Hari yang dinanti sudah pun tiba.
Perkahwinan antara Harraz dan Arissa diadakan di rumah sahaja.
Perancangan di atur dengan begitu sempurna oleh kakak iparnya selaku perancang perkahwinan sebelah pihak perempuan.
Majlis dijalankan sederhana yang di hadiri oleh keluarga terdekat dan jiran tetangga dengan begitu meriah sekali.
"saya terima nikahnya Nur Arissa binti Sulaiman dengan mas kahwin yang tersebut tunai"
satu ungkapan yang menyatukan antara Arissa dan Harraz pada hari bersejarah itu.
Satu titisan jernih mengalir di pipi Arissa,dia lega dan terharu kerana akhirnya dia sah menjadi isteri kepada suami nya Harraz,walau tanpa cinta di hati lelaki itu.
Dia yakin akan lahirnya cinta di hati suaminya bila sampai waktunya.
Dia akan menanti saat perkataan "i love you",dari mulut suaminya nanti.
Selesai majlis akad nikah Harraz menghampiri Arissa yang sedang duduk di pelantar pelamin,
seutas rantai tangan di pakaikan tanda acara membatalkan air sembahyang.
Arissa mencium tangan suaminya dan kucupan lembut diberikan oleh Harraz di dahi isterinya.
Terasa bagai mimpi baginya...hari ini dia disatukan dengan seorang gadis yang tidak dicintainya...seorang yang baru dikenali sejak dua bulan yang lalu..sepatutnya hari ini adalah penyatuannya dengan Alia...tapi yang ada di depannya Adalah Arissa.
Pelik tapi inilah realitinya kita hanya merancang tetapi hanya Allah yang menentukannya.
"ok lepas ni ada majlis sanding jadi akak nak adik dan Harraz masuk bilik tukar baju sanding"arah Azira kepada pasangan pengantin baru itu.
Mereka terus berlalu ke kamar untuk menukar baju sanding
"aduh macam mana nak bukak ni...zip kat belakang.."getus Arissa yang dari tadi cuba menarik kebawah zip baju yang dipakainya.
Dari belakang tanpa dia sedari Harraz sedang memerhatinya.
"nak saya tolong bukak kan ker?"tanya Harraz
"hah!?"dengan nada terkejut dia menoleh di belakangnya,dia terlupa bahawa suaminya pun turut masuk ke biliknya tadi.
"macam mana la aku boleh lupa yang tadi dia masuk skali tadi"
"mari sini saya tolong.."tanpa jawapan dari Arissa,Harraz terus menghampirinya terus membuka zip baju yang di pakai oleh Arissa.
Arissa cuba mengelak tapi Harraz berkeras memegang pinggang Arissa.
Tanpa sepatah kata pun Arissa membiarkan suaminya berbuat begitu.
Dia gugup dan tergamam dengan tindakan lelaki yang berada di depannya itu.Jantungnya bagai nak luruh ke bawah,rona wajahnya bertukar merah,sejuk beku rasa badannya .
Arissa masih kaku berdiri tanpa sedar yang bajunya telah terbuka menampakan bra yang dipakainya...
Harraz tertelan air liur melihat belakang isterinya
"sabar Harraz ni baru belakangnya,belum lagi yang depan dan yang lain lagi kau dah telan air liur..."Harraz terkedu sendirian.
tok!tok!
ketukan dari luar mengejutkan mereka..
"laaa tak siap lagi..jurugambar dah tunggu tu"
tersembur Azira dari pintu
"tengah nak tukar baju ni..."Arissa bersuara tergagap-gagap terkejut dengan kedatangan kakak iparnya.
Azira menggeleng sambil tersenyum,menutup pintu bilik dan berlalu pergi.
Kelihatan Harraz telah berlalu pergi ke kamar mandi untuk menggantikan bajunya.
Arissa terus mencapai baju sanding dan menukarnya...sementara suaminya masih di kamar mandi...tapi masalah kembali lagi apabila baju itu pun perlu pertolongan orang untuk menutup....
Sekali lagi Harraz datang menghampirinya tanpa izin Arissa,Harraz datang dari arah belakang....
"sebenarnya pandai jugak kan orang yang cipta baju yang kena zip di belakang ni...."tangannya ligat menarik zip pada baju Arissa.membisik perlahan di telinga Arissa yang dari tadi dengan mulut ternganga.
Boleh ambil kesempatan ...
"awak jangan duk usyar yang lain pulak ehh"terkejut Harraz yang asyik mengamati setiap inci badan isterinya.
Harraz menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"aku ni dah kenapa...."gumam Harraz
"dah jom turun,nanti tak pasal pasal pulak tetamu fikir yang bukan bukan,belum malam lagi dah masuk bilik"Arissa menarik tangan suaminya.
Harraz membiarkan sahaja Arissa berbuat demikian.
Apa nak kisah lagi...mereka kan dah jadi suami isteri yang sah...
Mereka jalan beriringan sambil berpegangan tangan menuruni tangga demi anak tangga.
Semua mata tertumpu pada mereka...memuji kecantikan dan ketampanan pasangan itu.
"ok lah Puan Suraya dan Encik Mokhtar...majlis pon dah selesai,tetamu pun dah pulang,jadi kami minta izin balik dulu lah ya...nanti jangan lupa majlis sambut menantu belah pihak laki pulak"
jelas Puan Sri sambil bersalaman meminta izin pulang setelah selesainya majlis akad nikah dan sanding anak menantu mereka.
"iyalah...pihak kami minta maaf lah andai ada apa yang kurang,tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar"balas Puan Suraya
"tak ada apa yang kurangnya Puan Su..malah kami berterima kasih sebab semuanya berjalan dengan lancar...moga moga tak adalah masalah lain lepas ni"ujar Puan Sri.
"Raz ,papa dan mama balik dulu ....sekarang ni anak papa ni dah ada isteri,jangan lupa tanggungjawab dah bertambah,jaga hati isteri,hati mertua..."
Tan Sri Rahman menepuk bahu anak lelakinya.
"ya papa,mama InsyaAllah"jawab Harraz pendek sambil memeluk papanya.
"Arissa nanti datang rumah mama dan papa..."
Puan Sri memeluk Arissa.
Mereka mengiringi mereka sampai ke kereta...
Mereka melambai sampai bayangan kereta tidak lagi kelihatan.
"amboi pangantin baru ni...tak nak masuk lagi ker!?"sergah Arif dari belakang
"adik ajak Raz tu masuk...tak elok pengantin baru berembun kat luar "kata Arif sambil ketawa.
"jom my hubby masuk..."
Harraz terkejut apabila perkataan keluar dari mulut Arissa.
Cepatnya tertukar panggilan.
Kau biar betul Arissa.
Arissa mengangkat keningnya sambil tersenyum melihat reaksi Harraz yang terkejut.
Share this novel