Sepanjang perjalanan Arissa tertidur.
Jelas kelihatan di wajah Arissa kepenatan.
"I Love you so much my love"sambil mengucup lembut tangan Arissa yang sedang nyenyak tidur.
Harraz terus kembali ke rumah mereka kerana jaraknya lebih dekat.
Harraz tidak sampai hati mengejutkan Arissa yang sememangnya tidak sedarkan diri daripada tadi,dia terus mencempung Arissa masuk ke dalam dan terus dibawa ke bilik mereka.
Arissa diletakkan perlahan agar tidak mengejutkan isterinya dari tidur.
Dia keluar mengunci kereta dan kembali ke bilik untuk menyucikan diri.
Arissa terjaga apabila Harraz sudah berada di kamar mandi.
"hmmm...mesti dia angkat aku sampai sini"bisik Arissa sambil bangun perlahan dan menyandarkan badannya dia kepala katil.
Badannya masih terasa lemah,kepalanya berdenyut denyut.
Tidak lama kemudian Harraz keluar dari kamar mandi.
"dah bangun my love?"dia menghampiri Arissa.
Harraz duduk berhadapan isterinya...dia renung wajah ayu di depannya,diusap pipi mulus Arissa.
"Biy...please pakai baju...lap kering air kat badan tu"Arissa malu bila dia tenung oleh Harraz.
"kenapa malu ker?"Harraz mencuit hidung Arissa.
"macamlah tak biasa tengok Biy macam ni"dia mencebik
"hmmm...tepi lah nak mandi..."Arissa menolak badan Harraz ke tepi.
Harraz pegang tangan Arissa rapatkan ke dadanya.
Arissa tersenyum...dia faham maksud pandangan mata suaminya.
"Biy...please Love penat ok...nak mandi..."rengek Arissa manja.
Harraz tetap menarik Arissa dalam pelukannya.
Kali ini Arissa mengalah membiarkan suaminya memeluknya.
Harraz mendongak kan muka Arissa selaras dengan mukanya.
"Biy minta maaf...sebab banyak susahkan Love...buatkan Love menangis dan nyaris kehilangan baby kita"diusap perut Arissa yang kini jelas kelihatan.
"Daddy minta maaf ya sayang sebab sakitkan mummy dan baby"di kucup perut Arissa.
Arissa ketawa kegelian.
"tak ada apalah Biy....benda yang tidak kita jangkakan....dah lah malas Love nak fikirkan"tutur Arissa lembut.
Harraz merapatkan bibirnya ke pipi mulus Arissa memberikan kucupan lembut kiri dan kanan.
Tidak lupa juga kucupan hangat singgah di bibir munggil Arissa.
Dikucup lembut menyalurkan kasih sayang dan cintanya pada Arissa.
Arissa membalasnya.Terasa tenang bila mendapat kucupan dari suaminya...
Lama mereka berkeadaan begitu...hilang rasa segala masalah yang melanda.
"emmm...dah...nanti lain pula jadinya...Love masih lemah ni...tenaga tak boleh mendayung ok"Sekali lagi Arissa menolak lembut tangan nakal Harraz yang mula menjalar ke dalam bajunya.
Harraz tergelak mengekek.
"alah rindulah...."dia buat muka kesian.
"nak mandi bye,solat and tidur......"Arissa pantas bangun segera menuju ke kamar mandi.
Dia ketawa melihat muka suaminya yang tidak berpuashati.
"pakai baju tu...tunggu malam esok "Arissa melaung dari kamar mandi.
"tak menyempatlah kau Harraz"dia menggosok belakang kepalanya sambil ketawa.
"promise?"pertanyaan terhenti tanpa jawapan dari dalam.
Dia bangun mengenakan pakaiannya.
Apabila Arissa Harraz sudah melelapkan matanya.
Selesai solat Arissa merebahkan badannya di sebelah Harraz.
Kali ini gilirannya merenung wajah suaminya.
Dia tersenyum sendiri....
Sungguh dia rindukan suaminya,dalam hanya dua tiga hari ini pelbagai masalah yang menimpa mereka,Allah uji mereka.
Dia mencium pipi suaminya yang kini mula di tumbuhi jambang yang tidak terurus.
"amboi skodeng orang tidur eh"suara garau Harraz mengejutkan Arissa.
"eh mana ada...cium sikit jer pun...rindu..."sambil merapatkan badannya ke dada Harraz.
"tadi kata tak mau...."Harraz mengeratkan lagi pelukkannya,sambil mencium ubun ubun Arissa menyalurkan kasih sayang dan cinta.
"bukan tak mau tapi letih...."kini dia berbantalkan lengan suaminya.
"dah, tidurlah Biy faham....esok kita ke rumah ibu dan ayah.."
Arissa hanya mengangguk tanda setuju.
Arissa mendongak sedikit apabila dagunya diangkat oleh Harraz.
Satu ciuman selamat malam singgah di bibirnya.
Terasa tenang dan nyaman berada dalam pelukan insan yang dia cintai.
"terima kasih Ya Allah kau kurniakan aku insan yang penyayang sepertinya,semoga hubungan kami kekal sampai ke liang lahad"Arissa panjatkan doa pada Illahi...
.............
.............
Erman ,Alia dan Amy sudah pun pulang je KL pada semalam juga.
Mereka memulakan rutin harian.
"hei Alia apa cer kau dengan macho man tu"tanya Amy selepas fotoshoot busana pengantin tadi.
"tak ada cerita apa pun...dia...."belum sempat Alia menghabiskan ayat terpacul muka budak cameraman memanggil Amy.
"kak Amy ada orang nak jumpa"
Alia dan Amy berpandang.
"hmm...buah hati kau lah tu..."Alia mencebik.
"ishhh,tak kan nak datang tak call?"Amy rasa kepelikan.
Dia terus berlalu meninggalkan Alia.
...........
...........
Seperti yang di janjikan Harraz membawa Arissa ke rumah mertuanya.
Mereka sampai disambut oleh Encik Mokhtar yang duduk di beranda luar.
"ayah...ibu mana?"dia menyuakan tangan untuk bersalam.
"ibu ada kat dalam tengah mandikan anak kak Zira kau tu"
Harraz turut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bapa mertuanya.
"Biy duk sini jap eh...Love nak masuk tengok baby baru"Arissa terus masuk ke dalam meninggalkan suami dan ayahnya di beranda.
Harraz tergelak melihat gelagat isterinya.
"duduk lah Raz kita borak kat sini"
Harraz duduk di bangku setelah di arahkan oleh mertuanya.
"ayah nak tanya ni...tapi jangan pula terasa....betul ker kau ditangkap khalwat kat Melaka haritu?"tanya ayah mertuanya dengan wajah tenang.
"Raz di perangkap ayah...tapi dah settle dah sebelum kami balik sini...dah dapat tangkap orang yang buat angkara"Harraz memberi keterangan.
"kau kenal ker pompuan tu?"tanya Encik Mokhtar inginkan kepastian.
Harraz serba salah untuk menyatakan.
"Ayah ni betul tak tahu ker atau saja nak menduga aku"bisik Harraz.
Dia tertelan liur dengar pertanyaan itu.
"abang Arif tak bagitahu apa apa ker pasal hal ni?"dia pula mengajukan soalan menduga betul ker yang ayah mertuanyal tidak tahu siapa yang ditangkap bersamanya.
"kami tanya tapi dia jawab perempuan gila..."
"hah...dia jawab macam tu...,betul lah tu ...tiba tiba masuk buka baju depan Raz lepas tu datang pegawai agama..."lega hatinya apabila Arif tidak memberitahu hal yang sebenarnya.
"baguslah macam tu...ayah bukan apa orang laki ni pantang digoda..."dalam maksudnya.
Harraz tersengih mendengar kata kata mertuanya seolah olah memerlinya.
"insyaallah ayah Raz tak macam tu...Raz sayang kat Arissa sepenuh hati,nak buat apa pun Raz fikirkan dia..."
"saja jer ayah nak menduga kau"jawabnya ringkas.
Harraz tersenyum kelat.Kecut juga perutnya bila bersua muka dengan ayah mertuanya begini.
"Biy tengok ni baby boy....cutenya..."Ariss datang membawa si kecil.
"elok elok bawa budak tu Arissa...dalam hari lagi tu"laung ibu dari dalam.
"ya ibu...."balas Arissa.
Dia duduk bersebelahan Harraz.Kelihatan wajah cerianya,begitu gembira dapat pegang si kecil itu.
"ololo cutenya muka macam kak Zira kan"tanya Harraz sambil mencuit pipi gebu anak kecil itu.
"emmm tak sabar nak pegang anak sendiri"bisiknya perlahan.
"nanti bolehlah tu ...tunggu yang dalam perut tu keluar nanti tak larat nak layan pulak"datang ibunya terpacul dari dalam membawa sedulang air.
"alah ibu buat susah pula"kata Harraz sambil menyambut dulang yang berisi air di letakkan di meja.
"nah pegang Love nak ke tandas jap"sambil menghulurkan sikit kecil ke riba suaminya.
Agak kekok Harraz nak memegang anak sekecil itu.
"elok elok anak orang tu..."pesan Arissa sampul berlalu ke dalam.
"nanti minggu depan datang sini bawa mama dan papa sekali ibu nak buat majlis untuk si kecil ni"pelawa ibu mertuanya.
"ok ibu...Insyaallah kami datang"
Kedengaran suara si kecil menangis,Harraz terkejut dan terus menghulurkan si kecil itu kepada ibu mertuanya.
"lapar susu lah ni...jom nenek bawa ke mama ya"
Ibunya berlalu ke dalam.
Tinggalah Harraz sendirian di beranda,ayahnya sudah pun berlalu pergi ke halaman belakang tadi.
Harraz menghirup kopi yang dibancuh oleh ibu mertuanya tadi.
"aik tinggal Biy sorang jer?"Arissa datang duduk di ribanya.
"hmmm berat lah mak buyung ni"
"alah dulu ok jer"Arissa buat merajuk sambil cuba bangun dari ribaan suaminya.
Harraz menarik kembali ke pangkuannya.
"merajuk lah tu...dulu sorang sekarang ni dah dua termasuk yang kat dalam ni"sambil mencium perut isterinya.
"Oii dah tua tua pun duduk atas riba lagi?"kedengaran suara garau dari arah belakang.
"hah...abang Arif...jealous lah tu yang dia tak boleh manja manja dengan wife dia"sambil merangkul kemas leher Harraz.
Harraz tergelak.
"emmm pantang 100 hari pulak"Arif mencebik sambil duduk di hadapan mereka.
"dik duduk bawah lah kesian Raz tu kau tu dah la berat...kesian abang tengok dah merah muka dia tahan berat adik tu"
"berat ker Biy?"Harraz mengangguk sambil ketawa.
"iyalah...Love duk bawah.."sambil memuncungkan mulutnya panjang sedepa
Arif dan Harraz tergelak melihat gelagat Arissa.
"tadi bukan ker abang tak ada...tiba tiba muncul ni dari mana?"tanya Harraz
"tadi ke kedai beli barang sikit..terus bawa masuk dapur"
"abang tak kerja ker?"
"kerja.. hari ni masuk lewat sikit"
"abang Arif...betul ker ayah dan ibu tak tahu dengan siapa Raz kena tangkap malam tu?"tanya Harraz perlahan seolah olah berbisik.
"tak...tak nak ayah terkejut...dah beres semua ker?"tanya Arif balik.
"dah...kami malas nak panjangkan cerita...dia mengaku kira ok lah..."ujar Harraz lagi.
Arissa cuma mendengar.
"Biy jap lagi ke rumah mama boleh tak ...rindulah kat mama...lama tak jumpa diorang"sambil melentukkan kepalan dia bahu suaminya.
"boleh gak...nanti kita singgah...rasa hari ni jer kita boleh luangkan masa ..sebab esok nak kena masuk office dah...banyak projek nak jena uruskan"
"Raz abang masuk dalam dulu jumpa Kak Zira jap lagi nak nak masuk kerja...."Arif menyalami abang Harraz.
"oh ya nanti minggu depan jangan pula ada majlis cukur jambul anak abang,datang tau!!"laung Arif dari dalam.
Harraz mengangkat tangan.
Arissa dan Harraz meminta izin untuk ke rumah mama dan papa.
"laa tak sempat makan tengahari kat sini"rungut ibunya.
"anak ibu ni mengidam nak makan mee sup dan cendol pulak ni...kena cari lah nanti muncung sedepa pulak"jelas Harraz sambil ketawa.
"lain kali lah ibu...lagi pun kami nak melawat mana dan papa pula lepas ni...nanti ada orang tu sibuk dah tak ingat kat kita dah"giliran dia pula memerli Harraz.
"hmmm..ya lah...nanti jangan lupa datang masa majlis tu"
Mereka mengangguk dan bersalaman.
Sebelum pergi sempat Arissa menjenguk si kecil dan kak Azira yang sedang nyenyak tidur.
..........
..........
Share this novel