tajuk 9

Romance Completed 28747

Suatu petang pertemuan dengan rakannya Fatihah

"kau biar betul Arissa"ujar fatihah dengan nada terkejut bila mendengar luahan dari mulut rakan baiknya itu.

"betul laa..tak kan aku nak bohong pulak,lagi sebulan lebih aku kena standby kahwin"arissa hanya mampu mengeluh panjang.

Fatihah teman baiknya sekampus dengan Arissa.
Teman ketawa dan airmata.
Dia luahkan segalanya pada teman baiknya itu,dia terpaksa kahwin dengan tunang kakaknya demi menutup malu akibat perbuatan kakaknya.
Dia terpaksa berkahwin dengan bekas tunang Alia demi untuk kebahagian semua.Dia redha atas aturan hidupnya.Dia anak yang taat pada orang tuanya.Dia rela andai ini takdir hidupnya.

"Habistu,kau kenal ke bakal abang ipar kau vs bakal suami kau tu"soal fatihah lagi
Arissa menyedut air bandung perlahan tekaknya terasa perit sekali kerana cuaca yang begitu panas,terasa lega sekali bila air mulai lalu di rongga kerongkongnya.Dia menghela nafas panjang merenung ke luar tingkap restoran itu.Sedangkan Fatihah masih lagi menunggu jawapannya.

"aku tak lah kenal sangat,tapi pernah lah jumpa sekali,buat blind date...,sebab masa tunang kak lisa dulu aku tak balik,kebetulan exam masa tu"sambung arissa.

"hensome ker dia?"
Arissa hanya tersenyum tanpa membalas pertanyaan kawannya.

"boleh lah"jawab Arissa selamba sambil mengangkat kedua keningnya.

"Gila tak handsome,hero pujaan aku tu,badan sasa wei,memang rezeki la klu aku jadi kahwin dengan dia"gumam Arissa sambil tersenyum.

"boleh lah boleh blah ker macam mana?"
pecah tawa mereka.
lega sedikit gundah gelana di jiwanya apabila dapat luahkan perasaan yang terbuku di hatinya pada fatihah.

"kau tengok lah sendiri nanti malas aku nak cerita macam mana orangnya"sambil tangannya menguis nguis straw yang ada dalam gelas.

"dah jomlah lewat dah ni" selesai membayar harga makanan mereka berdua berlalu meninggalkan restoran itu.
...............

kring!kring!kring!!
terjaga Arissa dari mimpi yang indah,tangannya menggapai mencari telefonnya.
Kacau daun lah,tengah syok duk berasmaradana ada pula yang mengacau...
Jam dilihat sudah 7.30 pg...mimpi indah terganggu lagi...
Sengaja dia bangun lewat sebab dia cuti sembahyang,malam tadi tidur lewat melayan period pain...pagi ini terkejut dengan panggilan pula...

"assalamualaikum,maaf ganggu pagi pagi ni"kedengaran suara dari corong telefon.

"aku rasa kenal jer suara ni,tapi mimpi ker apa ni" gumam Arissa.

"hello,hello....Arissa!!"
terkejut apabila suara memanggilnya,dia bingkas bangun dari katil,menuju ke bilik air mencuci muka...meninggalkan telefonnya dengan suara masih lagi on...

"hello,ya saya...sorry .."aduh my macho man aku call pagi ni kenapa ya..gumamnya

"hai baru bangun ker anak dara..."dengan suara memerlinya.

"dari kelmarin lagi kita bangun tau,tadi tu baru lepas mandi.."sempat dia lagi cover malu
Kalau baru bangun pon kenapa aku bukannya ada suami nak kena siapkan sarapan,nak layan suami,tapi sekali sekala kelewatan apa salahnya...

"jom temankan saya breakfast...."

"breakfast...errr...awak ajak saya ker?"tanya Arissa dengan nada terkejut."Jap tapi bila masa pula aku bagi no telefon kat dia ya"gumam Arissa dalam kebingungan.

"tak ,ajak amoi jiran sebelah tu"pandai jugak Harraz melawak.Sejak dia mengenali gadis itu seminggu yang lalu perasaannya terasa ada kelainan.
Hatinya meronta ronta untuk ingin bertemu kembali gadis itu.
Hari ini dia memberanikan diri untuk berjumpa lagi dengan Arissa.
Ingin menyatakan hasratnya bersetuju menjadikan Arissa sebagai isterinya.

"ooo...pandai buat lawak ya...habis tu kenapa call saya klu nak ajak amoi keluar"sambil mencebik buat muka.Kalau aku buat muka pon bukan mamat ni nampak.
Arissa tersengih sendiri.

"hahah...dah jom siap..."Harraz beri arahan.

"jap,dalam 10 minit saya siap"cepatnya aku bersetuju,kau ni dah kenapa...fall in love ker Arissa.Dia menepuk dahinya.

"ok jap lagi turun bawah"Harraz terus memutuskan panggilan.

"hah turun bawah?"awak dah sampai ker?"tanya Arissa terkejut.Panggilannya tidak dijawab.

"Aduh takkan dah ada kat sini dah,malunya aku..."
dia terus berlari mendapatkan tuala dan terus ke kamar mandi.
Sakit perutnya daripada malam tadi masih lagi terasa.
Selesai mandi dia mengenakan pakaian dan mengoleskan alas bedak dan lipstik...dia tidak suka makeup yang terlalu tebal...yang sederhana sahaja...
Dia mencapai beg tangannya dan terus turun ke bawah dengan laju.....
Takut terlambat Harraz menunggu.
tiba tiba pada dua langkah terakhir kakinya tersandung dan hampir terjatuh tapi disambut oleh Harraz yang kebetulan sedang memerhatinya turun tangga tanpa dia sedari.

Sekarang dia berada dalam dakapan lelaki itu.
Mata mereka saling bertatapan degupan jantung berdegup kencang sekali,

"ehem ehem!!" satu suara deheman kedengaran mengejutkan mereka dari terus membuat aksi filem.Puan Suraya kebetulan melihat aksi mereka,tersenyum.

"sorry.."Harraz perlahan melepaskan rangkulan pinggang Arrisa.Merah muka mereka kelihatan.

"terima kasih.."ujarnya perlahan menahan malu,pertama kali dalam hidupnya dirangkul sedemikian...selalunya dalam mimpi jer ni realiti.
Dia bangun membetulkan baju dan tudungnya.
Harraz memerhati gelagat Arissa yang menahan malu...

"tu laa turun tangga macam nak lumba lari,nasib baik ada orang yang tolong sambut..."bebel Puan Suraya sambil menggelengkan kepalanya.
Arissa tersengih macam kerang busuk.

"aduh malunya aku...tapi best jugak macam filem Hindustan...ingat mimpi jer gini tapi benarlah"gumamnya nakal,dan tersenyum sendiri.

"dah tu kenapa duk tersengih sengih lagi tu..jom lah makan...lama dah Harraz duk tunggu ni"Encik Mokhtar bersuara,menghentikan lamunan Arissa.

"ingatkan nak ajak breakfast kat luar,tapi rupanya kat rumah...."ujarnya sambil menuju ke meja makan.

"ibu yang jemput Harraz ni datang breakfast kat rumah,saja tak bagitahu Arissa"Kat Puan Suraya sambil tergelak.

"jadi ibu lah yang plan semua ni ya...sampai hati"sambil berkata dengan nada merajuk.
Harraz tersenyum memerhati gelagat manja Arissa.
Sebenarnya dia masih lagi terpegun melihat keayuan gadis yang berada di depannya ini.

"maaf awak,datang mengejut"sepatah perkataan dari Harraz.
Arissa mencebik,menjeling ke arah Harraz.
Harraz membalas dengan senyuman.

"kau jangan Harraz buat muka macho gitu,nanti aku bangun cium kan baru tau"katanya dalam hati.Cair hatinya melihat senyuman Harraz,belum makan tapi rasa dah kenyang.
Arissa masih lagi mengerling Harraz yang sedang menikmati sarapan,sesekali mata mereka bertaut....

"kau jangan duk goda aku wei,nanti kan tak pasal pasal nasi goreng ni aku suap kat lain"memang berangan sungguh la Arissa ni.
Puan Suraya dan Encik Mokhtar perasaan dengan gelagat anak mereka...mereka hanya tersenyum dan menggeleng kepala.

"ibu sengaja eh plan ajak Harraz datang sini tak bagitahu Arissa"bisik Arissa sambil membawa pinggan ke sinki dia dapur.

"saja jer bagi suprise kat anak ibu ni.."ujar ibunya selamba sambil mengelap meja.
Kelihatan Harraz sedang rancak berbual dengan ayahnya di dapur,sesekali terdengar suara hilmi mereka.

"malu la Arissa bu,dah la bangun lambat,pastu hampir terjatuh pulak..."bebelnya lagi sambil mencuci pinggan.

"tu la sapa suruh bangun lambat,sendiri malu sendiri la tanggung"kata ibunya sambil tergelak.

"ibu ni...ibu tahu ker kenapa Harraz datang sini?"Arissa mula bertanya.
Puan Suraya hanya mengangkat bahu dan tersenyum.

"tanya lah dia sendiri,ibu cuma ajak dia makan sarapan jer...yang lain kena tanya dia sendiri"pandai pula dia berpura pura tak tahu.
Sememangnya dia sudah tahu hajat kedatangan Harraz pada pagi itu,untuk menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan Arissa.

"tak apa tak nak bagitahu,biar Arissa tanya dia sendiri nanti"
Arissa terus ke ruang tamu tempat Harraz dan ayahnya berbual.
Perbualan Harraz terhenti seketika dengan kehadiran Arissa.

"amboi ayah tergelak sakan nampak ada yang lucu ker?"ujar Arissa sambil buat jelingan maut ke arah Harraz.
Harraz hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"tak adalah,saja berbual kosong dengan bakal menantu ayah ni"..dengan segera Encik Mokhtar menutup mulutnya kerana terlepas cakap.
Takut rahsia mereka terdedah.

"ayah kata apa tadi...bakal menantu...Awak dah setuju ker nak kahwin dengan saya?"dengan laju dia bertanya tanpa ada rasa gugup lagi.
Harraz terkejut terus mengangguk dan tersengih.

"ishh ank ibu ni gelojoh sangat ni,cakap perlahan suara tu sampai keluar boleh dengar tau"marah Puan Suraya bila tengok gelagat gelabah anaknya.
Arissa menutup mulut dengan tangan bila terdengar suara ibunya tadi.
Harraz tergelak lagi melihat telatah gadis yang bakal dia nikahi itu.

Keputusan dia untuk menikahi Arissa adalah jalan yang terbaik buat semua.
Mungkin Arissa dapat kembali membuka pintu hatinya yang sudah tertutup,tapi mampukah dia membahagiakan Arissa.
Adakah ini keputusan yang terbaik darinya...dia tidak mengenali gadis itu dengan masa yang lama,baru seminggu selepas pertemuan pertama mereka dan ini adalah yang kedua,mereka belum mengenali hati budi masing masing lagi...
Tapi hatinya terasa selesa dengan teletah manja dan nakal Arissa.
Lama dia mengenali Alia,namun jodoh mereka tak panjang...tapi Arissa berbeza perwatakan nya lebih kebudak budakan tetapi kadang kadang lebih matang dari usianya.

"lepas ni saya nak ajak awak ke butik Kak Azira,fitting baju nikah...sebab saya nak awk pakai baju pilihan awak sendiri..."katanya pada Arissa.

"ya ker,bestnya saya ingat awak nak suruh pakai baju yang kak lia tinggal tu.."luah Arissa.

"memang tak la,awak kena pakai baju nikah pilihan sendiri baru rasa ada jiwanya..tak kan asyik nak ambil bekas orang jer"ujar Harraz lagi.Dia tidak mahu lagi lihat apa apa benda yang berkaitan dengan Alia.
Semua kenangan bersama Alia ingin dilupakan perlahan lahan..

"baik jugak awak kan,ni yang saya suka tentang awak"

"sudah sudah lah Arissa menyakat Harraz tu..."
sapa ayahnya dari belakang.

"kalau awak dah siap jom kita pergi..."ajak Harraz.

"jap saya naik atas jap...nak buat something...masalah orang perempuan"
Arissa berlalu naiki anak tangga.
Harraz masih termanggu hairan apa pula laa masalah perempuan dia tak faham apa yang Arissa cakap.Seketika kemudian Arissa turun mendapatkan beg tangannya yang berada di kerusi.

"ok dah jom...ibu ayah kami pergi dulu ya"
usai menyalami ibu dan ayahnya mereka menaiki kereta.
.............

Harraz fokus kepada pemanduannya,sesekali mengerling ke arah gadis yang berada di depannya.

"tadi bukan main kecoh lagi ni kenapa diam jer"gumam Harraz.
Arissa kelihatan gelisah dan sesekali menekan perutnya menahan sakit.

"awak ok ker ni..macam gelisah jer"tanya Harraz

"saya ok jer cuma ada masalah perempuan jer..."sambil menekan perutnya,dahinya berkerut.

"dari tadi lagi awak cakap masalah perempuan...apaa tu?"tanya Harraz untuk kepastian.

"nak saya cerita ker?"Arissa bertanya.
Harraz cuma mengangguk dan sesekali mulutnya mengikut rentak lagu yang kedengaran di corong radio.

'cakaplah...saya dengar"

"nanti lah saya cerita..."balas Arissa dan terus memalingkan mukanya ke hala tingkap.

"pulak....tadi beria sangat nak cakap...."
Harraz,tersenyum melihat gelagat Arissa.
Arissa mencebik dan mengangkat bahunya.Tak ada mood nak cerita masalahnya...period pain jer pon bukannya apa...malu la nak cakap kat lelaki.
Tapi sakitnya hanya yang alami jer yang tahu,dengan perut sakit,pinggang macam nak putus adoiii!!.
Nasib kau lah perempuan....
Nanti sakit nak beranak pulak...
Arissa tersengih sendiri.

"aik tersenyum sendiri pulak"gamam Harraz setelah melihat telatah Arissa.

"jom kita dah sampai"
Arissa membuka pintu kereta dan turun menuju ke butik kakak iparnya diikuti Harraz.

"assalamualaikum..."sapa Arissa setelah memasuki butik Azira.

"waalaikumussalam...dah sampai pun adik"
Arissa kehairanan dengan keterujaan kakak iparnya itu.
Seolah kakak iparnya memang tahu kehadiran mereka pada hari ini.
Dia memandang ke arah Harraz...
Harraz mengangkat bahu dan berpura pura membelek baju yang tergantung.

"akak dah tahu ker kami nak datang sini"bisik Arissa sambil berpeluk kakak iparnya.

"hahah...Adik tak tahu lagi ker...yang kami memang dah tahu minggu lepas lagi...cuma sepakat nak suprise kan adik jer"

"aduh sakitlah"sambil Azira menggosok lengannya kerana dicubit oleh Arissa.

"kan dah kena,pandailah nak suprise adik,tadi dah la dia datang masa adik bangun lambat,lepastu nasib baik tak tersembam muka kat lantai sebab terkejut...tapi nasib baik hero datang menyelamatkan"pecah tawa mereka berdua.
Harraz yang sedang duduk di sofa depan hanya memerhati gelagat dua beradik itu.

"dah adik pilih lah mana yang berkenan,untuk buat yang baru memang dah tak sempat dah dengan tarikh nikah...yang ready stock jer ada...tapi adik try dulu...nanti nak ubah apa apa bagitahu akak" terang Azira.

Sambil berlalu menyiapkan kerjanya.

"tak apa lah akak ,adik pilih jer yang mana ada kat sini..adik tak kisah pon"Arissa terus membelek pakaian pengantin yang berada di depannya.

"nah try yang ni,nampak cantik"Harraz menghulurkan sepasang baju yang berwarna krim lembut kepada Arissa

"cantik...pandai awak pilih...ok saya try dulu"Arrisa mengambil dan terus berlalu pergi ke fitting room.

"wah adik sesuailah dengan adik,cuma kena bagi fit sikit..nanti akak suruh staff akak kecilkan"

"awak ok ker?"tanya Arissa pada Harraz yang dari tadi terpaku tanpa suara.
Ternyata pandai juga dia membuat pilihan untuk Arissa.Sesuai dengan bentuk badannya.

"awak...saya tanya ni...ok ker baju yang saya pakai ni?"

"hah!!cantik...ccantikk...."Harraz mengangguk terkejut apabila Arissa menghampirinya.

"hai Raz sampai terlopong mulut tu tengok Arissa..."Azira menyakat Harraz.
Harraz tertunduk malu.
Arissa ketawa melihat gelagat Harraz tadi.

" ok kak Arissa ambil yang ni lah...sebab ada orang yang pilihkan..."sambil matanya mengerling ke arah Harraz.
Harraz tersenyum sampai menampakkan lesung pipitnya.

"cair hatiku my hero...tolonglah jangan buat muka menggoda macam tu,aku tak tahan lawan nafsu ni"gumam Arissa sambil menepuk dahinya.
Azira tergelak melihat gelagat antara Harraz dan Arissa.

"moga kau bahagia dik"getus hatinya.

"ok kak...kami balik dulu nanti kalau dah beres akak call,biar adik ambik sendiri baju tu"
Sambil memeluk kakak iparnya.

"ya lah...elok elok Raz bawa anak dara orang tu...kamu berdua ni darah manis..."
Sambil mengerling ke arah Harraz.

"ya kak...InsyaAllah Raz hantar dia dengan selamat" sambil mengenyitkan mata ke arah Arissa.

"amboi main kenyit mata pulak ya"Arissa tersenyum nakal.
Mereka berlalu meninggalkan butik Azira..

Selepas menghantar Arissa,Harraz terus Pulang ke rumah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience