Azan subuh mengejutkan Harraz dari tidur.
"love...love bangun..dah azan subuh..."
Harraz mengejutkan Arissa yang masih lagi terlena.
"love...bangun"bisiknya lembut di telinga sambil mencium pipi isterinya.
"emmm....penatlah...jap lagi laa"jawab Arissa sambil menarik balik selimut menutup dadanya yang terdedah ditarik Harraz.
"laaa dah subuh ni...mandi..."
Harraz sekali lagi menarik selimut yang membalut tubuh isterinya kali ini sampai ke bawah.
"Biy...tak nak lah macam ni...ok lah love bangun"
Harraz ketawa kecil melihat keadaan isterinya.
Arissa menutup dengan bantal sebahagian tubuhnya tanpa seurat benang.
"sukalah tu tengok love macam ni...gatal"
"tak apa bukan tengok yang orang lain punya pon,sapa suruh tak mau bangun..."
Dia terus mencempung isterinya ke bilik air.
"mandi sekali....malas sangat ya...."
Selesai solat berjemaah Arissa terus ke dapur untuk menolong ibunya buatkan sarapan.
"selamat pagi ibu...awalnya.."
sapanya dari belakang.
"dah bangun dah...pagi...mestilah awal anak ibu kan nak makan nasi dagang..."
ujar ibunya sambil membasuh beras.
"ni boleh ker duk kat dapur...nanti pening ker apa"tanya ibunya.
"boleh lah kut..."dia tersengih
"tapi sebenarnya aku dah pening,loya dah ni"gumamnya apabila berbau bawang yang dikupas oleh ibunya.
"kalau tak boleh duduk kat luar aje...biar ibu yang buat...bukannya susah pun...semua dah ibu buatkan ni..tinggal nak buat gulai jer lagi"
uwwek!uuuwwek!!
dia terus menerpa ke arah sinki.
"kan tadi ibu dah cakap"ibunya menggosok belakang Arissa.
"maaf ibu...loya ,pening..."
"kenapa ni ibu..muntah lagi?datang Harraz dari luar terus ke dapur bila terdengar suara isterinya muntah.
"bawa Arissa keluar..kesian sangat aih tengok.."
muka Arissa kelihatan pucat.
Harraz terus membawa Arissa ke bilik.
"love ok ker ni...tak apa biar Biy yang tolong ibu kat dapur"sambil membaringkan badan Arissa atas katil.
"Biy...sorry..."belum sempat dia menghabiskan kata dengan cepat dia bangun berlari ke bilik air.
"Ya Allah love jangan laju macam tu nanti terjatuh"Harraz cemas seketika apabila Arissa berlari laju ke bilik air.Dia mengurut dada terkejut dengan kelakuan Arissa.
Sekali lagi Arissa muntah tapi yang keluar cuma air kerana belum lagi makan.
"dah baring,Biy ambilkan ubat urut belakang dan dada"dia bangun mengambil ubat.
Baju isterinya diselak dan disapu ubat.
"Love rehat ...tidurlah dulu...nanti siap Biy panggil love makan"
Arissa mengangguk lembut.
Ubun ubun Arissa dikucup lembut sebelum keluar.
...........
...........
Kedengaran suara orang memberi salam dari luar.
"Raz pergi tengok....rasa Abang Arif dah sampai kut"suruh Puan Suraya.
Harraz berlalu pergi membuka pintu.
"waalaikumussalam.....abang Arif ,kak Zira jom masuk..."
Mereka melangkah masuk sambil memerhatikan Harraz dan tersenyum.
"CEO dah jadi chef ker sekarang ni Raz?"tanya Arif tiba tiba.
Harraz kebingungan.
"Hah?..chef....ooo...lupa tadi tolong ibu kat dapur"sambil menanggalkan apron dia badannya.
"baik Raz lah rajin juga masuk dapur...yang abang tu..pandai makan jer"balas Azira memperli suaminya.
"amboi perli nampak...sekurang kurangnya pandai lah juga..even makan pun"sambil tersengih.
"Arissa mana Raz...tak nampak pun dari tadi"tanya Azira sambil menuju ke dapur.
"adik kau tu mabuk laut...masuk dapur tadi bau bawang muntah...ibu suruh Raz bawa ke bilik"sampuk mertuanya dari dapur.
"ya kak...tidur lah kut"jawab Harraz.
"mabuk lagi ker...kesiannya"
Harraz berlalu pergi ke ruang tamu duduk bersama Arif.
"si kembar mana ?"tanya Harraz.
"kat sekolah...tengahari nanti balik lah tu...abang suruh pemandu van hantar sini.
Harraz mengangguk.
"dah jom makan siap dah ni...Raz panggil Arissa makan.."suruh ibunya.
Jamuan sudah dihidangkan atas meja.
"tak Raz biar akak panggil.."pinta Azira.
Harraz mengangguk sambil bangun duduk di meja makan diikuti Arif.
Azira berlalu pergi memanggil Arissa di biliknya.
"assalamualaikum ...boleh masuk"Azira menguak perlahan pintu.
"hmmm...eh akak..waalaikumusalam...bila sampai?"tanya Arissa sambil menyalami kakak iparnya.
"baru jer...dah ok ker..tadi Raz kata adik muntah....ibu dah siap masak jom keluar makan"ajak Azira.
"dah ok sikit..."sambil bangun mengikat rambut dan memakai tudung.
"ni akak bukan ker due bulan ni?"tanya Arissa sambil menggosok perit kakak iparnya.
"tunggu hari jer dik..kalau tak kena serah diri lah nampaknya"
Mereka keluar ke meja makan.
"amboi ni peraga fesyen ibu mengandung ker?"tanya Arif sambil ketawa bila melihat isteri dan adiknya keluar.
"ishh kau ni Arif..kalau tak menyakat memang tak sah"marah ibunya sambil mencedok nasi ke pinggan.
"jom love duduk"Harraz membuka kerusi kepada Arissa.
"yang abang tu tak nak buka kat sayang ker?"
Azira memperli Arif.
"hah...lupa.."segera dia membukakan kerusi di sebelahnya.
Ibu dan ayahnya tergelak melihat telatah anak menantunya.
"hari ni makan banyak sikit..kata teringin nak makan nasi dagang...ibu dah masakkan"ujar Harraz sambil mencedok lauk ke dalam pinggan isterinya.
Arissa hanya tersenyum dan mengangguk.
Harraz lega melihat isterinya makan dengan selera sekali
"kak Zira pantang rumah ibu kan...?_"tanya Arissa.
"mestilah kat sini...tu pakaian semua dah bawa"jawab Azira.
ring!ring!ring!
telefon Harraz berdering.
Dia bangun mendapatkan dia ruang tamu.
Arissa menjenguk kelihatan bercakap dengan seseorang di telefon...wajahnya agak serius.
"love...jap..."ajaknya.
Arissa bangun mencuci tangannya.
Mereka melihat kehairanan.
"ada masalah ker?"tanya Arif spontan.
"ish abang ni diamlah...ada hal lah tu"marah Azira.
Arissa dan Harraz masuk ke bilik tidur.
"ada apa Biy..macam ada masalah jer...sapa yang call tadi?"tanya Arissa risau.
"macam mana nak cakap eh..."sambil menggaru kepalanya.
"cakap lah..ada masalah ker?"
tanya Arissa lagi.
"tadi call dari melaka..resort kat melaka tu...ada sikit problem...Biy kena pergi sana..."
terang Harraz bimbang takut isterinya merajuk kerana terpaksa tinggalkan nya.
Arissa terdiam,sambil bangun ke meja solek.
Dia buka tudung dan letakkan di atas kerusi.
Harraz masih lagi terkebil kebil mata melihat Arissa yang masih terdiam.
"aduh mesti marah ni"getusnya.
"lama ker?"tanyanya,sepatah sambil meleraikan rambut dari ikatan.
"tak tahu lagi..mungkin dalam 2,3hari..."dia bangun mendapatkan Arissa sambil mengambil sikat dan menyikat rambut isterinya.
"pergi lah...tapi love nak duduk sini...."
"betul nak duduk sini...ok...nanti bila Biy balik dari Melaka kita balik rumah..sekurang kurangnya Biy tak lah risau tinggalkan love sorang sorang kat rumah"ujarnya lega kerana Arissa akan tinggal di rumah ibunya sepanjang dia di sana.
Arissa mengangguk sambil tersenyum.
"bila nak bertolak?"
"sekejap lagi..tapi sebelum tu nak bermanja dengan my love dulu boleh?"renungnya manja.
"gatal lah tu..."
"buat bekal..."sambil mencempung Arissa ke katil.
"ishh Biy ada ramai kat luar tu...nanti dengar..malu lah"
"kita jangan bising lah...buat senyap senyap"
sambil mengucup lembut bibir isterinya.
"Biy...malam tadi kan baru...."belum sempat Arissa menghabiskan kata kata mulutnya di tutup dengan jari Harraz.
Satu persatu butang bajunya dibuka...
dadanya mula terdedah...nafas mereka mulai turun naik...
"buat ubat rindu...."ciuman singgah di leher jinjang Arissa.
Arissa mula hanyut dan merelakan.
Sekali lagi mandi bersama.
ketika melangkah keluar semua mata memandang ke arah mereka.
Wajah Arissa mula bertukar rona.
"diorang tengok kitalah Biy"bisik Arissa pada Harraz.
"hai lamanya duk dalam...hai Raz tadi rasa rambut dah kering ni basah balik ni mandi lagi ker?"tegur Arif.
"panas..."jawabnya ringkas sambil tergelak
Lengan Arif dicubit Azira.
"aduh sakit lah sayang..."
Dia menyeringai kesakitan.
"kerja tu menyakat jer...biarlah diorang nak buat apa pun..."
"tengah memujuk..."jawab Harraz sambil mengenyitkan mata ke arah Arissa.
Arissa tergelak kecil
"yalah tu..."bisik Arissa.
"ni bawa beg dah nak balik ker Raz?"tanya Ayah mertuanya.
"ya Ayah Raz kena pergi Melaka dalam 2,3hari urusan kerja"ujarnya sambil menjinjit beg pakaian.
"Tapi Arissa kata nak tinggal sini..."sambungnya lagi.
"elok lah tu boleh temankan kak Zira...kut esok lusa meletop"sindir Arif sambil menggosok perut Azira.
"ish abang ni ..."tangannya ditampar Azira.
"sentuh sikit pun marah...kang sentuh orang lain macam mana?"
"berani ker?!berani buat lah kan potong yang kat bawah tu"
"hah potong...sayang pun tak dapat..."sambil berlari keluar.
Memang sah lah dia kalah kalau lawan mulut dengan isterinya.
Arissa dan Harraz tergelak besar lihat gelagat mereka.
"Biy pergi dulu ya...take care...apa apa call"sambil menghulurkan salam.
Salam disambut.
Dahi Arissa dicium lembut.
Harraz bersalaman juga dengan ibu dan ayah mertuanya serta abang Arif.
"Biy sampai nanti call...drive elok elok"sambil melambaikan tangan sampai kereta suaminya hilang di pandangan matanya.
............
P/S:tunggu kejadian di Melaka
Share this novel