Mereka turun ke bawah menaiki lif kerana bilik Harraz berada di tingkat 3.
Nak turun tangga jenuh laa bermengah mengah.
"jom Arissa duduk makan...semua dah sedia.."
ibu mertua mempelawanya duduk di meja makan
"sorry mama,papa...lewat...tadi ada orang yang suruh temankan dia main gim...tunggu sampai terlena kita"sambil mengerling ke arah Harraz.
Harraz mengangkat kening sambil tersengih gatal.
"tak ada apalah...semua ni pun mak Esah dan kak imah yang sediakan bukan mama yang buat"
"mama ni masak seminggu sekali jer..tu pun kalau papa ada rumah...kalau tak memang tak masak lah ...diorang ni bukannya lekat kat rumah sibuk manjang"
panjang lebar penerangan dari mertuanya.
Arissa hanya mengangguk sambil tersenyum.
Rumah besar,tapi seolah olah kosong tanpa penghuni.
Patutlah orang dulu dulu terutamanya yang duduk di kampung suka beranak ramai ramai supaya lebih meriah.
Tapi itu dulu dulu laaa sekarang di bandar ataupun di kampung hampir sama dah tak suka beranak ramai ramai...buat family palaning...
"ha Raz tak ada plan honeymoon mana mana ker.?"tanya papanya pula.
"buat masa ni Raz tak ada apa apa plan lagi pa"
jawab Harraz sambil menyuap roti ke mulutnya.
"elok lah pergi cuti mana mana dulu...cari pakej ...tak jauh ...dekat dekat pon ok juga...nanti bila start kerja sibuk pula..."
papanya memberi cadangan.
"nantilah kami bincang dulu pa mana nak pergi.."
sambil mengerling ke arah isterinya.
"papa kau ni Raz dah nak suruh masuk kerja lah tu..."perli puan Sri suaminya.
Tan sri Rahman tergelak kecil.
"oh ya lupa nak cerita hubby....minggu depan saya pun dah nak kena masuk kampus balik dah..."Arissa mula bersuara.
"laa cepatnya...."ujar Harraz
"elok lah tu honeymoon minggu ni..."sampuk ibu mertuanya.
"Arissa tak kisah mama honeymoon mana mana pun..."ujar Arissa
"oh ya love kat uni tu ambil coz apa ya...biy pun tak tahu lagi ni..."tanya Harraz.
Perkenalan mereka terlalu singkat hingga masih banyak perkara yang dia tidak tahu antara masing masing.
"agak agak hubby apa?"tanya Arissa sambil mengangkat kedua keningnya.
Orang tanya dia,dia pula yang tanya kita.
Harraz menggelengkan kepala dan mengangkat bahunya.
"ID...interior Designer..."dia menjawab bersahaja.
"wah dah jodoh kau Raz dapat wife sama bidang..."spontan ayat yang keluar dari mulut Tan Sri.Siap tepuk tangan lagi.
"lepas ni tak payah nak cari kerja tempat lain dah terus masuk office papa"dengan nada gembira bapa mertuanya bersuara.
Puan Sri yang berada di sebelahnya turut tersenyum.
"emmm nampaknya satu office anak menantu..."ujar Puan Sri pula.
"betul tu...lepas ni kita kerja bersama..boleh jumpa hari hari"sambil mencuit hidung Arissa.
Perbualan mereka di meja makan riuh dengan gelak ketawa.Pecah kesunyian rumah itu.
................
Selepas meninggalkan meja makan tadi Arissa terus naik ke bilik.
Harraz masih lagi bersembang dengan papanya tentang hal kerja.
Arissa mengeluarkan bajunya dari bagasi yang dibawa dari rumah terus memasukkan dalam almari.
tiba tiba Harraz datang melingkari pinggang nya dari belakang sambil dagunya dirapatkan dia bahu Arissa.
"emmm bila masa biy masuk..."sambil tangannya menyangkut baju yang ada ditangannya.
"love kita pergi pulau nak?"tanya Harraz tangannya masih lagi berada pada pinggang isterinya.
"pulau...pulau...best gak...apa kata pulau Tioman...?"cadang Arissa spontan.
"ambil pakej 3hari 2malam..."sambil jari telunjuknya menepuk nepuk pipinya.
"mana cukup 3hari 2malam...."Harraz pintas laju sambil ambil tempat di birai katil.
Di ikuti Arissa duduk di sebelahnya.
"laa ok lah tu...mana boleh lama lama love kan nak balik uni dah nanti..."terang Arissa lembut.
Harraz masih diam membatu,
"ni last sem ...banyak kerja lagi...assignment..exam...pening laaa...ni pun kalau boleh saya nak balik rumah sewa tau"
"amboi nak tinggal biy sorang sorang kat sini ker?"sambil memegang tangan isterinya dia letakkan di ribanya.
"kalau duduk ngan kawan kawan boleh study group...kalau duduk dengan biyyyy...jadi study benda lain..."sambil jarinya membuat bulatan di dada Harraz.
Dia ketawa kecil..Harraz turut ketawa dengan kelakuan isterinya.
"tak boleh biy tak izinkan...biy rela hantar dan ambil love hari hari tau..."
"sejam juga laa dari rumah ni dengan kampus...nanti penat duk ulang alik..."
"kalau jauh kita sewa rumah yang berdekatan...senang cerita...lagi pun kalau dengan tempat kerja memang tak jauh pun...."
"pulak...suka hati biy lah yang penting bahagia"
Arissa buat mulut sengit...
Tak kisah lah kalau itu yang suami dia inginkan,dia turutkan aja yang penting dia kena habiskan juga pelajarannya.
"ok dah settle,esok kita bergerak ke pulau...honeymoon..."...Harraz lega kerana Arissa tidak membantah kata katanya.
"oiii lajunya buat kerja...esok...maknanya dah kena kemas baju laa harini"keluh Arissa
"alah bawa yang penting jer...nanti kita shopping laa kat mana mana mall dalam perjalanan..."
"tapi pompuan ni semua benda penting tau bila berjalan...bukan macam laki...kadang kadang spender pun tak pakai"
"yang tu biy pakai eh...mana boleh jalan tergoyang hayun sana sini...orang nampak jatuh lah macho.."
dengan spontan Arissa ketawa melihat reaksi suaminya...
Harraz gelihati melihat Arissa yang menekan perut menahan ketawa turut pecah tawanya.
p/s:cerita bab ni sampai sini dululah...dah happy happy...fasa berkenalan...mereka ni kan bercinta lepas kahwin....tunggu bab seterusnya nanti
Share this novel