"maaflah puan Suraya,encik Mokthtar kedatangan kami ni bukannya apa cuma nak bincang pasal perkahwinan anak kita ni macam mana"tan sri Rahman mula bicara.
Kehadiran mereka ke rumah Arissa selepas Alia memutuskan pertunangan tempoh hari.
Ayahnya encik Mokhtar baru saja keluar wad.Kesihatannya makin stabil.Doktor mengesahkan dia ada sedikit masalah kegagalan jantung,dan bila bila masa boleh dapat serangan.
"pihak kami minta maaflah tan sri,puan sri,perbuatan anak kami ni memang melampau,kami rasa malu sangat,tak tahu nak letak mana dah muka,semua duk mengata kami"
keluh ayah dalam dengan nada sebak.
Arissa hanya memerhati dari dapur,mendengar perbincangan mereka.
"benda nak jadi kita hanya merancang tapi Allah lebih Maha mengetahui,semua benda kami dah prepare,bayaran untuk majlis pon kami dah bayar,last jadi macam gini"keluh puan sri Marlia kesal.
Kelihatan airmata ibunya menitis,malu di atas perbuatan anaknya sendiri.
Arissa keluar menatang air di tangan.
Meletakkan di atas meja di hadapan tetamu.
Semua mata tertumpu ke arahnya.
"jemput minum uncle,untie"sambil dia menuangkan air di dalam cawan.Puan sri Marlia memerhati gadis yang berada di depannya.
Tertanya dalam hati siapakah gadis ini,tidak pernah dia lihat sebum ini,Alia dan keluarga nya pon tidak pernah bercerita pasal nya.
"ni sapa?" Puan sri memulakan pertanyaan.
"oh lupa nak perkenalkan diri,nama saya Arissa anak yang paling bongsu dalam rumah ni"tanpa rasa segan dia menghulurkan tangan dan mencium tangan Puan sri Marlia.
"tak pernah tahu pon yang encik Mokhtar dan puan Suraya ada sorang lagi bunga dalam rumah ni"sambung puan Sri lagi.
"saya ni tak femous macam kakak,saya biasa biasa jer"jawab Arissa lembut dengan nada bergurau.
Puan Sri Marlia rasa terpegun melihat gadis di depannya,petah berbicara namun ada kesopanan.Bertudung litup...Sungguh berbeza perwatakannya jika di bandingkan dengan Alia.
"Arissa ni belajar lagi,tahun ni tahun akhir dia,tu yang selalu tak ada di rumah,masa tunang Alia dulu pon dia tak balik tu yang ramai yang tak kenal dia"ujar puan Suraya.
Arissa hanya tersenyum mendengar keterangan dari ibunya.Puan Sri mengangguk faham.
Terlupa seketika tentang rancangan mereka datang bersemuka dengan keluarga Alia.Tujuan mereka yang sebenar sudah jauh tersimpang.Nak selesaikan masalah perkahwinan yang tergendala tapi jadi perkenalan pula.
"untie,uncle Arissa mohon maaf banyak banyak sebab keluarga kami sudah menyusahkan pihak keluarga lelaki,kami rasa bersalah sangat atas perbuatan kakak,harap pihak lelaki tak simpan dendam dengan kami"Arissa bersuara sambil dia mengeggam tangan Puan Sri Marlia.Tergamam seketika apabila gadis itu berani menggenggam tangannya,dia kagum dengan keberanian gadis itu.Masih muda tapi punyai akal dan pemikiran mengalahkan orang yang lebih dewasa.Bersikap lebih matang.
"pihak kami redha di atas semua yang berlaku ini,tapi cuma kami juga rasa amat malu bila jadi begini,semua kad sudah di tempah,persiapan lain juga dah hampir settle,dan yang lebih terkesan adalah Harraz,dah tak ceria macam dulu lagi"dengan nada sedih Puan Sri Marlia bersuara.
Suasana hening seketika,masing masing terdiam.
"kenapa la kak Alia ni bodoh sangat,family mertua sebaik ni pon kau lepaskan"gumam Arissa sendiri.
"beginilah ibu,ayah,untie,uncle...klu Arissa yang gantikan tempat kak Alia boleh ker?"pertanyaan Arissa mengejutkan semua.Mereka saling berpandangan.
"Arissa jangan main main dalam hal ni"balas encik Mokhtar kepada anaknya.
"betul Arissa sanggup jika ini adalah jalan yang terbaik untuk semua,Arissa tidak mahu orang luar memandang serong pada kita semua lagi,Arissa rela demi menyelamatkan maruah keluarga kita"ujar Arissa lagi.
"tapi Arissa...."nada ayahnya tersekat sekat berat untuk dia luahkan.
"Arissa sanggup ibu,Arissa tidak sanggup lagi lihat airmata ibu dan ayah menitis lagi,Arissa nak semua gembira seperti dulu,Arissa tidak mahu melihat lagi kesakitan ayah..."titisan jernih di pipi mula mengalir perlahan.Arissa memotong tenang.
"Arissa harap untie dan uncle setuju jadikan Arissa menantu,Arissa tahu banyak kekurangan dalam diri Arissa tapi InsyaAllah semuanya akan Arissa belajar"
Puan Sri memang benar benar tidak menyangka yang gadis ini berani menghadapi cabaran yang getir.Sanggup korbankan diri demi melihat kebahagiaan keluarganya.
Mungkin inilah hikmah di sebalik semua yang berlaku.
Sesungguhnya hilang tumbuh pasti akan berganti.
"beginilah Arissa,untie sebenarnya tak kisah siapapun jadi menantu kami,tapi biarlah kami balik berbincang dengan Harraz dulu,lagi pon kalian masih tidak lagi kenal kan?"ujar puan Sri lagi
"masa yang tinggal pon dah tak banyak,tarikh majlis pon dah dekat,andai ini boleh selamatkan keadaan apa salahnya"sedikit kelegaan dilepaskan.Perbincangan mereka pada hari itu berakhir dengan baik.
Tapi mampukah Harraz terima semua ini......
Share this novel