Alia mundar mandir di biliknya..jiwanya terasa kacau,hatinya terasa sakit.
Dia menghempas kan badannya di atas katil,direnungnya siling...
Dia teringatkan peristiwa siang tadi...
"ingatkan boleh try masuk line tadi...tapi Arissa pun ada juga"
hasutan iblis mula menguasai dirinya.
Sejak dia melihat kemesraan Harraz dan Arissa perasaan nya sudah berubah.
Dulu dia tinggalkan Harraz demi mengejar impian dan cita citanya
Silap dia sendiri tetapi kini selepas saksikan kebahagiaan di depan matanya jiwanya kacau.
"kalau tak sekarang ni mesti aku di sisi Raz.."
bisik hatinya.
"ring!ring!!deringan telefon mematikan lamunannya.
"hello baby...buat apa tu?satu suara yang dia amat kenali.
"kau nak apa?aku tak ada mood lah!!katanya kasar.
Sudah lama kegiatan sundal dia tergendala kerana sibuk dengan tugas.
"hei baby garangnya...I rindulah...jom jumpa"
"aku malaslah....lain kali"telefon terus di matikan
"kau jumpa aku nak tubuh dan duit aku jer,dasar jantan sial!!getusnya marah.
Ikhwan lelaki yang pernah ditangkap khalwat dengannya.
Perkenalan di kelab malam sampai ke bilik hotel.
Tapi lelaki ini suka duit dan badannya sahaja,hidup tanpa matlamat..macam dirinya kini.
Datuk datuk sudah lama dia tidak hiraukan selepas kisah skandalnya dihidu oleh isterinya mereka.
Tapi yang masih tetap berhubung dengannya adalah Encik Amran yang merupakan majikannya.
Terpaksa berhadapan hari hari.
Tapi seolah olah dia sendiri pun sudah tak berminat dengan semua itu lagi.
ring!ring!
deringan telefon berbunyi lagi..
"ishhh nak apa lagi laa jantan ni"bentaknya kasar.
"hei tak faham bahasa ker I tak ada mood lah!!!tengking nya marah
"amboi garangnya nona manis.."kata lelaki itu dengan nada lembut.
Alia tersentak..dia menyangka bahawa Ikhwan yang call dia semula.
"awak sapa?!
"Erman..."jawabnya ringkas
"Erman...Erman mana pula ni?!
"amboi ramai ker kawan awak yang nama Erman?
Alia terdiam memikirkan siapa gerangan lelaki yang berada di corong telefon.
"hello..hello awak ada lagi ker tu?!!tanya Erman
"hah...adoii sakitlah telinga...ada...duk tengah fikir ni Erman yang mana"
"kita jumpa rumah Tan Sri hari tu..."
Erman cuba mengingatkan
"ooo...ingat ,yang tarik tangan I tu..."
"yes ingat pun"
"jap mana you dapat nombor I hah?!
"nak seribu daya miss manis"
katanya nakal.
"whatever...so why You call me?tanyanya kasar.
"nak ajak awak dinner..."
"tak berminat..."jawabnya selamba
'alah jom lah kalau tak malam ni malam esok boleh?"rayu Erman.
"malam ni tak ada mood..kalau malam esok tengok dulu...ok bye"belum sempat Erman menjawab panggilan dia matikan.
"padan muka...aku tengah tak ada mood senang senang ajak orang kuar...kenal pun baru 10minit..gila ker apa dia ni"dia berkata sendiri.
Share this novel