bab 18

Romance Completed 28747

Kelihatan Harraz berada di luar pagar.
Dia keluar dari perut kereta apabila melihat Arissa menghampirinya.Arissa melemparkan senyuman manis kw arah suaminya.

"sorry hubby...tu la bila nak sampai baru call"bebelnya,sambil menyuakan tangan untuk salam.
Tangannya disambut oleh Harraz.
"saja laa...kebetulan biy ada meeting dengan client area dekat sini...teringat love call ajak keluar"terang Harraz.
"ya lah tu....hubby no..no.."Arissa menolak lembut badan Harraz apabila cuba memeluknya.

"kenapa pulak...rindulah"

"tak elok jiran tengok..diaorang tak tahu pun yang kita ni dah kahwin...nanti tak pasal timbul fitnah"

"hmmm...ok lah...jom masuk"dia berlalu membukakan pintu kereta untuk Arissa.
Keretanya terus meluncur pergi meninggalkan rumah sewa isterinya.

"tak rindu biy ker..."sambil memegang tangan Arissa dan mengucup lembut dan meletakkan di atas pehanya.

"tak rindu pun"Jawab Arissa ringkas sambil mencebik bibirnya.

"sampai hati..."dengan nada merajuk
Arissa ketawa melihat gelagak suaminya yang macam budak budak.

"mestilah rindu...my lovely husband.."
sambil meletakkan kepalanya di bahu Harraz yang sedang memandu.
Harraz tersenyum gembira.
Walaupun baru dua hari berpisah terasa sangat kerinduannya pada Arissa.

"love dah sampai...jom"
Dia memberhentikan kereta dia kawasan parking kereta.
Mereka turun dan berlalu pergi ke medan selera yang berada dekat dengan tempat tinggal Arissa.

"abang order" sapa seorang pelayan datang mengambil pesanan

"hubby order jer lah...love tak.kisah"

"bagi mee goreng mamak 2...bandung cincau 2"
"ingat lagi rupanya minuman feberet aku"gumam Arissa sambil senyum.
"hmm...pastu tapau 2..."sambil tunjuk 2jarinya.
sampuk Arissa.

"hai love banyak makan sampai tapau lagi"

"hihi...untuk member kat rumah"

"ooo.,..baik dik itu jer"
budak pelayan itu mengangguk dan berlalu dari situ.

"hubby ok ker makan sini...?"tanya Arissa

"biy tak kisah lah...asal perut kenyang sudah"sambil ketawa yang menampakkan kedua dua lesung pipitnya.

Arissa suka dengan keperibadian Harraz sebab bukan yang jenis berlagak,tempat makan pun tak kisah.Ini lagi menyakinkan Arissa bahawa Harraz adalah jodohnya yang terbaik.

"lagipun best tau makan tempat macam ni walaupun suasana agak bising,orang ramai,boleh tengok gelagat manusia tau"jelas Harraz lagi.

"ada adalah hubby ni..."
Dekat 20 minit kemudian makanan mereka pun sampai.
Mereka menikmati makan malam dengan tenang.
Selesai makan Harraz membayar dan mengajak Arissa ke masjid untuk tunaikan solat maghrib.
Arissa cuma menunggu di dalam kereta kerana "bercuti"

"jom...kita jalan jalan dulu...lepas rindu"ajak Harraz selesai menunaikan solat tadi.

"hmmm...lepas rindu yaa..."angguk Arisaa

"kita check in hotel nak tak"tanya Harraz mengejutkan Arissa.

'check in?!bukan boleh buat apa apa pun..."

"laa terkejut pula..."

"kan tadi dah cakap ABC..."

"apa tu tadi ABC..Allah bagi cuti...pandai kan orang pompuan buat ringkasan"

"hihi...saja...buat yang ringan ringan"sambil tersenyum gatal

"eeee...gatal eh"sambil mencubit lengan suaminya.
Harraz menyerigai kesakitan.

"saja jer nak uji..."

"ya lah tu..."

"ops lupa pulak biy nak cakap,biy dah dapat dah tempat tinggal kita nanti"

"kat mana"tanya Arissa ringkas.

"apartmen kawan biy...dekat dengan kampus dan dekat juga dengan office..."
"dia sekarang dapat offer kerja overseas... ..jadi kebetulan tadi biy ada jumpa ngan dia tanya pasal rumah area sini...jd dia rekomenkan apartment dia....biy terus setuju..jadi minggu depan kita bokeh masuk"

"saya tak kisah..baik untuk biy...saya ikut jer"sambil mengungkit bahunya.
Seketika Harraz memberhentikan keretenya di pinggir jalan.

"laaa kenapa berhenti lak"tanya Arissa kehairanan.
Harraz hanya diam dan tersenyum.
Dia menghampiri Arissa dengan perlahan...
Degupan jantungnya begitu kencang.
"dah kenapa pula suami aku ni...jangan pula buat hal kat sini..kena tangkap basah naya"getus Arissa.

"emmm...emmm hubby apa ni...nanti orang nampak"Arissa cuba mencari nafas kerana tiba tiba Harraz mengucup bibirnya.

"ishh mana ada orang.... cermin gelap mana orang nampak"terus menyambung kembali adengan tadi..lama mereka berkucupan,melepaskan rindu masing masing..Arissa merelakan perbuatan suaminya.

Buat yang ringan ringan dah ler...dalam kereta pun masih menyempat diaorang ni.
Akhirnya Harraz menghantar Arissa ke rumah sewanya.

..........

"amboi happy nampak"terkejut Arissa di tegur dari dapur apabila dia melangkah masuk.
Ina juga rakan rumah sewanya yang berasal dari Pahang.

Fatihah yang sedang kusyuk menonton tv tergelak melihat reaksi muka terkejut kawannya.

"biasalah orang baru lepas jumpa buah hati..."sampuk Fatihah

"ni mesti buat apa apa...sampai sengih daripada tadi lagi.."

"mana ada...kita pergi makan jer lah..."
dalih Arissa.

"ya lah tu..pakai tudung pun senget..."

"alah kau ni ina..tu pun tak faham...biasalah laki bini bila berjauhan..rindu...bila jumpa adalah aktiviti diaorang tu..."Fatihah masih lagi memerli Arissa.
Merah padam mukanya menahan malu.

"sedapnya mulut kau berdua ni...nah ni ada mee upah mengata aku.."sambil memberi plastik kepada Fatihah

"oiiii...bestnya...mengata pun ada upah...ni yang aku sayang kat kau"sambil mencium pipi Arissa.

"eee...geli lah..dah aku nak masuk mandi dan tidur..esok bangun awal pulak"sambil berlalu pergi.

"yalah geli...kalau laki cium tak geli pulak" laung Fatihah

"dia suami tak apa...dia cium kat mana pun sedap"jerit Arissa dari dalam...mereka turut ketawa mendengar kata kata Arissa.

p/s: kita bagi scene yang happy lagi ni...nanti tunggu yang suspen pula..
biasalah kan tiap suka pasti ada duka...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience