bab 35

Romance Completed 28747

Harraz menuju ke pintu untuk membuka pintu.
Pintu dikuak.

"hai sayang..boleh I masuk?"tanpa disuruh Alia terus menerpa masuk.
Harraz tertolak ke belakang.
Dia tergamam dengan kelakuan Alia yang bertindak masuk tanpa di jemput.

"kau buat apa ni Alia?!!tengking Harraz.Dia mengetap bibir marah.

Alia berlalu ke katil...sambil membuka beberapa butang bajunya.

"kau keluar sekarang..sebelum aku heret kau"
kemarahan Harraz tidak di pedulikan oleh Alia.

"Alia aku kata keluar sekarang...kau keluar!!"
Alia terus merebahkan badannya ,kali ini tindakannya semakin berani membuka ke semua kemeja yang di pakai nya...yang tinggal cuma skirt pendek.

"Ya Allah Alia ...please...pakai balik baju kau...aku tak tergoda lah dengan kau...baik kau pergi sekarang!!kali ini Harraz menarik keras tangan Alia.

"sakit...lepaslah..."Alia cuba melepaskan genggaman tangan Harraz tetapi dia terus ditarik sampai ke pintu.

"come lah Raz..you mesti rindu kan I...lagipun wife you tak ada kat sini..."dia bertindak memeluk Harraz

"aku sedikit pun tak hingin pompuan keji macam kau....!!sergah Harraz,rona,mukanya telah bertukar menjadi merah.

"sampai hati you...I punyalah cantik ...benda yang dah ada depan you masih nak berlagak alim.."
Alia bertindak berani dengan memeluk Harraz dari depan.

"hei perempuan...dulu you yang tinggalkan aku ..sekarang kau nak kan aku pula..memang gila lah kau.."Harraz menolak kasar Alia sampai terduduk jatuh.

"aduh...Raz sampai hati you kasar macam ni dengan I...please tolong angkat I..."Alia berpura mendapat kan simpati Harraz...tangan dihulur tapi tidak bersambut.

"kau bangun lah sendiri...!!"Harraz mengeluh kasar.

"keluar kau dari sini sekarang....malas lah aku nak layan pompuan gila macam kau...aku dah ada kehidupan aku sendiri sekarang dan kau dengan kehidupan kau...berubah lah Alia..."suara Harraz sedikit mandatar.

Alia bangun dan menarik kemeja Harraz dan butang bajunya tertanggal.

"apa ni Alia...apa yang kau cuba rancang sebenarnya hah?!

Alia cuma tersenyum sinis...

Ketukan dari luar mengejutkan Harraz.

"encik buka pintu.."kedengaran suara menyuruh membuka pintu.
Tangan Alia dilepaskan,pintu bilik dibuka.
Dia terkejut apabila melihat beberapa orang yang tidak dikenali berada di depan pintu.

"kami dari jabatan agama menerima laporan yang mengatakan ada pasangan berdua duaan tanpa ada ikatan yang sah"

"maaf encik saya tak buat apa apa pun,perempuan ni ..."belum habis berkata kata Alia memotong.

"kau jangan nak tukar cerita Raz bukan ker tadi kita dah bersama?"Alia berpura lagi.
Tiba tiba Alia memeluk pinggang Harraz tanpa rasa malu.

"lepaslah...kau jangan mengarut Alia...aku tak buat apa apa pun kat kau!!tengking Harraz,sambil merungkaikan pelukan Alia.

"dah tak payah nak bergaduh lagi...ikut kami ke pejabat...dan tolong kenakan balik baju tu"arah seorang pagawai itu.Pegawai itu menggelengkan kepala melihat kelakuan mereka.

...........
...........

flashback

" buat apa yang aku suruh..ni separuh aku bayar kau...beres kerja aku bayar full"note 500 dihulurkan kepada,seorang pemuda.

"beres kak,anggap settle..."sambil tersengih.

"ingat ini rahsia...oh ya no bilik 101 teratai"
pesan Alia sambil berlalu pergi.

..end...

Deringan telefon mengejutkan Arissa dari tidurnya.
Dia bangun perlahan mendapatkan telefonnya dia meja.
Sambil menggosok matanya tertera nama Hubby

Di lihat nya jam dinding pukul 10 malam.

"Ya Allah tak sampai lagi ker tadi kata nak balik dah"gumamnya.

"hello Biy"suaranya sedikit serak.

"hello love...Biy ada masalah sikit kat sini...sekarang ni Biy ada kat pejabat agama Melaka"terang Harraz dengan nada tersekat sekat.

"pejabat agama...buat apa kat sana?"tanya Arissa kehairanan,
Jantungnya mula berdebar debar,bermacam persoalan yang menerjah di fikirannya.

"Aku dan laki kau ditangkap khalwat"kedengaran suara Alia di corong telefon.
Arissa tersentak.
Luluh hatinya bila dengar perkhabaran itu.
Lututnya jadi lembik dengan tiba tiba....airmata mengalir tanpa sedar.

"hello love...hello..."
telefon dia matikan.
Arissa masih lagi menangis
"apa yang Biy buat ni?!!!jeritnya.

"Ya Allah apa yang terjadi ni dik....kenapa nangis?"
Arif menerpa masuk apabila terdengar suara Arissa dari luar.
Ketika itu kebetulan dia baru pulang ke rumah.
Ibunya masih lagi di hospital menemani Azira.

"kenapa dik...kenapa menangis macam ni?"
sambil duduk berdepan dengan Arissa yang terduduk di lantai.
Tangisan Arissa masih lagi tidak berhentikan.

"Raz...Raz..."

"kenapa dengan Raz?"
Isakan Arissa semakin kuat.
menimbulkan kebimbangan pada Arif.

"kenapa dik,cakap laaa....kenapa dengan Raz?"

"Raz dan kak Alia ditangkap khalwat kat Melaka"
Arissa terus menangis...
Arif terduduk apabila terkejut dengan berita itu.
Dia tertelan liur.Ternganga tanpa kata.

"Dik kau nak ke mana tu?"Arif terkejut apabila melihat Arissa bangun memakai tudung dan keluar daripada biliknya.

"Adik nak ke sana"jawabnya ringkas airmatanya di lap.

"adik ni dah lewat...kau tu mengandung tak kan nak drive sorang sorang"Arif bangun dari duduknya.
Arissa terus berlalu mendapatkan kunci kereta.

"adik jap...biar abang temankan"Arif merampas kunci daripada Arissa.
Dia hanya mengangguk dan mengekori abang nya dari belakang.

"Arif,Arissa mana kau orang nak pergi malam malam ni?"tanya ayahnya terbangun dari tidur apabila terdengar kekecohan di luar.

"ayah kami nak ke Melaka...Harraz dia ditangkap khalwat"jawab Arif.
Dia tidak mengatakan dengan siapa sebenarnya Harraz di tangkap kerana tidak mahu ayahnya terkejut.

"Ya Allah...kenapa sampai jadi macam ni?"

"kami pun tak tahu ayah...ayah tolong jaga Nina dan Nia ya..."pesan Arif

"ha ya lah...bawa kereta elok elok..."
pesan Encik Moktar.

"betul ker Harraz buat benda terkutuk tu"getus hatinya.

Kereta meluncur pergi meninggalkan halaman rumah mereka.

Tangisan Arissa sudah semakin reda....dia duduk membatu tanpa kata kata.
Arif pun tidak berani menegurnya.

"sabar ya dik...kita akan tahu cerita sebenarnya nanti...tapi abang tak percaya yang Raz buat benda ni...ini mesti perangkap..."keluh Arif.
Arissa hanya diam.

"entah lah abang Arif...adik...."dia kembali menangis.Dia tidak dapat meneruskan kata katanya.
Arif meraup mukanya...takut melihat keadaan Arissa yang menangis semula.

Kali ini dia diam dan meneruskan pemanduannya.
Arissa memalingkan mukanya ke tingkap.
Esakkannya masih lagi kedengaran.

"adik tahu ker resort tu?"tanya Arif apabila melihat Arissa sudah bertenang.

"tak..adik tak pernah ke sana...abang Arif google jer Idaman Resort"katanya sepatah.

"hmm baiklah"
Malas untuk memanjangkan bicara..Arif terus menekan telefonnya melihat peta untuk ke tempat itu.

Beberapa jam akhirnya mereka sampai.

"dik jom kita dah sampai..."Arif mengejutkan Arissa yang terlena tadi mungkin keletihan menangis banyak tadi.

"hmmm...ok.."Arissa bangun melangkah perlahan keluar dari perut kereta.

Arif mengeluarkan telefon dari poket seluarnya terus mendail nombor Harraz.

"assalamualaikum Raz kau kat mana sekarang?"
Tanya Arif

"otw balik resort..abang kat mana?Arissa macam mana abang...saya call tak angkat"

"kami ada kat lobi resort ni..abang tunggu sini nanti kita cakap"telefon dimatikan tanpa tunggu kata kata dari Harraz.

"Ya Allah Arissa dah datang sini, macam mana nak berhadapan dengan dia nanti"getus Harraz kebimbangan.

Tadi selepas selesai urusan membayar denda terus Harraz menelefon Adnan untuk menjemput nya di situ.
Alia pula di jemput oleh Amy rakannya.

"cis celaka kau Harraz,aku mesti paksa kau kahwin dengan aku"marah Alia.

"kau kenapa ni Alia...kau sanggup nak hancurkan kebahagiaan adik sepupu kau sendiri...kau memang selfish"tegur Amy.

"ya memang aku selfish...menyesal aku putus dengan dia dulu"dia mengetap bibirnya.

"aku ingat dia akan setuju kahwin dengan aku..."gumamnya

"suka hati kau lah Alia..malas aku cakap dengan kau"Amy mengeluh dengan kelakuan Alia...

"tapi aku tahu Alia kau yang rancang semua ni"gumam Amy.

Setelah sampai Amy terus ke biliknya malas melayan kerenah Alia yang semakin menggila.
...........
...........

"assalamualaikum ni bukan ker Arissa isteri Harraz"satu suara garau menyapa .
Arissa mendongak ke atas yang dari tadi duduk di sofa.

"ya saya..."Arissa menjawab ringkas.

Arif bangun dari duduknya.

"awak siapa macam mana kenal adik Saya?"tanya Arif.

"saya Erman...kawan Raz...kebetulan datang sini nak jumpa kawan"

"saya Arif abang ipar Harraz"sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"boleh saya tanya mengapa puan Arissa nampak sedih jer?"sambil melihat ke arah Arissa yang masih tertunduk memandang lantai.

"hal keluarga...kami datang sini nak jumpa Harraz"ujar Arif lagi.

Erman mengangguk tak berani nak bertanya lebih lanjut lagi.

"ooo Harraz pun ada sini?"

"well ok lah saya pergi dulu...nanti jumpa lagi"
Erman berlalu pergi kerana takut mereka tidak selesa dengan kehadirannya di situ.

.........
.........

Tidak lama kemudian Harraz sampai di lobi resort.

Kelihatan Arissa dan Arif sedang duduk di situ.
Dia tertelan liur....perlahan mendekati Arissa dan Arif yang sedang diam membisu tanpa kata.

Langkahnya di atur...fikirannya mula mencari apa ayat yang harus dia mulakan.
Takut emosi Arissa tidak stabil dalam keadaan Arissa sedang hamil.

"assalamualaikum abang Arif...love?"dia gugup memulakan bicara.

"waalaikumussalam Raz"Harraz menghulurkan salam dan salam disambut.

"love..."Arissa masih tunduk memandang lantai.

"Arissa Raz panggil tu"panggilan Arif mengejutkan Arissa dari lamunan.

Arissa bangun terus memeluk suaminya.
Airmatanya mula deras mengalir.
Harraz tergamam.
Dia membalas pelukan.

"kenapa Biy..kenapa?"pelukan dilepaskan,badan Harraz ditumbuk tumbuk...dia terus menangis.
Harraz membiarkan Arissa melepaskan geram pada dadanya.

Arif turut sedih melihat keadaan adiknya.

"Raz bawa Arissa masuk bilik dulu..tak elok bincang kat sini ramai orang"suruh Arif.
Harraz mengangguk.

"jom love kita ke bilik"tangan Arissa dipimpin.
Arissa hanya menurut tanpa kata.

" tunggu!!"satu suara mematikan langkah mereka.

"Raz aku nak kau bertanggungjawab"suara keras dari Alia.

Semua terkejut.

"hmmm...kau pun ada...baguslah boleh terus minta izin kahwin"katanya angkuh.

"Alia kau cakap biar beradab sikit"Kata Arif marah bila Alia berkelakuan tak tahu malu.

"kau pun ada..."perlinya sinis sambil mencebik.

"Alia tolong jangan buat kecoh kat sini..."Harraz mula bersuara.

"aku tak akan buat kecoh kalau kau setuju nikah dengan aku"

"nikah?"pelik kan kak Alia...dulu pernah juga akak ditangkap khalwat...tapi kenapa tak menikah pun dengan laki tu...tapi kenapa perlu nikah dengan suami saya pula?"tanya Arissa dengan tiba tiba.

Harraz memandang Arissa yang mula bersuara.

Alia terdiam seketika.

"aku dah lama lah kenal kau Alia...betul kan semua yang berlaku ni perancangan kau!" tengking Arif

"mm...mana a..ada...aku tak rancang apa apa pun"suaranya mula gagap,takut terdedah perkara yang sebenar.
Darahnya mula berderau mendengar kata kata Arif.

"walau apa pun terjadi aku tak akan kahwin dengan kau Alia...sebab aku tak buat apa pun kat kau...aku tahu mesti kau yang rancang semua ni...kau masuk bilik aku...buka baju...dan kata kita bersama so easy?"Harraz mula membuka cerita.

"dan kau jangan lupa tempat ni ada cctv...kau tengok nanti nasib kau"

"mampus aku kalau diaorang tahu aku yang rancang semua ni"gumam Alia yang mula gelisah.

"kenapa lah aku tak terfikir...Ah...pedulikan"getusnya marah.

"kenapa kau takut...pucat jer muka kau aku tengok...bawa taubatlah Alia...kesian dengan ibu dan Ayah kat rumah....kita ni adik beradik...tak kan keluarga sendiri pun kau nak fitnah macam ni"Arif memberi nasihat .

"tak payah lah kau nak nasihatkan aku Arif....aku nak juga Harraz kahwin dengan aku"Alia mula bertindak menarik lengan Harraz.

"pelik kan dulu kau yang beria ria tinggalkan dia...tapi kenapa sekarang senang jer kau nak kan dia....kau ni memang gila lah Alia"kemarahan Arif mula kelihatan.

"kak Alia.....saya memang tak akan percaya selagi tidak tahu hal yang sebenarnya ...tapi dengan keadaan terdesak ni saya tahu yang kak Alia rancang semua ini..."terus dia melepaskan tangan Harraz dan berlalu pergi.
Harraz terkejut melihat Arissa berlari laju tanpa memperdulikan keadaannya yang sedang hamil.

Tangan Harraz ditarik oleh Alia
"lepas lah pompuan..."tangan Alia di rentap kasar.
Alia berdengus kasar sambil menghentakkan kakinya.

"kau ni memang gila Alia"Arif menggelengkan kepala.

"ingat kalau apa apa terjadi pada Adik tahulah nasib kau"Arif memberi amaran.

Alia mencebik dan menjeling tajam ke arah Arif.

"biar dia mampus senang hati aku"getusnya.

"love...love tunggu..."

P/S..selamat tahun baru 2021
semoga tahun 2021 akan lebih ceria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience