KEJAR 6

Other Completed 44531

Irish berlari ke arah Qira. Nafasnya terasa semput.

" Qi...Qi..ra tadi aku nampak...", aku berhenti seketika untuk menarik nafas.

"Kau nampak Encik Pengawas kan??" Qira menebak.

Irish mengangguk laju. Mukanya bagaikan hendak meletup. Merah!!

"Mana kau tahu ni?? Ya Allah!! Gembiranya aku kau tahu??? Aku rasa macam mimpi je?? Aku mimpi ke??" Irish melompat-lompat gembira.

"Pang!!" Tamparan itu membuatkan telinga Irish berdesing. Aduh!!

"Qira!! Sakitlah!!" Aku mencubit lengan Qira kuat.

"Sakit??? Haaa...bukan mimpi lah tu", Qira ketawa terkekek melihat pipi merah Irish.

"Gedebuk!!" Bala menimpa Irish lagi.Tadi dah kena lempang dengan Qira. Ni ada pulak yang langgar dia.

"Aduh!!!" Irish memegang lututnya. Nasib baik camera aku tak pecah. Kang kepala mamat ni yang...ehhh!!! Mamat?

Irish mendongak. OMG!!! Encik Pengawas lah!!

"Ya Allah!!! Sorry-sorry tak sengaja!" Rezza berkata. Iphonenya digenggam erat. Haih,lain masalah yang menelefon ,ni aku pulak yang langgar orang.

"Tak apa", aku menjawab sepatah kerana belum sempat aku melanjutkan kata Rezza telah berlari pergi sambil sibuk bertelefon.

Ayat yang aku sempat dengar keluar dari mulut Rezza yang sedang bertelefon ialah..

"Awak okey?? Saya on the way. Take care",

Itulah ayat yang jelas bergema di telinganya. Ouh..

Hati Irish terasa bagai dirobek-robek. Nampaknya keadaan sama seperti dulu. Dia masih tiada peluang untuk meraih cinta Rezza kerana Rezza hak orang,dia sudah bertunang!!

*****************************

8 tahun lalu...

Eh Harren,aku jarang nampak Rezza sembang dengan perempuan. kenapa erk?" Aku menyoal Harren yang sedang melukis entah apa-apa.

"Kau tak tahu eh?? Rezza tu dah ada girlfriend.Tak salah aku diorang dah bertunang", Harren menjawab selamba.

Irish terkedu. Haih hati, nasib kau lah. Cinta pertama dah diduga macam ni. Sabarlah wahai hati.

"Wei, rosak ah masterpiece.... eh kau nangis eh?" Harren mencuit bahuku. Aku menggeleng laju.

"Tak ade aaa.. aku praktis nangis aje ni.. Kan aku ada sketsa minggu depan. Scene menangis banyak ooo", aku menggelap air mataku.

"Poyo ah kau", Harren mencoret sesuatu di atas kertas lalu melipatnya sekecil yang boleh.

" Nah,simpan ni.Sampai rumah baru baca. Kalau kau ingkar nanti kau kena daulat aku kang. Aku kan putera raja idaman para puteri dari kayangan",hah! Ambik kau,terkeluar ayat skema plus bajet nak mampos!

"Hek eleh.Yelah Tuanku,patik menjunjung perintah!" aku memukul bahu Harren menggunakan buku teks Kimia ku. Padan muka kau,kerek.

*****************************

Irish bergolek-golek di atas katil king size nya. Wah,nikmat!! Hilang lenguh!

Tiba-tiba dia teringat tentang kertas cenonet yang diberikan oleh Harren.

Irish menyelongkar kotak penselnya sebab dia merasakan disitulah kali terakhir dia meletakkan kertas itu.

Tak ada. Tak ada? Tak ada!!! Gosh,mana aku taruh ni?? Kang kene daulat si Harren pulak nanti. Aish!! Kertas... where are you??

Opps! Baru ingat. Aku letak dalam beg duit ah!! Oh, pelupanya aku!!!

Irish mengeluarkan kertas itu dari beg duitnya. Haih,kocik bebenor ehh kau kertas!

'Aku tahu kau suka Rezza kan??

Dia encik pengawas yg kau maksudkan dalam diari kau eh?? haha kantoi!! btw sorry terbaca diari kau.sape suh buku sekolah pun nak dicontengnya jadi diari. Pastu label kat depan tulis komsas. Sah sah la aku ingat tu buku komsas.

Apa-apa pun aku harap kau tak sedih lepas tahu Rezza dah engaged.

Jangan risau,aku sudi jaga kau :)

xoxo,

Tengku Hafiz Adrean

"Tengku Hafiz Adrean?? Harren?? Wait!! Itu nama betul dia ke?? OMG! Kenapa selama ni aku tak tahu?? Yelah, semua buku dia pun dia tulis Harren aje. Oh, sungguh tidak ku sangka", aku terpekik.

Nampaknya banyak lagi rahsia Harren yang aku tak tahu. Kuwaja punya kawan!

Hmmph..tapi apa maksud dia..

'aku sudi jaga kau'??

****************************

"Tengku!! ", Aku memanggil Harren yang sedang bermain bola seorang diri. Lifeless gila. Main sensorang. Nak kata Harren ni pelik,tak juga. Normal aje.. Handsome pulak tu

Siyes aku cakap ahh.. Harren memang handsome cuma dia tak seputih Rezza lah. Mata Harren sepet sikit ala-ala cina. Sekali pandang orang akan ingat dia ni anak cina yang sunburn sikit. Haha.

Harren ni pun ramai peminatnya. Pernah aku kena baling dengan botol oleh junior yang tak bertauliah siap ada surat dalam tu lagi.

'Jangan rapat ngan abang Harren aku nerdo!'

Kasar en?? Tu baru aku jalan sama-sama ngan Harren,belum couple lagi.Uwekk!! Haha.Dah lah panggil aku nerdo.Agak kurang ajar disitu.

"Oitt,shhhh!! Nanti orang dengar ah senget!" Harren menarik hujung tudung ku. Tengok dah cacat tudung aku.Baru je pergi toilet tadi betulkan tudung.

"Kaulah senget!!! Tengok tudung aku dah rosak!!! Haih..baru je betulkan tadi", aku membebel sambil mencekak pinggang.

"Pegang ni!" Harren menghulurkan botol 100 plusnya kepada ku.

Tiba-tiba...

Harren membetulkan awning tudung ku. Pro gila, macam selalu buat je.

"Hah,tiup lah ape lagi", Harren memerli. Kebiasaannya perempuan kalau betulkan tudung memang suka main tiup-tiup hujung awning tu.

"Pro ah kau! Praktis kat rumah pakai tudung eh??" aku membalas. Padan muka kau Tengku.

"Abah kau! Aku tau betulkan tudung pun sebab adik perempuan akulah. Dia baru darjah satu. Tak reti lagi nak pakai cecomel macam kau", Harren ketawa.Perli apa??

"Yelah tu Tengku", aku mengangkat kening lalu berlalu pergi.

"Oitt,jangan panggil aku Tengku aa!!" Harren mengejar dari belakang.

*****************************

Berdasarkan flash back aku,memang nampak aku rapat dengan Harren. Orang pun ingat kitorang couple. Tapi, yang aku dengarlah,dia ni suka aku.

Tak mahu berangan lebih,so aku ignore je benda tu. Dia pun tak cakap apa-apa.

Apa yang dia selalu cakap ialah

'aku sudi jaga kau'. Sudi menjaga tu ada dalam banyak konteks,contohnya, jaga sebagai kawan,adik,saudara seislam dan lain-lain. So tak ada maknanyalah dia suka aku.Ok?? Titik.

"Adam sayang,mari sini sekejap", aku menggamit Adam yang sedang bermain lego. Boleh jadi arkitek ni bila besar.

"Yes mama?" Adam berjalan dengan gaya kepoyoannya yang sangatla terserlah.

"Nak dengar cerita tak??" Aku menyoal. Sejak kebelakangan ni aku sibuk memanjang sampai Adam pun terabai.

"Nak!!" Adam bersorak gembira. Aku mendudukannya di hadapanku.

" Pada zaman dahulu,ada seorang puteri ni.Dia taklah cantik sangat. Comel lah juga. Pastu,satu hari ni puteri Raja dan seluruh keluarganya berpindah ke satu tempat.Tanpa puteri tu tahu,kat sana ada seorang putera yang sangat tampan.

Satu hari,masa puteri ni jenjalan,dia ternampak putera raja yang tampan tu.Puteri pun jatuh cinta pandang pertama. Tambah lagi tu memang cinta pertama dia.

Puteri ni pun hari-hari perhatikan putera tu. Sampailah satu hari ni dia dapat tahu putera tu dah dijodohkan dengan puteri raja yang sepuluh kali ganda lagi cantik dari dia. Puteri raja tu pun kecewa dan akhirnya membawa diri. Malangnya, puteri raja tu tak mampu lupakan putera tu sampai sekarang. Tamat", aku menghabiskan ceritaku.

Adam terpinga. Bingung agaknya sebab selalunya aku duk cerita pasal arnab dan kura-kura,hari ni cerita pasal cinta pula.

"Ma,kesiannya puteri tu", Adam berkata.. Pandainya Adam. Dia faham apa yang aku cerita.

"Kesiankan?? Hmm.. kalau Adam jadi Puteri tu Adam nak buat apa?" aku cuba memancing jawapan dari si Kecilku itu.

" Kejar dia", Adam berkata bersungguh-sungguh.

"Kejar?? Extream gila budak kecil ni!

"Kenalah kejar mama. Kan puteri tu suka dekat putera tu. Uncle Yad ngan Auntie Qira pun selalu cakap,kalau kita suka sesuatu,kenalah berusaha dapatkan benda tu. Kejar", Adam berkata persis orang dewasa. Patutlah,ada tok guru rupanya.

Aku terdiam seketika?? Kejar?? Rezza dah berpunya.. Kejar jugak??? Hmm..

Kena fikir sepuluh kali ni. Tapi aku betul-betul sukakan dia. Haih hati... Yang hak orang jugalah kau suka kan???

*****************************

Irish menggantung stok baju yang baru di butiknya. Banyak yang cantik-cantik. Pandai Ain berurusan dan bijak memilih design-design yang cantik.

Ain? Tentu korang tertanya-tanya siapa dia. Ain tu salah seorang pekerja aku kat butik ni. Whole time dia yang uruskan butik aku ni.

Baik budaknya. Aku kenal dari kecil lagi. Ain ni actually anak Mak Milah, bekas pembantu rumah aku. Ain muda setahun dari ku..Tu yang kamceng.

"Ain, kau ni teror ahh bab-bab pilih baju. Lawa. Nanti akak belanja kau satu. Pilihlah. Beli sekali untuk Aina and Mak. Aina merupakan adik Ain yang masih bersekolah.

"Siyes ah kak kau belanja aku? Mekasih bebanyak!" Ain memeluk ku erat.

Eh,lelebih pulak minah ni. Macam aku tak pernah belanja pula. Aku bukannya bos taik hidung masin k.

" Aiseh,macam tak biasa pula. Eh, apa cer kawan kau yang nak kerja kat sini. Jadi ke?? Aku kesian tengok kau kerja sensorang. Dulu adelah juga Rania tu. Tapi sejak dia pindah kau macam alone je. Kang hujung bulan kau tak betul nanti sebab duk cakap ngan patung", aku memerli.

"Hahaha..Makan dalam ayat kau kak. Kawan aku tu jadi kerja sini.Lusa diorang start kerja", Ain membalas.

" Baguslah tu. Hmm diorang setuju ke dengan gaji yang aku tawarkan tu?? RM 800??",

"Setuju sangat kak. Diorang cakap butik lain pun takde lah banyak ni gajinya", Ain berkata.

Alhamdulillah. Ada juga yang sudi berkerja dengan aku.

"Assalamualaikum", suara lembut seorang perempuan mengejutkan kami.

Allah! Indah sungguh ciptaanmu.

Aku terpana melihat seorang gadis berjubah hitam longgar dipadankan dengan tudung berwarna purple gelap dan juga berpurdah.

Tapi orang disebelahnya macam kenal aje. Aik, Kak Tia!

"Waalaikumusalam. Eh, Kak Tia!" aku berpelukkan dengan Kak Tia. Cantik juga kak Tia bertudung.

"Irish pun beli barang kat sini?? Akak pun selalu juga beli baju kat sini. Design cantik!" Kak Tia berkata sambil memegang erat tanganku.

"Haha, ni butik Irish lah kak. Ouh, pelanggan tetap rupanya. Boleh dapat diskaun ni. Tapikan, akak cantik lah sekarang bila bertudung", aku memuji.

"Lah yeke?? Wah ada diskaun lagi tu!! Haha. Alhamdulillah Rish, terbuka hati nak pakai tudung. Eh,lupa. Ni Dayana Batrisya,cousin akak, Dayana, ni Irish", Kak Tia memperkenalkan kami berdua. Aku bersalaman dengan Dayana.

" Hah kak,Dayana, pilihlah baju yang menarik hati korang ye. Nanti Irish suruh Ain kira diskaun 30% ye", aku berkata.Mataku tidak lepas memandang Dayana. Hatiku merasakan sesuatu tentang gadis berpurdah itu.

Kak Tia mengangguk. Aku bersalaman dengan mereka kerana aku mengejar masa. Hari ini aku perlu menyiapkan photobooth untuk majlis perkahwinan client ku dua minggu lagi.

Orang lain sibuk kahwin, aku je tak ada siapa nak,haih.. sabar lah hati.. Jodoh itu ketentuanNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience