KEJAR 27

Other Completed 44531

"Heyy.. senyum memanjang je? Enjoy last night ke?" Faizal baring di sebelah Diandra yang masih bergelumang dengan selimutnya.

"Hahaha.. he so perfect. Honestly, he's hot!" Kata Diandra gembira. Hajatnya telah tercapai. Rezza telah jatuh kedalam genggamannya.

"Wah, untunglah! You patut berterima kasih dengan I tau sebab kalau bukan I yang letak viagra tu dalam air dia semalam tentu you takkan sebahagia ni. Hahaha", Faizal ketawa kuat.

"Okay-okay, thank you very much! You memang hebat lah!" Diandra memeluk pinggang Faizal.

"Hahaha..Takkan thank you aje?? Hadiah untuk I tak ada ke?" Faizal berkias.

"Heyy.. I penat lah", Diandra mengelak. Tangannya dileraikan semula dari pelukannya.

"Ala, just one round? I miss you so much!" Faizal menarik lengan Diandra.

"Fine-" Diandra mengalah. Dia amat lemah dengan pujuk rayu lelaki tampan seperti Faizal dan Rezza.

...........................................................

"Abang, kenapa runsing je ni? Abang nampak tak sihat", Irish memeluk erat lengan sasa suaminya. Irish semakin selesa memanggil Rezza, abang.

Sejak kebelakangan ini Rezza jarang pulang ke rumah. Katanya dia outstation. Rezza baru sahaja pulang ke rumah hari ini. Dia kelihatan terlampau runsing dan semakin kurus.

"Tak ada apa-apa sayang. Abang cuma penat. Dah lama tak tidur dengan cukup. Banyak sangat kerja", Rezza mengeluh. Dia mengelus lembut pipi Irish.

Air mata lelakinya hampir jatuh apabila melihat perut Irish yang semakin membesar. Isterinya itu semakin sarat mengandung. Usia kandungannya sudah 7 bulan.

'Maafkan abang, Irish. Ini semua bukan kehendak abang. Abang terperangkap dengan beban yang terpaksa abang tanggung',.

"Abang rindukan Irish",Rezza memeluk erat isterinya itu. Rindunya yang terpendam itu telah diluahkan.

Irish membalas pelukan suaminya. Dia merasa aneh dengan pelukan Rezza.Bagaikan dia ada sesuatu yang ingin disampaikan kepadanya.

..............................................................

Setelah meluangkan masa dengan Irish, Rezza turun ke bilik bawah untuk meluangkan masa dengan Dayana. Dia merasa bersalah kerana telah mengabaikan Dayana. Tambah-tambah lagi sekarang dia......

"Apa? Abang tak bergurau kan?Abang tipu Trisya!" Dayana menolak dada bidang Rezza.Perkara yang baru didengar dari mulut Rezza itu dirasakan tidak masuk akal. Pasti suaminya menipu.

"Abang minta maaf", buat sejuta kali, kata-kata maaf itu sering dituturkan olehnya sejak kebelakangan ini.

"Abang bergurau kan? Abang saje nak main-main dengan Trisya kan? Abang tipu kan pasal perkahwinan abang dengan Diandra tu?" Trisya menggesa Rezza untuk berkata benar.

"Abang... tak tipu. Abang memang dah kahwin dengan Diandra seminggu yang lalu. Tapi abang boleh jelaskan-" Rezza cuba menenangkan Dayana yang sudah mula teresak.

"Abang dah ada Trisya, dah ada Irish, masih tak cukup lagi ke?? Kenapa abang buat kami macam ni?"

"Bukan sebab tu sayang, abang tak tahu macam mana semua tu terjadi. Yang abang tahu, pagi tu abang dengan Diandra dah terlanjur. Sumpah, satu benda pun abang tak ingat", jelas Rezza jujur.Dia tidak tahu macam mana lagi hendak menjelaskan kepada Dayana.

"Trisya benci abang! Irish pun tentu marah sebab Irish pun tak suka pada Diandra", Dayana berlari keluar untuk ke bilik Irish namun sempat ditahan oleh Rezza.

"Irish tak tahu dan tolonglah jangan bagi tahu Irish sekarang, abang tak mahu dia sedih dan seterusnya kandungan dia akan terjejas. Tolonglah Trisya", Rezza merayu.

"Baik, perasaan Irish abang jaga, Trisya??? Dulu masa abang kahwin dengan Irish, Trisya rela kerana memang Trisya sendiri yang pinangkan Irish untuk abang. Tapi sekarang, abang dah nikah dengan Diandra, kat sempadan pulak tu, tanpa pengetahuan kami berdua, Trisya betul-betul kesal dengan tindakan abang", Dayana teresak lagi.

"Trisya-", Rezza kelu. Dia betul-betul kesal kerana telah menyakitkan hati Dayana.

"Stop talking to me. Leave me alone. Trisya nak tenangkan diri. Satu lagi, Trisya tak mahu nampak batang hidung Diandra kat rumah ni kalau tak, abang sendiri tahu akibatnya-" kata Dayana tanpa memandang wajah Rezza.Hatinya teramatlah sakit dengan tindakan suaminya itu.

Rezza bungkam. Dia tahu Dayana kesal dan ini semua kerana dirinya. Keadaan telah tambah kucar kacir dan dia semakin tertekan kerana sejujurnya, tiada sekelumit cinta pun dalam hatinya untuk Diandra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience