KEJAR 19

Other Completed 44531

"Aku terima nikahnya Irish Risteena Bella Binti Damian Hisyam dengan mas kahwin 100 ringgit dibayar tunai", dengan sekali lafaz sahaja,akhirnya Irish sah menjadi isteri Rezza.

Rezza berpaling kepada Irish yang sedang tunduk memandang lantai.

"Terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya", Rezza berbisik lalu mengucup dahi Irish.

Irish merasakan tangannya sesejuk ais dan tubuhnya menggeletar tak henti.

"Hai pengantin baru, mesra lah sikit. Nak tangkap gambar kenang-kenangan ", Irish dan Rezza diusik oleh sanak saudara.

Irish tersenyum kecil,manakala Rezza ketawa.

"Tahniah kawan", Mereka berdua berpaling apabila ditegur seseorang.

Harrren!

"Terima kasih Harren", Rezza memeluk Harren.

Harren tersenyum hambar. Matanya masih tidak lekang memandang Irish.

"Be a good wife,dear Irish", Harren menghulurkan satu bungkusan sederhana besar kepada Irish.

Irish mengangguk perlahan. Dia tidak sanggup memandang mata Harren.

Lidahnya kelu. Sepatah kata pun tidak mampu terungkap.

Harren,maafkan aku.

..........................................................

"Apa yang Harren bagi tu?" Rezza menyoal. Dia mengusap rambut Irish lembut.

Pertama kali melihat Irish tidak bertudung benar-benar mengusik hati lelakinya. Baginya Irish adalah,sempurna.

"Harren bagi jam couple dengan Novel Inggeris", Irish menyuakan bungkusan itu kepada Rezza.

"Wah,cantiknya jam ni", Rezza membelek-belek jam itu dan disarungkan di lengannya.Manakala sepasang lagi disarungkan ke lengan Irish.

"Cantik", Irish mengumam. Rezza mengangguk lalu mengucup dahi Irish.

"Saya mandi dulu. Kalau Irish mengantuk, tidurlah dulu", Rezza berkata sambil mencapai tualanya.

"Okay", Irish menjawab sepatah. Apabila Rezza sudah masuk ke kamar mandi, Irish segera mengeluarkan satu lagi bungkusan kecil dari balik selimutnya.

Irish segera mengenal pasti barang itu. Itu merupakan rantai kunci yang diberikan kepada Harren sebelum dia berangkat ke London.

Irish menyedari ada sepucuk surat yang disertakan.

'Assalamualaikum Irish..
tahniah atas perkahwinan kau bersama Rezza.. Aku gembira atas kebahagiaan kau. Hajat kau dah tercapaikan?? haha..kau dah berjaya memiliki encik pengawas kau :) Aku pulangkan semula rantai kunci ni sebab aku tak layak terima. Pesan dari aku, jaga hati Rezza sepertimana kau jaga hati kau. Syurga isteri itu dibawah telapak kaki suami :)

selamat tinggal Irish'.

Air mata Irish mengalir deras. Ya Allah, maafkan aku kerana telah menyakitkan hati seorang hambaMu. Aku cuma manusia biasa yang lemah.

Irish membuka penutup botol itu lalu dikeluarkan isinya.

'Aku cintakan kau Harren'

Itulah yang terkandung dalam secebis kertas itu.

'Harren,akan aku tempatkan cinta kau jauh disudut hati aku walaupun sekecil mana kerana kau adalah hadiah terbaik dari Allah buat aku. Aku sayangkan kau Harren. Kau sahabat terbaik aku'.

"Awak okay?" Rezza mencuit bahuku dari belakang. Aku segera menyimpan surat dan rantai kunci itu didalam tas tanganku.

"Saya okay", aku menjawab sepatah. Rezza masih memandangku.

Wajah itu.Mata itu.Mata yang telah mencuri kalbuku satu ketika dulu.

Kini aku memilikinya berbekalkan pengorbanan yang besar.

" Brian Hariz Syahrezza,saya cintakan awak" Irish mengumam.

Kata-katanya itu disambut dengan pelukan hangat dari Rezza.

"Terima kasih sebab sanggup terima saya dalam hidup awak".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience