bab 4

Romance Completed 28747

Hari ini Arrisa pulang kerumah selepas sekian lama berada di kampusnya.Seronok rasa hatinya dapat pulang bertemu dengan keluarga yang dirinduinya selama ini.
"ibu,rindunya dekat ibu"Arissa memeluk ibunya dengan erat,mencium tangan dan pipi ibunya terasa amat rindu pada ibunya selama ini terlerai sudah.

"dah lah,lemas pulak ibu nanti"sapaan suara dari belakang mengejutkan Arissa.

"ayah...apa khabar?"dia menerpa ke arah ayahnya dan mencium tangan encik Mokhtar.

"ayah sihat,ni balik tak khabarkan orang ni apasal"

"saja laa,kalau beri tahu tak suprise laa"Arissa berbicara riang.
Perwatakan Alia dan Arissa cukup berbeza sekali.
Arissa tidak pernah sekali pon bersuara kasar dengan orang tuanya,setiap patah perkataan dan arahan dari orang tuanya tidak pernah dia ingkari.

Cukup mudah dia di ajar untuk mentaati orang tua,berbeza dengan Alia yang keras kepala.Setiap perkataan yang keluar dari mulut nya pasti menyakiti hati orang lain.

" ni balik lama ker?"ujar puan suraya sambil tangannya menghulurkan air kopi untuk suaminya.

" lama lah jugak,sebab cuti sem,lepas ni dah nak final exam."ujar Arissa sambil mengunyah karipap.

"eloklah tu boleh jugak tolong ibu dan kak zira kau tu handle urusan kahwin kak Alia kau"encik Mokhtar berbicara sambil menghirup air kopi.

"oh ya cakap pasal kahwin...bila tarikhnya...kalau sempat bolehlah Arissa tolong mana yang patut"

"bulan depan...tapi kakak kau tu buat tak tahu jer,bila orang cakap pasal kahwin buat alasan macam-macam pulak" puan Suraya bersuara.

"kenapa pulak,tak nak kahwin ker?kalau dia tak mahu biar Arissa yang kahwin"sambil ketawa.

Kata katanya itu mengejutkan puan suraya dan encik Mokhtar.Mereka berpandangan.

"Arissa gurau jerlah ibu,ayah....kut kut Kak Alia tak nak,dengar kata tunang kak Alia macho"Arissa menutup mulutnya,sambil ketawa.

"jangan duk gurau main adik nanti jadi sungguh kan baru ada akal"sapaan dari belakang Arif abangnya suami pada kak Azira.

"abang arif,kak Azira,bila sampai?"dia bangun bersalaman dengan mereka.

"adik gurau jer,kan baru meriah"

"kak Zira mana budak budak tak bawa ker adik rindu laa kat diaorang"

"tak bawa tinggal kat rumah pengasuh,ni kak Zira singgah pon nak hantar baju nikah Alia" sambil menghulurkan baju nikah Alia kepada puan Suraya.

"tengok ni baju nikah pon orang yang hantarkan,sibuk mengalahkan menteri"bebel puan Suraya.

"tak apalah ibu,lagipun kebetulan Abang Arif ni tak kerja,tu yang Zira hantar sendiri,baju Harraz dia kata mamanya akan ambilkan"
"Ooo jadi Harraz ler nama jejaka pujaan kak Alia" gumam Arissa sendiri.

"hai adik abang tengok duk tenung semacam jer baju tu,berangan nak nikah dah ker"lamunan Arissa terhenti.Marah padam mukanya menahan malu.

"terpesona melihat kecantikan baju tu,kalau kak Alia pakai mesti lagi cantik"katanya menutup malu.

"kak Zira nanti adik kahwin kak buat untuk adik cantik macam ni tak?"Arissa mulakan pertanyaan.
Semua memandang ke arahnya.

"eh mestilah nak design macam mana cakap jer,kak Zira tunaikan"kata Azira.

"amboi amboi adik abang ni dah sedia ker nak kahwin..dah ada calon ker?"Arif memicit hidung Arissa.

"aduhh,sakitlah...calon tu on the way,tapi klu dalam mimpi tu ramai"...semua ketawa mendengar teletah Arissa.

Sudah lama rasanya rumah mereka kesunyian tanpa hilai tawa.
Rumah mereka kembali bersinar apabila sekembalinya Arissa.

"tapi kan abang ada ker prince charming yang nak kat adik,adik ni tak lah secantik kak Alia,tapi manis tu ada lah"

"uiii nak prince charming ker?pendek kata lambat lagi lah kut adik kahwin...klu nak tunggu putera datang meminang"

"angan angan jer lah,tapi klu bukan prince charming pon tak apa,kut kut boleh dapat macam Arjun Rampal pon ok dah"
Mereka berpandangan lagi,pecah lagi tawa mereka pagi itu.

"dah lah tunggu ler putera datang meminang,ayah pon ada dengar putera sultan Brunei tengah cari calon isteri Arissa tak nak isi borang ker?"tanya ayahnya yang dari tadi cuma jadi pemerhati.

"uii,yang tu Arissa tak berani lah ayah,kut dia tengok Arissa nanti pengsan pulak"
"adik ni kalau bercakap mesti buat orang sakit perut jer"Arif bersuara lagi.
"Jom abang ,Zira dah lewat ni tadi Mira call ada customer datang nak jumpa,diaorang tengah tunggu"
sambil bangun dan bersalaman dengan mertuanya.

"Adik bila nak datang rumah akak"sambil menghulurkan tangan ke arah Arissa.

"Insyaallah esok adik pergi,nak tengok si kembar mesti dah pandai cakap"

"macam maksu dia,cakap banyak" ujar Arif
Arissa mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience