Pertunangan antara Alia dan Harraz berjalan dengan lancar.Harraz rasa sungguh bahagia saat melihat cincin tunangnya di sarungkan ke jari Alia.Matanya tidak sedikit pun berkelip memandang tunangnya Alia yang cukup anggun memakai baju kurung moden pada pertunangan mereka pada hari itu.
Selalunya Alia lebih suka memakai pakaian yang cukup buat lelaki telan air liur.Yang tidak dapat mengawal nafsu bila memandangnya. Tapi hari ini penampilannya berbeza,Harraz cukup berasa bangga dengan dirinya kerana dapat menjadi tunangan gadis secantik Alia.
"terima kasih sayang sebab sudi jadi tunang I"Harraz membisikkan di telinga Alia.Senyuman nya masih tidak lekang di bibirnya.
"emmm,lepas ni jangan pulak paksa i kahwin cepat"Alia melepaskan pelukan Harraz.
"kenapa I tengok sayang macam tak suka jer jadi tunang I".
"bukan tak suka,cuma buat masa ni I nak tumpukan sepenuh perhatian pada modelling lepas ni I akan sibuk dan takut tak sempat nak layan U lagi"
"I faham,tapi jangan pulak lupakan I"Harraz memegang tangan Alia sambil memberikan kucupan lembut di tangan Alia.
Alia bingung dengan keputusannya bertunang dengan Harraz saat hatinya masih lagi belum benar benar bersedia.Hatinya berbelah bahagi antara impian dan harapan.
Dalam masa yang sama sayangnya pada Harraz terasa makin pudar tidak seperti dulu sentiasa ada rasa rindu di hatinya terhadap jejaka yang berada di hadapannya.
"jom kita balik,esok I nak kena masuk kerja awal"
Alia menarik tangan Harraz berlalu meninggalkan pantai pada petang itu.
Harraz terasa ada tembok di antara mereka,seolah akan ada sesuatu yang akan memisahkan mereka.Alia yang dia kenal tidak lagi seperti dahulu,saat mereka merasa ada cinta di antara mereka.
Hubungan mereka semakin hambar,Alia seolah olah semakin jauh meninggalkan dia.
...........................
"hai Raz kenapa termenung jer"tegur Puan sri Marlia.
"tak lah mama,Raz duk belek fail ni"
sambil tangannya membelek belek fail di depannya.
"mama datang dengan siapa,kenapa tak bagitahu Raz nak datang?"
"aik nak jumpa anak sendiri pon nak kena ada oppointment ker?"sela puan sri.
Harraz hanya ketawa,dia tahu mesti ada sebab mamanya datang bertemunya di pejabat.Ada perkara yang nak dibincangkan.
kesibukannya pada kerja membuatkan dia jarang berborak mesra dengan ibunya sendiri.Kalau dengan papanya selalu sebab satu pejabat.
"Jom,Raz belanja mama minum,sambil kita borak borak"tangan ibunya dicapai.Mereka berjalan beriringan persis kekasih.
"Hai nak bawa mana pulak kekasih orang ni?"sapa satu suara dari belakang mengejutkan mereka.
"ops papa,nak bawa kekasih orang ni pergi minum"Harraz ketawa diiringi dengan mamanya.
"abang kata ada mesyuarat tadi,kebetulan sayang kat sini tu datang kat office abang"
"mesyuarat habis awl,tapi jam 3 nanti ada lagi,Raz jangan lupa tu" tan sri mengingatkan Harraz tentang meeting petang nanti.
" yes bos ingat,tapi sekarang ni Raz nak pinjam kekasih bos pergi minum dulu"
"jom papa join sekali"ajak harraz.
"papa tidak boleh join sebab ada client tengah tunggu,Raz saja lah temankan kekasih papa ni"sambil mencuit hidung mancung isterinya.Kemesraan jelas kelihatan,Harraz cukup bahagia bila melihat kemesraan yang di tunjukkan oleh ibubanya.Cinta mereka begitu utuh sampai ke tua.
Mereka berlalu pergi ke restoran berhampiran.
"Raz tunang Raz tu sibuk sangat ker,sampai tal ada masa jenguk kita" puan sri mula berbicara.Harraz berhenti menyedut air bandung cincau yang dipesannya.
"dia sibuk mama,ada task yang kena siapkan"
"Raz mama nak tanya kau ni betul ker nak kahwin dengan Alia ni,mama tengok Raz jer yang beria ria nak kahwin,tapi mama tak nampak pon dia bersungguh sungguh tentang hubungan ni"puan sri Marlia dapat menghidu hubungan antara anaknya dan bakal menantunya semakin hambar.
Kesibukan Harraz dan Alia sedikit memisahkan mereka.
Harraz menghela nafas panjang,melemparkan pandangannya keluar tingkap sambil tangannya mengaup muka.Terasa panas mukanya dengan pertanyaan mamanya.
Dia tahu titik hubungan antara dia dan Alia makin menemuai noktahnya.
throwback.....
"you ada apa tergesa gesa nak jumpa I ni,you tahu kan I banyak kerja yang nak kena selesaikan,you tak habis habis nak desak suruh I kahwin" kata kata dari mulut Alia menghiriskan hatinya.Dia seolah olah terlalu mengharapkan kasih yang tidak pasti.
"sayang sedar tak apa yang sayang cakap ni,?"
"tarikh nikah kita sudah dekat,semua benda pun kita tak prepare,sebab sayang terlalu sibuk,mama sudah mula bising bising"
"senang senang you cari jer mana mana pompuan yang sudi jadi pendamping you"
jawapan yang cukup mengejutkan Harraz.
perubahan Alia semakin ketara,dia lebih suka mengejar kemasyuran berbanding maruah dirinya.
Malah sebelum ini dia pernah terserempak dengan Alia dengan lelaki lain.Tapi dia masih lagi mendiamkan diri berfikir secara rasional.
Kemesraan yang jelas kelihatan antara mereka,berpelukan,berpegangan tangan cukup membuat hatinya terbakar.Namun dia sabar,demi menjaga hubungan mereka.
"Raz mama tanya ni"harraz terkejut dari lamunan.
"dia sibuk mama"
"majlis nikah dah nak dekat banyak benda lagi kau berdua nak kena settle,mama takut bila tiba masa nanti tak jadi pulak,malu kita nanti"dengan nada sedikit marah mamanya berbicara.
"Raz akan cuba berbincang lagi dengan dia mama jangan lah risau"harraz mengenggam tangan mamanya bagi menenangkannya.
Puan sri Marlia hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepala memikirkan tentang pernikahan anaknya.
Share this novel