KEJAR 28

Other Completed 44531

Harren menghirup kopi americano nya. Begitulah hari-harinya. Sendiri.

Dia sudah kehilangan dirinya sejak lama dulu. Dia telah cuba memulakan hidup baru namun hatinya tetap berpegang teguh pada cintanya.

Cinta kepada satu-satunya gadis yang telah berjaya memiliki hatinya, Irish Risteena Bella.

Dia sedar, Kasih Nur Gladys menyimpan perasaan terhadapnya. Walaupun dia dan Gladys tidak lebih dari hubungan abang-adik angkat tapi ternyata gadis itu mencintainya. Pernah juga terlintas dihatinya untuk memberi peluang kepada Gladys namun dia tidak mampu melakukannya.

Biarlah Gladys menemui lelaki yang mampu mencintainya sepenuh hati kerana hati Harren hanya untuk Irish.

...............................................................

"Baby, kenapa ni? Muka monyok je", Diandra bermain dengan rambut Rezza. Lelaki itu kelihatan tertekan.

" Trisya dah tak nak cakap dengan abang. Tengok muka abang pun dia tak nak", adu Rezza. Dia kini berada di kondo Diandra kerana jika dia berada di rumah pasti dia akan tertekan dengan perubahan Trisya.

"Ala baby, you kan ada I? Apa you peduli dengan perempuan berpenyakit macam tu. I pun boleh layan you lah berbanding dia. Malah lebih lagi pun boleh", balas Diandra. Dia tahu, Rezza perlukan belaian seorang wanita kerana Irish sedang sarat mengandung manakala Dayana sudah tidak mahu bercakap dengan Rezza.Inilah peluang yang telah lama ditunggunya.

Rezza cuma mampu berdiam diri. Sedikit demi sedikit, dia telah termakan pujuk rayu Diandra. Diandra tahu cara untuk menggembirakannya.

Diandra tersenyum sendiri.Dia sedang merangka satu rancangan besar dalam kepalanya.

"Baby, hari ni genapkan usia kandungan Irish 7 bulan?" Diandra menyoal.

" Ha'ah. Kenapa?" Rezza merebahkan dirinya di atas katil.

"Jom balik rumah ibu? Diandra rindu dengan ibu. Lagipun Diandra nak cuba berbaik-baik dengan Dayana dan Irish",

"Hmm..boleh tapi Irish masih tak tahu kita dah kahwin",

"Kenapa you tak bagi tahu dia?? You malu eh kahwin dengan I? Yelah.. I ni kan tak suci", Diandra membuat nada merajuk.

" Eh.. bukan macam tu. I cuma tak mahu dia terkejut and kandungan dia terjejas. Mungkin lepas dia bersalin baru I ceritakan hal sebenar", Jelas Rezza.

"Hmm..fine. Tapi kita balik dulu ye? I rindu ibu", Diandra memujuk.

"Okaylah. Petang ni kita balik".

..........................................................

Tepat pukul 6.30 petang Rezza dan Diandra sampai di rumah. Mereka bersikap seperti biasa sahaja kerana tidak mahu Irish menaruh prasangka terhadap mereka.

"Eh, buat apa balik?" Dayana muncul secara tiba-tiba dari balik taman. Hatinya terasa sakit melihat kemesraan Rezza dan Diandra.

"Sayang, apa cakap macam tu? Tak eloklah", Rezza menghampiri Dayana lalu menghulurkan tangannya.

Dayana menyambut salam itu kerana sesakit mana pun hatinya terhadap Rezza, dia tidak sewajarnya menderhakai suaminya itu.

Diandra tersenyum sinis. Dia gembira melihat penderitaan Dayana. Tidak lama lagi giliran Irish yang akan menderita pula.

"Hai Dayana, sihat?" Diandra berbasa basi sekadar gimik dari lakonan kejinya.

"Alhamdulillah, sihat.Mungkin Allah masih panjangkan hidup saya sebab saya masih perlu melindungi rumah tangga saya dan Irish daripada perempuan keji macam awak", Dayana menghamburkan luahan isi hatinya.

"Wah, tragiknya cerita. Kenapa, rasa tergugat dengan kehadiran saya dalam kehidupan korang? Sudah tentu awak akan rasa tergugatkan? Awak tak setanding saya. Buktinya dah seminggukan awak dan Rezza tak... faham-faham ajelah",

Dayana menarik nafas panjang. Kalau boleh, dia mahu merobek-robek sahaja mulut lancang Diandra.

" Tergugat?? Sikit pun tak. Kalau awak hebat sangat, mengapa abang tidak pilih awak sahaja dari dulu?"

Diandra terdiam. Tidak tahu mahu membalas apa. Nampaknya dia kalah dalam perdebatan ini namun dia masih banyak rancangan yang perlu dirangka bagi menghancurkan hidup dua orang madunya itu.

...........................................................

Diandra memandang sekeliling. Nampaknya tiada orang di tingkat atas. Semuanya berada di ruang makan di tingkat bawah.

Tangannya mengenggam kuat sesuatu. Barang ini akan digunakan bagi mencelakai Irish. Tunggulah nasib kau perempuan.

Diandra segera ke kamar mandi. Dengan terkocoh-kocoh dia menuangkan segala isi dalam botol itu ke lantai kamar mandi. Diandra memastikan setiap inci dipenuhi dengan air sabun agar apabila Irish melangkah ke kamar mandi dia akan, dush!! tergelincir dan macam-macam boleh berlaku terutamanya terhadap anak yang dikandungnya. Paling teruk pun mungkin akan dilahirkan pramatang, tapi itulah yang dimahukan oleh Diandra.

............................................................

"Ahhhhhh!" Suara jeritan Irish bergema di seluruh rumah. Tepat jangkaan Diandra. Nampaknya nasib berpihak pada aku.

Semua isi rumah tergesa-gesa berlari ke tingkat atas dan tentunya yang mendahului mereka ialah Rezza.

Sesampai sahaja di depan pintu bilik,mereka terlihat Irish yang sudah terbaring kaku di lantai. Darah mengalir dari celahan luka di kepalanya. Mungkin terhantuk kuat.

"Abang, cepat bawa Irish pergi emergency. Trisya takut dia kenapa-napa", Dayana menggesa. Begitu juga dengan ibu dan baba.

" Cepat Rezza, bini kamu tu sarat mengandung, banyak komplikasinya kalau dia terjatuh" .

Rezza tidak menunggu terlalu lama untuk menangkap maksud ibunya. Dia segera mendukung Irish lalu dibawa ke kereta.

Dayana menyusul dibelakang. Hatinya berdebar-debar. Nalurinya kuat mengatakan Diandra adalah dalang disebalik semua ini namun dia masih belum mempunyai bukti yang kukuh.

..............................................................

Rezza menarik nafas panjang. Dia merenung Irish yang masih terbaring lesu.Isterinya itu masih tidak sedarkan diri sejak semalam.

Dia merasa kasihan melihat Irish yang terpaksa menghadapi semua itu. Dulu, Irish terpaksa mengahwininya semata-mata mahu memenuhi permintaan Ibu. Pernah terlintas dihatinya bahawa Irish dan Harren saling mencintai namun dia cuba membuang perasaan itu jauh-jauh.

Ya, dia rasa amat bersalah pada Harren. Dia seharusnya mengerti perasaan Harren yang mencintai Irish sejak dari dulu.

"Dude,how about her??" Harren menyapa dari belakang. Sejak semalam Harren menemani Rezza di hospital. Lelaki itu bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat tahu tentang Irish.

"She's okay. Doktor kata keadaan dia dah stabil. Mungkin dua atau tiga jam lagi dia akan sedar", Kata Rezza. Dia mengelus pipi Irish.

"Alhamdulillah", Harren meraup wajahnya. Kini hatinya sedikit tenang berbanding semalam.

"Kau boleh jaga Irish kejap tak? Aku nak pergi kafeteria sekejap. Kau nak pesan apa-apa?" Rezza bangun.

"Boleh. Kau belikan aku air mineral sejuk ajelah. Aku tak ada selera nak makan", Harren menggantikan tempat Rezza di sisi Irish.

Rezza mengangguk faham lalu segera ke kafeteria.

Harren merenung raut wajah yang dirinduinya itu. Lama. Bagaikan tidak mahu berkelip walaupun sekejap kerana dia bimbang ini semua adalah mimpi.

"Irish, kalau kau dengar apa yang aku cakap, bangunlah", Harren mengumam.

Tiada tindak balas dari Irish.

"Rish, kau ingat lagi tak dulu? Masa jamuan akhir tahun kelas kita time form 5? Masa tu kau selalu cakap kau nak menyanyi tapi aku gelakkan kau. Aku tak percaya kau boleh menyanyi. Macam tu juga kau. Kau pun tak percaya suara aku sedap tapi hakikatnya suara aku sedap berganda-ganda dari kau.

Masa hari jamuan tu, aku cari kau tapi tak jumpa. Tahu-tahu je kau dah ada atas pentas. Aku kaget kot. Ingatkan kau tipu pasal nak buat persembahan tu. Rupanya betul. Aku sangka aku satu-satunya orang yang akan buat persembahan time tu tapi rupanya kau pun sama juga.

Kau nampak lain malam tu. Kau nampak cantik tapi kau memang cantik pun. Baju biru langit tu memang sesuai dengan kau.

Lepas tu baru aku tersedar lagu yang kita nak nyanyi tu sama. Apa lagi, cikgu pun suruh kita duet. Mula-mula tu kau tak nak. Kau cakap suara aku tentu tak sedap and akan ruin persembahan kau. Geram betul.

Bila cikgu paksa berpuluh-puluh kali baru kau setuju. Kau siap kata kat aku supaya nyanyi part pendek je. Aku tak peduli. Aku nak nyanyi whole parts dengan kau.

kukatakan dengan indah..

dengan terbuka..

hatiku hampa..

sepertinya duka..

menghampirinya..

Kau beri rasa yang berbeda..

tapi ku salah..

mengertikannya..

yang ku rasa cinta..

Tetapi hatiku..

selalu meninggikanmu..

terlalu meninggikanmu..

selalu meninggikanmu..

Kau hancurkan hatiku..

hancurkan lagi..

kau hancurkan hatiku

tuk melihatmu..

kau terangi hatiku..

kau redupkan lagi..

kau terangi hatiku..

tuk melihatmu..

Ini lah lagu yang kita nyanyi sama-sama tu. Lagu yang sama,bezanya untuk orang yang berbeza. Serius,lagu tu aku nyanyi memang untuk kau. Tapi aku tahu, kau tujukan lagu tu cuma untuk seorang lelaki, Brian Hariz Syahrezza", Panjang Harren bercerita dengan harapan Irish akan segera sedar.

Harren merenung wajah Irish yang masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Harren membenamkan wajah ke lengannya. Air mata lelakinya jatuh. Buat pertama kali,tiada apa yang diinginkannya melainkan kesembuhan buat Irish.

Lama Harren membenamkan wajahnya bagi menyembunyikan tangisnya.

"Tengku Hafiz Adrean, tak sangka kau ni lelaki yang cengeng", satu suara menegur Harren.

Harren segera mengangkat mukanya.

"Irish!! Kau dah sedar", Harren terkejut. Matanya tidak berkelip melihat Irish yang sudah sedar.

"Aku dah lama sedar..hmm..mungkin sejak kau mula cerita pasal jamuan akhir tahun kot", Irish mengusik. Walaupun kondisinya masih belum sembuh namun tiada apa yang lebih menggembirakannya berbanding melihat wajah teman yang disayanginya itu.

Harren tersipu malu. Aishh..sakit-sakit si Irish ni pun masih boleh menyangkat aku.

"Err...aa..-" Harren hilang punca dek terlalu malu.

Irish ketawa kecil. Lelaki segagah Harren pun boleh blushing gila.

Irish meraba perutnya. Kempis. Dia menarik nafas perlahan-lahan. Dia tidak mahu gelabah.

"Mana anak aku?" soal Irish.

" Anak kau??" Harren terdiam. Dia tidak tahu sama ada mahu memberitahu hal sebenar atau tidak.

"Ye, anak aku lah.Mana dia? Aku tak sabar nak tahu dia perempuan ke lelaki. Comel ke tak? Sihat ke dia?? Muka dia macam aku ke Rezza??" Irish mengomel panjang bagi menghilangkan kerisauan dalam hati.

"Anak kau-"

"Cakap lah Harren", Irish menggesa.

"Mari ikut aku", Harren mengambil keputusan untuk membiarkan Irish melihatnya sendiri.

"Apa dah jadi dengan anak aku?"Irish menyoal lagi.Kini kerisauannya bertambah.

Harren tidak menjawab. Dia membantu Irish duduk di atas kerusi roda lalu membawanya ke satu tempat.

'Bilik Mayat'

Irish melihat papan tanda itu lalu terus menangis. Air matanya berguguran. Hatinya luluh.

"Apasal nangis?"

"Kau tanya kenapa aku menangis? Bodohlah aku kalau tak sedih! Anak aku dah mati!" Irish meraung. Kini dia tidak mampu menahan perit dijiwanya.

Harren ketawa.

"Kau manusia tak berhati perut! Sanggup kau ketawa sedangkan anak dah pergi!" Irish menumbuk dada Harren. Dia meronta.

"Shh..shh. Jangan nangis", Harren berkata lembut.

"Macam mana aku tak nangis kalau anak aku-" Irish belum sempat menghabiskan ayatnya apabila dia tiba-tiba merasakan pelukan dari belakangnya.

" Happy birthday sayang", Rezza mengucup lembut pipi Irish. Air mata Irish dikesatnya.

"Apa semua ni??" Irish menyoal. Dia tidak mengerti apa yang terjadi. Baru dia teringat hari itu merupakan hari jadinya.

Harren tersenyum kecil.

"Tanyalah laki kau. Ni semua idea dia", Harren berkata.

Irish memandang Rezza tanda meminta penjelasan.

"Okay, sebenarnya-" Rezza menolak kerusi roda Irish ke arah bertentangan dengan bilik mayat sebentar tadi.

'Wad Kanak-kanak'

Air mata Irish merembes. Dia sudah dapat mengagak sesuatu.

"Awak,anak kita hidup! Anak kita tak mati!" Irish kelihatan sangat teruja.

"Ye sayang, anak-anak kita hidup. Comel pulak tu", Rezza menggengam erat lengan Irish.

"Anak-anak?"

"Ye, anak-anak. Kita dapat anak kembar!" Rezza memberitahu kejutan gembira itu.

Irish menangis lagi. Alhamdulillah, Allah kurniakan dia bukan satu tapi dua orang anak. Adam tentu gembira mendengar berita ini.

Rezza menolak kerusi roda Irish ke arah dua inkubator yang terletak bersebelahan.

Seorang daripada bayi itu dibaluti dengan selimut merah jambu manakala seorang lagi berwarna biru membuatkan Irish dapat mengagak apakah jantina anak mereka.

"Baby lelaki dan perempuan", Irish mengumam perlahan. Matanya tidak lepas memandang kedua-dua cahaya matanya itu.

"Nak bagi nama apa?" Rezza menyoal.

"Hmm.. baby boy.. Muhammad Harraz Putera", Irish memikir-mikir.

"Muhammad Harraz Putera? Sedap nama tu. Baby girl macam mana pula??"

"Awak lah pula bagi nama. Ini kan anak kita berdua", Irish berkata.

"Haha.Yelah sayang. Hmm.. kalau saya bagi nama Asya?" kata Rezza.

"Asya? Harraz dan Asya?? Comelnya nama baby kita!" Irish tersenyum gembira. Dengan adanya anak-anaknya disisi dia merasakan bebannya lenyap.

"Wei, cemana nama anak-anak aku? Setuju?" Rezza menyoal Harren yang kelihatan mengelamun jauh.

"Haa-" Harren terpingga-pingga.

"Haih, jauh menung?Dah sampai mana? London? Ke dah mendarat di bulan?" Irish mengusik

"Haha..takde lah.. Eh..okey lah nama anak-anak korang tu. Aku doakan anak-anak korang akan membesar sebagai anak yang soleh".

"Amin".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience