Kini kandungan Arissa sudah mencecah usia 38 minggu..cuma tunggu hari jer lagi.
Pergerakannya pun semakin terbatas,kebanyakan kerja rumah di lakukan oleh pembantu rumah.
Harraz terpaksa menggajikan pembantu rumah kerana tidak mahu isterinya bersusah payah menguruskan banyak perkara.
"tugas Love hanya layan Biy jer ok"sambil mengucup lembut bibir Arissa.
"emmm...tengok dah comot dah"Arissa mengelap bibirnya.
"hmmm mai sini Biy lap kan"
Arissa memuncungkan bibirnya untuk di lap oleh Harraz.
"muncung macam ni minta lebih lagi...rasa tak kena,pergi kenduri dah"
Harraz ketawa.
"Biy...jangan lah...!!Arissa menjerit bila pinggang nya di geletek oleh suaminya.
"ok..ok..Biy tak buat dah"
Arissa termengah mengah menahan lelah bila di geletek oleh Harraz tadi.
"penatlah....argh!Arissa mengaduh kesakitan.
"kenapa Love sakit ker?"wajah Harraz cemas.
"baby ni tendang kuat sangat....ganas macam daddy dia"Arissa mengerut dahi menahan senak perutnya apabila di tendang.
"huh terkejut Biy ingat nak bersalin dah"Harraz mengurut dada lega.
Harraz pun turut merasa pergerakan dalam perut isterinya.
Dia tersenyum dan mengucup perut Arissa.
"dah jom...majlis dah nak mula tu...nanti terlewat pula"
Harraz mengangguk sambil memaut lengan Arissa dan memegang pinggangnya beriringan turun ke bawah.
Semasa mereka turun Alia sudah bersiap sedia di singgahsana.
Ya hari ini merupakan hari pernikahan Alia.
Kelihatan Alia begitu anggun mengenakan songket warna keemasan duduk sopan di singgahsana sambil menunggu diri di ijab kabul.
"aku terima nikahnya Nur Alia binti Mokhtar dengan mas kahwin 3000 tunai"
"sah"
"sah"
Doa dibaca memanjatkan kesyukuran ,setitis airmata gugur di pipi Alia.
Akhirnya dia bergelar isteri kepada Ikhwan bin Rahim.
Mesti tertanya tanya kenapa Ikhwan tetapi tidak Erman.
Bukan ker Erman yang beria ia sangat nak jadikan Alia permaisuri hatinya..tetapi kenapa kini Ikhwan yang jadi suami Alia???
beberapa bulan yang lalu....
Amy keluar berjumpa dengan lelaki yang di maksudkan untuk berjumpa dengannya.
"oh...Ikhwan ada apa nak jumpa saya?"tanya Amy pelik sebab sepatutnya dia jumpa dengan Alia bukannya dia.
"Alia ada ker?"tanya Ikhwan sambil matanya melilau mencari.
"ada kat dalam kau nak jumpa aku panggilkan"ujar Amy.
"tak..tak apa lah ni...tolong serahkan pada dia...."sambil menghulurkan bungkusan kecil dan sejambak bunga ros merah.
"kenapa tak beri sendiri kat dia?"tanya Amy sambil menyambut bunga dan bungkusan kecil itu.
Ikhwan terus berlalu pergi tanpa sempat Amy bertanya lagi.
"nah...for you...from your anak ikan"
"hah...anak ikan mana pula ni..."tanya Alia pelik.
"entah kau kiralah berapa ramai anak ikan,anak haruan kau"Amy memerlinya.
"Ikhwan sorang jer..."sambil menyambut pemberian tadi.
"ok girl aku gerak dulu"Amy berlalu pergi meninggalkan Alia yang masih dalam tanda
tanya.
Sekeping surat di selit antara jambangan bunga itu.
Alia membuka dan membacanya.
untuk Alia si jantung hatiku...
berat untuk ku nyatakan hasrat hati ini...
antara mimpi atau realiti menjadi satu teka teki dalam hati ini.
maafkan aku andai mencintaimu dalam diam.
sememangnya diri ini bukan yang terbaik buat mu
aku yang pernah merosakkan kesucianmu
kerana nafsu yang tidak dapat ku bendung bila bersama mu Alia.
sungguh ku menyesal perbuatan terkutuk itu.
terakhir kau menghubungi ku,
ku mengelak yang aku ada kerja di luar kawasan
ya memang benar masa tu aku terpaksa pergi...
untuk mencari diri ku yang hilang...
selepas kematian arwah ayah aku banyak menghabiskan masa menjaga ibu yang sakit akibat sedih dengan kematian ayah
di situ aku sedar tentang sebuah perhubungan
tapi tentang cinta aku tak tipu...
kau yang pertama mencuit hati ku
meskipun aku menjadi sasaran perempuan murahan
bersamamu tidak sama dengan perempuan lain
maaf kan aku kerana pergi meninggalkan kan mu Alia tanpa khabar berita
kini ku kembali ingin menagih cinta dari mu Alia
sudikah kau jadi permaisuri hati ku
kertas tadi dilipat kembali...
setitis air jenis mengalir di pipi,
di buka pula bungkusan kecil itu.
Sebentuk cincin emas bertahtah permata ....
Alia termanggu kebingungan.
Seolah olah bermimpi...
Antara Ikhwan dan Erman yang mana harus menjadi pilihan hatinya.
...........
...........
"Alia..."satu suara dari belakang mengejutkannya.
Alia terkejut melihat perubahan Ikhwan kini.
Tidak seperti Ikhwan yang dia jumpa dulu.
Kelihatan lebih terurus.
"Ikhwan..."senyuman terukir di wajahnya.
"sorry...you sihat ker?"tanya Ikhwan sambil melabuhkan punggungnya dia kerusi.
"i'm fine...seadanya I di sini"
"I tak akan paksa You Alia...I bagi sebanyak mana masa yang You inginkan..I tunggu..."
"tak kisah kalau ia mengecewakan You?"tanya Alia laju.
"apa kan daya saya..."Ikhwan tersenyum.
"tapi I tengok you sekarang dah banyak berubah..."
"setiap manusia mesti melalui fasa ni Alia...I dah insaf...tak buat perkara terkutuk lagi...I banyak menghabiskan masa dengan membaca buku buku agama,menjaga ibu yang sakit... belajar yang sepatutnya I nak tebus kesalahan I dulu...I nak kita bersama..."jelas Ikhwan panjang.
"I tahu Alia...masa tu perkara tu first time buat You...I yang meragut dara You...sekarang ni I nak tebus semua kesilapan itu..."suara sebak Ikhwan mula kedengaran.
Alia masih lagi terkaku...dia merenung jauh ...seolah menghintung dosa dosa yang dia lakukan selama ini.
Dosa terhadap ibu dan ayahnya...
Dosa terhadap Maha Pencipta...
Setitis air jernih mengalir di pipinya.
Selepas peristiwa di Melaka hari tu ada sedikit kekesalan dalam hatinya.
"Alia...Alia...."Ikhwan memanggil Alia yang dari tadi mengelamun
"I tak boleh janji...bagi I masa...sebab I bukannya orang yang baik..."Alia tunduk menyeka airmata yang hampir gugur.
"tapi macam mana dengan Erman...."gumamnya,dia bingung untuk membuat keputusan.
Erman juga dia tidak memberikan lagi jawapan.
Ini pula hadirnya Ikhwan yang pernah bersamanya .
Fikirannya semakin bercelaru,apakah ini adalah balasan terhadap dosa yang dia lakukan.
Penderhakaan terhadap ayah dan ibunya.
Dia perlu menjawab sendiri teka teki yang dia ciptakan.
............
............
Pertemuan dengan Erman.
Alia duduk di satu sudut menanti Erman.
Dia menyedut air minuman yang di pesan tadi.
"apa alasan nak aku cakap nanti"keluhnya.
"hai my sweet..."seperti biasa itulah perkataan yang pertama keluar dari mulut Erman bila berjumpa dengan Alia.
"hai...duduk lah I nak discuss something dengan You"Erman duduk berhadapan dengan Alia.
"sound serius jer"Erman mengagak.
"sebenarnya serba salah nak I katakan...emmm"Alia lepaskan keluhan.
"okey jap..."Alia mengeluarkan kotak berwarna merah,menolak ke arah Erman.
Erman meraup mukanya,dia faham maksud sebenar Alia.
Ya itu adalah kotak cincin yang dia berikan pada Alia dulu.
Dia mengerling ke jari Alia ,kosong...bermakna cincin itu masih lagi berada di dalam kotak itu.
"maksud You..."
Alia mengangguk serba salah.
"tapi kenapa Alia...."tanya Erman pelik.
"I dah ada pilihan sendiri...you terlalu baik buat I...jujur I katakan kehadiran you membuatkan hati I sedikit terusik...tetapi ternyata jodoh antara kita tak kesampaian"berat untuk Alia teruskan bicara.
Erman masih terdiam terkejut dengan keputusan Alia.
"andai itu keputusan you,I tak boleh paksa...well I tumpang gembira untuk you...so lepas ni I tak boleh jadi orang baik lah ya.."Erman macam biasa tidak lekang dengan lawaknya.
"come on Erman that not what I meant...carilah perempuan yang boleh membahagiakan you...I ni tak layak untuk insan macam you...tapi kita tetap boleh jadi kawan"
"hmm...kawan pun kawan lah...redho jer"Erman mencebik.
Dan itulah kali terakhir pertemuan mereka...
Ternyata pakar sakit jiwa pun tak dapat menawan hati Alia....
..........
..........
pertemuan dengan Alia dan Harraz...
"maaf akak datang lewat....dah lama tunggu?"Arissa melabuhkan punggungnya perlahan di bangku.
"its ok...akak baru jer sampai...sorang jer ker?"Tanya Alia.
"oh ya tadi Abang Raz datang juga tapi kebetulan ada panggilan penting so dia yang hantar adik sini kejap lagi dia datang"ujar Arissa lembut.
Alia mengangguk faham.
"maaflah sebab ganggu adik..."
"adik ok jer...tapi ada hal apa ya tiba tiba nak jumpa adik kat sini"tanya Arissa untuk kepastian.
Alia mengeluh,tidak tahu di mana dia ingin mulakan...tapi hanya Arissa yang dapat selesaikan masalah yang membelenggunya kini.
"akak ok ker ni?"tanya Arissa apabila lihat Alia seolah dalam kegelisahan.
"akak nak kahwin"sepatah kata dari Alia.
Arissa membesarkan matanya...terkejut dengan perkhabaran itu.
"congratulation kak.....siapa pemuda bertuah tu?"
Arissa gembira bila dengar perkhabaran itu.
"Ikhwan...pemuda yang ditangkap khalwat dengan akak beberapa bulan yang lalu tu"
Alia menghela nafas
"tapi kenapa akak macam tak happy jer?"tanya Arissa lagi kerana tiada kelihatan gembira di wajah Alia.
"ayah..."Alia lepaskan keluhan.
"emmm...pasal ayah...tu yang akak sedih ..."Arissa bangun memegang tangan Alia.
"akak tak perlu risau...soal ayah serah kan pada adik...insyaallah ayah akan terima akak...lagi pun kita semua lakukan kesilapan...percayalah semua akan ok"Arissa memeluk Alia memberikan semangat.
"thanks adik...walaupun akak dah banyak buat adik terluka tapi masih lagi boleh terima akak"
"hei. ...you are my sister ok...air di cincang tak akan putus...lagipun akak kena ingat time susah hanya adik beradik lah yang akan tolong dan bantu kita...benda dah berlalu tak payah lah nak ungkit lagi..."
Sedikit air mata Alia mengalir di pipi tanpa sedar.
"tak nak nangis nangis lagi...tak cantik nanti..."Arissa menyapu sisa airmata di pipi Alia.
Sekali lagi mereka berpelukan.
Harraz lama memerhati dua beradik itu berpelukan.
Terukir senyuman di bibirnya.
Lega tengok perubahan pada Alia.
Alia yang pernah dia cintai...yang pernah buat dia bahagia
Arissa yang kini hadir dalam hidupnya memberi sinar seindah rembulan yang membuatkan dia jatuh cinta sekali lagi dan lagi.
Dua wanita di depan matanya yang pernah ada ikatan dengannya.
"hebat perancangan mu Ya Allah"bisik hatinya.
Ternyata apa yang terjadi ada hikmahnya.
"ehem. ..ehem...tak nak peluk Biy sekali ker?"Harraz mendekati mereka.
"mai sini nak peluk"Arissa mendepakan tangannya.
"tak payah lah nak tunjuk romantik kat sini...bagi lah I kahwin dulu"gurau Alia selamba.
mereka ketawa.
Ternganga Harraz bila dengar perkataan kahwin dari mulut Alia.
"yes Biy kakak kita ni dah nak kahwin"Arissa memeluk bahu Alia.
"tahniah Alia...hope you happy"Harraz tumpang bahagia dengan berita itu.
"terima kasih Raz"Alia tersenyum lebar.
"moga cintaku padamu terus pudar dan akan aku cuba memberikan cintaku pada Ikhwan sebagaimana kau memberikan cintamu pada Arissa"gumam Alia.
...........
............
P/S:.....kita merancang Tuhan yang menentukannya.....
Share this novel