pelajar junior yang sejak dulu lagi cuba takcle dia.
"hai jal...lama tak jumpa ya...macam mana belajar ok ker?"soalnya sekadar bertanya.
"ok jer...tapi rasa rindu lah sebab buah hati tak ada depan mata"
"hmmm tak payah nak ngayat lah faizal...buah hati kau ni dah berpunya...kempunan lah kau"
Ujar Fatihah selamba
Berubah air muka Faizal bila dengar kata kata Fatihah.
"kau biar betul Tihah...jangan main main"
tanya Faizal dengan nada menekan.
"Betul ker Arissa...sampai hati u..."
Arissa hanya mengangguk.
"dah lah jal kita tak ada jodoh...tu masih lagi ramai yang duk menunggu....lagipun kita tak pernah declare pun kan,jadi tak perlu nak rasa kecewa...I memang dah kahwin....dekat dua minggu dah pun"
Faizal mendengus kasar.....riak wajahnya kelihatan sugul.Dia berlalu tanpa menoleh ke belakang.
"Faizal...tunggu.."panggilan Arissa tidak dihiraukan.
"dah lah..apa nak panggil lagi...biarlah dia"
Fatihah menarik tangan Arissa berlalu dari situ.
"aku bukan apa kesian tengok dia..tapi kenapa dia minat sangat kat aku kan ramai lagi pompuan yang sama baya ngan dia..."
"alah jodoh bukan kira umur lah puan oiii..beza setahun jer pun....dah hati berkenan...kau tu cantik sangat..."
"kau pun cantik juga...apa kata kau ganti tempat aku...jadi girlfriend dia."Arissa ketawa kecil
"gila kau...ingat aku ni macam kau...nak jadi pengganti bagai"Fatihah mencebik
"dia hansome apa...tapi harap harap dia tak dendam lah ya"
"dah lah jom masuk dewan balik....buat pening kepala jer"
Mereka menuju ke dewan semula.
..............
Deringan telefon mengejutkan Arissa dari lenanya..
Selepas pulang dari kampus terasa keletihan lalu dia merebahkan badannya di atas tilam dan terus terlena.
"assalamualaikum...my love..."
suara Harraz kedengaran dari corong telefon.
"waalaikumusalam...hubby.."jawabnya lemah.
"hai tidur ke tu dah jam berapa ni...solat belum"
"letih sangat tadi balik terus terlena...tengah ABC"
"ABC?"tanya Harraz tidak faham apa maksud abc
"Allah bagi cuti...periodlah..."
"hmmm manalah biy faham...dah makan ker"
"belum...kejap lagi keluar cari makan...hubby ada mana ni...tempat kerja kerja?"
"on the way...nak ajak isteri tersayang keluar makan la"
Arissa terus bingkas bangun dari baringan bila terdengar suaminya datang jemput nya keluar makan.
"hah biar betul...kenapa tak cakap awal...tak siap lagi ni..mandi pun tak lagi.."
"sempat lagi...dalam 20minit biy sampai"
"hello hello...love..love...la dah letak ker"
Belum sempat suaminya habiskan ayat Arissa sudah pun letak telefon dan langsung ke bilik air.
Selesai mandi Arissa mengenakan kemeja jeans lembut dan seluar jeans.
tok!tok!
ketukan dari luar kedengaran dan pintu dikuak,terjengul kepala Fatihah.
"hoi aku rasa your husband datang lah..."
Fatihah masuk duduk di birai katil.
"laaa dah sampai ker..cepatnya..pakai tudung tak siap lagi"
"nak keluar ker?patut bau wangi semacam pun..untung lah ada suami,kita juga yang duk melopong kat sini"
"alah sedihnya dengar,kau nak ikut aku jom lah siap"ajak Arissa
"tak nak lah kacau daun jer"
"kami keluar makan jer lah...mana ada kacau daun..kacau kayu ker..."mereka ketawa
"tak nak lah,masak maggi jer lah"
"ok lah aku gerak dulu...nanti aku tapau untuk kau ya"sambil melambai tangan ke arah Fatihah dan berlalu keluar.
Fatihah mengangguk dan tersenyum.
Share this novel