"wow my sweet...you look so beautiful"
sapa Erman sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah.
Erman merancang makan malam bersama Alia.
Seluruh restoran mewah di hotel terkemuka .
Sudah beberapa kali ajakan Erman ditolak,tapi kali ini batu tergerak hati Alia untuk menerima perlawaan lelaki itu.
"please sit down my sweet"
Alia menurut.
"you tempah semua tempat ni ker?"
tanya Alia sambil memandang sekeliling.
Yang kelihatan hanya waiter dan waitress sahaja.
"yup for yours only,my sweet lady"Erman masih bermulut manis.
"membazir jer...but i like it"
Datang pelayan membawa makanan.
"well jom kita makan..I dah tempah untuk kita...hope you suka"
Alia cuma mengangguk.
"romantik you kan"
Erman tergelak kecil.Matanya masih lagi tertumpu pada Alia.
"cantik,sexy..."gumam nya.
Selesai makan masuk seseorang dengan sebuah biola.
Dia bangun dari tempat duduknya terus menghulurkan tangan ke arah Alia
Tanganya disambut.
Mereka menari mengikut irama.
"I ada something untuk You"sambil menghulurkan bekas yang berwarna merah.
Alia menyambutnya.
"bukalah"
"cincin?apa maksud you?! Alia berlalu duduk semula di kerusi sambil merenung cincin bertahtah berlian di tangannya.
"I nak lamar you jadi suri hidup I"ujar Erman duduk berhadapan Alia.
"gila ke apa baru 2kali jumpa dah lamar orang"gumamnya.
Orang lain mesti teruja bila ada lelaki melamar tapi hatinya tak rasa apa apa.
Alia masih lagi diam.
"pelik kan You baru jumpa dah ajak I kahwin...You tak kenal pun kan siapa I and I pun belum kenal siapa U yang sebenarnya"ujar Alia
Erman ketawa kecil.
"kita boleh kenal nanti...orang kata bercinta lepas kahwin best"Erman mencuba nasib.
"You tau ker I ni siapa?"tanya Alia ragu ragu.
"tahu...super model terkenal...yang banyak kontroversi....yang hot yang sexy seperti yang ada depan I sekarang ni"
"You dah tahu..tapi masih nak lagi...I ni bukan baik sangat"
"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...dan perempuan yang tak baik mungkin macam lelaki yang macam I ni"sambil menunjuk ke dirinya sendiri.
Alia tersenyum sinis.
"pelik mamat ni..."gumam Alia.
"macam ni lah You simpan dulu cincin ni,kalau You rasa dah sedia,You pakai...I akan tunggu.."
"bila saat You pakai cincin ni maka I anggap You terima lamaran I"
"Tapi I tak janji..."jawab Alia ringkas.
"Mana mungkin aku harus berjanji kerana hatii dan perasaan aku kini bercelaru....Harraz kembali dalam fikiran ku..."desis hatinya.
Dia memasukkan cincin ke dalam tas tangannya.
"I simpan dulu bagi I masa..."ujarnya ringkas.
Erman mengangguk sambil tersenyum.
Adakah harapannya masih ada untuk memiliki Alia.
Pertemuan pertama membuatkan hatinya jatuh cinta walaupun tahu latar belakang gadis itu.
"jom hantar I balik esok I kena bertolak ke Melaka..ada show kat sana"
"alah cepatnya...tak sempat nak bermesra"katanya sambil melirikkan senyum .
"banyak lagi masa...You tau kan kerja I macam mana...selalu kena outstation...jarang ada rumah...start now You kena faham karier I macam mana...kalau tak hubungan kita tak ke mana"kata Alia sambil mengangkat bahunya.
"ok I cuba..demi You...my sweet..."sambil mencuit hidung Alia.
Alia tersenyum sinis.
"aku tak minat orang yang suka mendesak dan memaksa aku...macam Harraz..."gumamnya
"jom.."Erman menghulurkan tangannya.
Alia menyambutnya.
...........
..........
Sudah masuk 4 bulan usia kandungan Arissa,perutnya sudah sedikit kelihatan dan masih lagi mengalami alahan ...setiap kali makan pasti memuntahkan balik isi perutnya.
"uwekk!!uwekk!!
"love,kesian nya Biy tengok...jom kita ke klinik...risaulah tengok love macam ni"Harraz menggosok belakang isterinya.
"kejap lagi ok lah..."jawab Arissa sambil duduk di sofa.
"Biy pergilah office...love ok jer kat rumah.."
"macam mana nak ok...tengok love macam ni...risau tau"kerisauan jelas kelihatan di wajahnya.
"bibik kan ada...dia boleh jaga...sekarang ni jarang Biy masuk office..."
"tak apa PA Biy boleh handle"sambil memicit kepala Arissa.
"kalau macam tu apa kata kita pergi rumah ibu...teringin lah nak makan nasi dagang yang ibu buat"
"hah makan lagi?!
"kenapa tak nak...ok Biy pergi kerja Arissa nak tidur"
terus dia berlalu pergi ke atas .
Dia terus naik ke atas dengan laju tanpa berfikir yang dia tengah mengandung.
"aduh ibu Arissa jalan tu jangan ribut ribut nanti kejatuhan!!"laung bibik yang kebetulan lalu di situ"
"aduh Pak ..ada apa apaan sih...sampai nya ibu Arissa jadi begitu....ibu kan lagi hamil...jangan di kasi stress..."bebelnya lagi.
"salah faham jer .."sambil tersengih.
Apa lah kau ni Harraz asyik lupa jer yang isteri kau ni tengah hamil...kerenah sering bertukar.
"laa tunggu apa lagi sih pak ...ayuh dong pujuknya...bahaya di dalamnya sendirian"
ujar bibik lagi sambil mengelap lantai.
"ya,ya, saya pergi..."sambil mengangguk dan berlalu ke atas
Pintu bilik dikunci dari dalam
"love bukak pintu ni...Biy minta maaf...salah tanya tadi...ok kejap lagi kita ke rumah ibu...kita tidur sana...suruh ibu masakkan nasi dagang untuk love...tapi Biy nak kena pergi office jap nak serah dokumen mesyuarat."!!jerit Harraz dari luar bilik.
"Biy pergilah kerja...love tak nak....dah merajuk..."
suaranya serak kedengaran
"love...bukak pintu ni...please...Biy minta maaf...please..."rayu Harraz.
Arissa bangun membuka pintu dari dalam.
"love please jangan nangis....nanti kita ke rumah ibu...Biy lupa yang isteri Biy ni sensitif...daddy minta maaf ya sayang..."sambil mencium perut Arissa.
Arissa tergelak kecil apabila terasa geli.
" dah jangan nangis tak elok..senyum sikit.."dia mencium pipi Arissa lembut.
Arissa tersenyum.
"hmm baru cantik..."sambil mengelap airmata isterinya.
"betul ker nanti ke rumah ibu....tidur sana?"Arissa mula bertanya.
Harraz mengangguk sambil meletakkan kepala Arissa ke dadanya dan mencium lembut ubun ubun Arissa
"kesian kat suami aku..."gumamnya sendiri.
"nak ke mana tu?"
"kemas baju lah...tadi kan kata nak balik rumah ibu"
"lajunya...ok lah Biy gerak ke office dulu serahkan dokumen kat PA...nanti kita jumpa jap lagi"
"ok..bye..Biy..."
Senang hati Harraz lihat wajah Arissa kembali ceria..
Dia segera mengemas pakaian ke dalam beg pakaian.
Gembira rasanya dapat jumpa ibu dan ayahnya.
Harraz berlalu pergi ke pejabat untuk menguruskan beberapa dokumen penting sebelum bertolak ke rumah mertuanya.
Share this novel