Waktu maghrib Arissa sampai di rumah ibunya.
Tadi bukan setakat serahkan dokumen penting kat office tapi Harraz kena handle beberapa perkara penting lain lagi.
Lama Arissa menunggu tadi
"ibu...rindunya...."Arissa memeluk Puan Suraya.
"ibu sihat?"tanyanya lagi sambil menyalami tangan ibunya.
"sihat alhamdulillah..daripada tadi call maghrib baru sampai?"tanya ibunya
"Raz pergi office tadi ada hal sikit.."
Arissa menjeling ke arah suaminya.
"ni pun ada orang merajuk ibu...
ayah mana ibu?"Tanya Harraz sambil mengerling ke arah Arissa yang masam mencuka.
"ayah ke surau lepas isyak nanti balik lah tu...dah jom masuk dalam tak elok berdiri kat luar waktu maghrib ni"
Puan Suraya mempelawa masuk.
"dah solat belum?"
"belum ibu...Arissa nak mandi dulu.."Arissa terus ke biliknya tanpa memperdulikan Harraz.
"ya lah ...pergi mandi nanti solat tunggu ayah balik kita makan sama"
Mereka berlalu pergi ke bilik.
Harraz turun mengambil beg pakaian di belakang but kereta.
"oiii beratnya Love bawa apa ni sampai berat macam ni?"tanyanya pada Arissa sambil membawa
"bawa batu..."jawabnya selamba sambil berlalu masuk kamar mandi.
Harraz tergelak kecil melihat gelagat isterinya.
"sabar jelah Harraz..."bisiknya sendiri.
selesai mandi dan solat mereka keluar untuk makan malam bersama ibu dan ayahnya.
"jom Raz,Arissa makan sekali"
Ajak ayahnya.
"ni tidur sini ke malam ni..."tanya ayahnya.
"ya Ayah ada orang tu nak ngidam mau makan nasi dagang katanya"sambil mengerling ke arah Arissa.
"tadi sampai nangis nangis"perlinya lagi.
"aduh!!Arissa mencubit lengan suaminya.
Harraz menyeringai kesakitan.
"hah kan dah kena...malu lah cakap kat ayah macam tu"
Ibu dan ayahnya tergelak.
"Arissa tak baik buat suami macam tu..."
Arissa tertunduk diam sambil menjeling tajam ke arah suaminya.
Harraz hanya tersengih.
"dah biasa ayah...habis dah lebam badan Raz asyik kena cubit jer..."sambil buat muka kesian.
Arissa mencebik.
"esok ibu buat...bahan bahan ibu beli dah tadi...pagi esok kita sarapan makan nasi dagang..abang Arif pun datang nanti,ibu dah call diorang ,dah makan lah lauk dah sejuk ni..nanti tak sedap pula"
"Arissa tak ada selera lah ibu..."
"laa merajuk pula ker?,kesian ibu masak ni...makan lah sikit kesian baby dalam perut tu"Harraz cuba memujuk.
"makan lah sikit Arissa tak elok perut kosong.."ibunya pula bersuara.
"Biy suap ya.."sambil menyuakan nasi ke mulut Arissa.
Ayahnya hanya tersenyum dan menggelengkan kepala tengok kerenah anak menantu di depannya.
"untung kau Arissa dapat suami sebaik Raz"gumam Puan Suraya.
Tiba tiba Arissa berlalu ke sinki dapur dan terus memuntahkan balik isi perutnya.
Harraz terus bangun mendapatkan Arissa dan menggosok belakang isterinya.
"macam ni lah ibu...setiap kali dia makan mesti muntah...kesian Raz tengok..."sdikit kebimbangan di wajahnya.
"alahan kuat sangat ni...tak palah biar ibu bawa Arissa kat dalam buh minyak angin...Raz sambung makan dulu"
"ya lah ibu.."jawab Harraz berlalu pergi ke meja makan semula.
Puan Suraya terus berlalu membawa anaknya ke bilik.
"Ibu tengok Raz tu sayang sangat kat Arissa...anak ibu ni pun jangan duk tarik muka jer kat Raz tu...tak elok...tadi pucat semacam jer muka dia tengok Arissa muntah...tinggal makan sebab tengok isterinya muntah.."panjang lebar bebel ibunya.
"entah lah ibu sejak hamil ni Arissa macam macam perasaan timbul,nak marah,nangis...tu la kesian tengok kat dia tahan jer kerenah Arissa"
"lain kali nak marah ker apa istighfar banyak banyak...jangan bagi suami pun stress bahaya..."
pesan ibunya sambil urut belakang anaknya dengan minyak.
"baik lah ibu...Arissa dah ok nak keluar tengok abang Raz jap"
"iyalah ibu pun nak keluar buat teh kat diorang "
Apabila keluar dari bilik ibunya kelihatan Harraz berada di beranda luar sembang dengan bapa mertuanya.
Arissa ambil keputusan untuk berehat di dalam tidak ingin mengganggu perbualan mereka.
"amboi ralit anak menantu duk menyembang...minum Raz...makan tadi kenyang ker tak?"
datang ibu mertuanya menatang air.
"alhamdulillah ibu..kenyang sangat...mana Arissa ibu"sambil memanjangkan leher mencari isterinya.
"tadi katanya nak keluar sini...kat dalam lah kut tu...orang hamil Raz..ibu harap Raz sabarlah dengan perangai dia...hormon tak stabil..pembawakan macam ni lah.."pesan mertuanya.
"Raz tak kisah ibu...Raz faham...cuma kadang kadang tu rasa tak logik pun ada"rungutnya.
"ni baru sorang anak nanti tunggu yang kedua,ketiga tak tahulah kau Raz...sabar tu penting"sambung bapa mertuanya pula.
Harraz tertawa mendengar kata kata mereka.
Ibu dan ayahnya pun turut ketawa.
"ibu,ayah Raz masuk dalam dulu...tengok mem besar buat apa...nanti masuk lambat kang marah pulak"
"iyalah..kami pun dah nak tidur ni"
Dia berlalu menuju ke bilik.
Di kuaknya pintu perlahan lahan
"assalamualaikum my love dah tidur
ker?"perlahan lahan di menghampiri katil.
Arissa sedang baring sambil tersenyum ke arahnya.
"lega Biy tengok love dah senyum..."sambil duduk di birai katil.
"lama sembang...mengata love eh"
"tak lah berbual kosong jer...lama tak jumpa biasalah anak menantu"sambil mengelus lembut rambut Arissa.
"hmmm"
"Biy lapar lah...tadi muntah..."rengeknya manja sambil letakkan kepalanya dia atas peha Harraz.
"lapar...ok love nak makan apa...Biy buatkan...tapi please jangan minta yang pelik pelik boleh"dia risau apabila Arissa minta sesuatu yang susah nak cari nanti.
"hahaha takut eh...love nak susu jer...kan minta burger kata tak boleh pula"sambil mencebik
"kalau susu boleh...kalau burger tu Biy cari esok sebab dah lewat dah"
Arissa mengangguk sambil tersenyum.
"tapi love bawa ker susu tadi?"
"ada kat dalam beg tadi"
Harraz bangun mengambil susu dan membawa ke dapur untuk dibancuh.
"nah for my lovely....minum lepas tu tidur"sambil menghulurkan segelas susu.
"thanks My Hubby..."
"ok dah...love ke dapur jap nak letak gelas..."
"eh..eh...tak payah biar Biy yang pergi letak kat dapur..love just stay here" sambil mengambil kembali gelas di tangan Arissa.
"laaa..."
dia berlalu ke dapur sambil mengenyitkan matanya kepada Arissa.
"gatal"Arissa mencebik sambil tersenyum.
"ok dah sekarang masa untuk tidur"
"Biy....love minta maaf ya sebab banyak sangat susahkan Biy..."Arissa mula bersuara sedih sambil meletakkan kepalanya di dada Harraz.
"mana ada susahkan pun...love kan mengandung...anak Biy juga..."sambil mengusap perut Arissa lembut.
"love harap Biy sayang love,cinta love sampai akhir hayat ya...tak nak Biy pandang pompuan lain even love dah tak cantik lagi"sambil jarinya membuat bulatan di dada kekar suaminya.
"mana ada Biy pandang pompuan lain...Biy jeling jeling sikit jer...."jawab Harraz nakal.
Air muka Arissa mula berubah...dia mengigit dada Harraz.
Harraz menyeringai kesakitan.
" aduh sakitnya....sorry sorry Biy gurau je lah...Biy ni jenis yang setia tau...mana mungkin Biy pandang pompuan lain andai bidadari sudah ada di depan mata"sambil mengucup lembut ubun ubun Arissa.
Harraz merebahkan badan Arissa di bantal,membetulkan kedudukan tidur mereka.
Di elusnya lembut pipi dan dicium.
Di tarik Arissa rapat dalam pelukan.
"kasih,sayang dan cinta Biy hanya untuk love dan anak kita"bisiknya di telinga Arissa.
Arissa mendongak memandang tepat ke mata Harraz,pandangan mata mereka bertaut seolah lahir cinta pertama di mata mereka.
Ciuman singgah di bibir munggil Arissa.
Arissa tersenyum....
kini Arissa membalas ciuman hangat...mereka hanyut kembali di lautan asmara.
P/S: tak boleh cerita panjang dah hal dalam kelambu...faham faham jer lah apa mereka buat
Share this novel